[Ai] Menggunakan 3D Revolve dan Map Art

3
Tutorial ini akan memberi idea untuk anda menggunakan lebih fungsi 3D di dalam Adobe Illustrator. Penggunaan 3D di dalam Adobe Illustrator adalah perkara WAJIB yang perlu diketahui oleh semua Pereka Grafik. Banyak lagi teknik lain yang boleh kita pelajari dalam tutorial seterusnya. Kali ini saya hanya ingin menunjukkan bagaimana menggunakan 3D Revolve dan Map Art untuk membuat bentuk Glob dengan paten yang anda kehendaki.
Tutorial 3d-01

Perincian Tutorial:

  • Program: Adobe Illustrator
  • Versi: CS2 hingga Versi Terkini
  • Tahap: Pengguna Baru
  • Jangka Masa Siap: 10 Minit

 

OK. Mari Mulakan.

ScreenShot002

ScreenShot003 ScreenShot004

Langkah 1:

  • Reka Paten anda. Saya hanya menggunakan kotak-kotak sahaja.
  • Gunakan Rectangle Tool dan buat kotak bersaiz saiz 5mm x 5mm.
  • Rotate kotak untuk membentuk diamond.
  • Kemudian kita Move Copy sebanyak yang sesuai.

ScreenShot005

Langkah 2

  • Menggunakan paten ini saya jadikan ia sebagai Symbol Graphic.
  • Caranya buat Symbol baru pada panel option, setkan kepada Graphic.

 

ScreenShot006

Langkah 3:

  • Ketepikan dahulu paten tersebut.
  • Kita buat pula Separa Bulatan untuk membentuk 3d nanti. Jadikan ia bentuk globeĀ  dengan menggunakan kan Revolve 3D (Effect > 3D > Revolve).

 

ScreenShot007

Langkah 4:

  • Setkan seperti imej di atas.

 

ScreenShot008

Langkah 5:

  • Gunakan Map Art dan buka paten symbol anda tadi, setkan Scale to Fit.

 

ScreenShot009

Langkah 6:

  • Kemasan. Untuk memastikan paten dapat diasingkan menjadi objek berlainan, kita gunakan Expand atau Expand Appearance.

Hasil Lain (Antara contoh hasil dengan menggunakan tenik ini):

sample-04 sample-01 sample-02 sample-03

 

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

3 Comments

Leave A Reply