Bengkel Illustrator – T12H-JB

Bengkel Reka Grafik: Adobe Illustrator

"Hasilkan Grafik Berkualiti Untuk Jenama & Pemasaran"

Kod Kursus: RG-AI-T1-2H-BHM
Tahap: 1 (Asas)
Tempoh: 2 hari
Masa: 9.00 pg – 5.00 ptg

Yuran: RM350 (1 peserta) RM950 (Jika daftar bertiga)
Lokasi: GSR Training & Consultancy
11-01 Jalan Setia Tropika 1/25,
Taman Setia Tropika
Johor Bahru

Pengenalan

Bengkel ini disusun khusus untuk para peserta yang masih baru dalam pengendalian Adobe Illustrator bagi menjalankan kerja-kerja rekaan grafik untuk cetakan atau penghasilan grafik vektor lain seperti logo dan ikon. Illustrator adalah satu software yang perlu dikuasai oleh setiap pereka grafik.

 

 Topik / Teknik Yang Akan Diajar

  • Pengenalan kepada pengendalian Illustrator
  • Fahami grafik/lukisan vektor
  • Kenali Artboard / Multiple Artboard
  • Memulakan Projek Reka
  • Reka Logo Untuk Jenama Sendiri
  • Asas melukis dengan Shape Tools /  Pathfinder
  • Asas mewarna dengan Gradient Tool & Panel
  • Memilih Kombinasi
  • Live Paint Bucket Tool
  • Reka Grafik Poster Promosi
  • Memasukkan Imej Pilihan
  • Memilih Font Yang Sesuai
  • Type Tool – Teks dan Perenggan
  • Meletakkan Call To Action

Maklumat Lain:

  • Komputer/Laptop: Sila bawa sendiri. Kami tidak sediakan
    (Siap dengan software Illustrator)
  • Penyertaan minimum: 5 orang (Bawah 5 orang sesi akan ditangguhkan).
  • Makan/Minum: Tidak disediakan
  • Bahan Kursus: Nota dan bahan kursus diberi kepada setiap peserta.

Contoh Sasaran Latihan Dalam Bengkel Illustrator

Trainer Reka Grafik 

Imran Abdul Jabar
Sr. Trainer Reka Grafik / Pengasas Sifoo
Trainer Utama Reka Grafik - Pengasas laman web Sifoo.com. Berpengalaman mengajar kursus serta bengkel reka grafik dan multimedia sejak tahun 2001.

  • Tajuk Bengkel:

    Bengkel Illustrator

    Kod:

    RG-AI-T1-2H-BHM

    Tahap:

    Tahap 1

    Tempoh:

    2 Hari

    Pengenalan Bengkel:

    Bengkel ini disusun khusus untuk para peserta yang masih baru dalam pengendalian Adobe Illustrator bagi menjalankan kerja-kerja rekaan grafik untuk cetakan atau penghasilan grafik vektor lain seperti logo dan ikon. Illustrator adalah satu software yang perlu dikuasai oleh setiap pereka grafik.

    Tenaga pengajar yang berpengalaman menjadi nilai tambah kepada kursus ini dengan perkongsian aliran kerja, pengalaman, tip serta penyelesaian masalah kerja.

    Objektif:

    Di akhir bengkel, peserta akan mampu:

    1. Teknik reka grafik dari modul Sifoo
    2. Perkongsian dari trainer yang berpengalaman dalam reka grafik
    3. Hubungan selepas bengkel melalui media sosial (Boleh tanya lagi selepas bengkel)

    Metodologi Latihan:

    • Pembelajaran Teori
    • Latihan Praktikal
    • Demonstrasi Teknik

  • Hari 1:

    08.30 – 09.00

    • Pendaftaran peserta

     

    09.00 – 10.30

    • Pengenalan kepada Illustrator
    • Fahami grafik / lukisan vektor
    • Workspace Setting
    • Kenali Artboard / Multiple Artboard

     

    10.30 – 11.00

    • Rehat / Minum Pagi

     

    11.00 – 01.00

    • Asas Pengendalian Illustrator
    • Kenali Bounding Box / Path / Anchor Points
    • Asas melukis menggunakan:
    • Shape Tools
    • Pathfinder
    • Pencil, Paintbrush dan Blob BrushTool

     

    01.00 – 02.00

    • Rehat / Makan Tengah Hari / Solat

     

    02.00 – 04.30

    • (Sambungan) Asas melukis menggunakan:
    • Pen Tool
    • Latihan melukis simbol dan ikon
    • Latihan melakar rekabentuk logo

     

    04.30 – 05.00

    • Minum Petang / Bersurai

    Hari 2:

    09.00 – 10.30

    • Asas mewarna menggunakan:
    • Gradient Tool dan Panel
    • Live Paint Bucket Tool
    • Live Trace
    • Latihan melukis dan mewarna lukisan vektor

     

    10.30 – 11.00

    • Rehat / Minum Pagi

     

    11.00 – 01.00

    • Type tool – teks dan perenggan
    • Rekabentuk Layout Grafik
    • Menetapkan Saiz Artboard yang Sesuai
    • Menetapkan Bleed Area
    • Menetapkan Ruler Guide

     

    01.00 – 02.00

    • Rehat / Makan Tengah Hari / Solat

     

    02.00 – 04.30

    • Latihan: Rekabentuk Brochure Trifold
    • Penutup / Penyampaian Sijil

     

    04.30 – 05.00

    • Sesi Foto / Minum Petang / Bersurai

     

  • Peserta yang hadir disasarkan agar mampu untuk menghasilkan seperti berikut:

     

  • Bagaimana cara membuat pembayaran?

    Bayaran adalah secara TUNAI SAHAJA dan boleh dibuat dengan cara berikut:

    • Deposit tunai ke akaun Sifoo Art and Multimedia Sdn. Bhd. (CIMB: 8602605029).

     

    Hantarkan bukti pembayaran:

    • Hantar bukti pembayaran kepada [email protected],
    • Hantar bukti pembayaran melalui MMS/WhatsApp kepada 016-212 9976 (Burn)
    • Bukti pembayaran adalah resit pembayaran daripada Cash Deposit Machine / slip deposit / print screen online transfer.
    • Nyatakan nama pembayar serta nombor telefon (jika tidak, urusan pengesahan akan menjadi sukar).

    Siapa yang boleh menyertai bengkel ini?

    • Terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan tajuk bengkel.
    • Terbuka mengikut kesesuaian tahap (Tahap 1 – Asas, Tahap 2 – Pertengahan, Tahap 3 – Lanjutan).
    • Bengkel hujung minggu terbuka untuk peserta persendirian sahaja.
    • Terbuka untuk peringkat umur dari 15 tahun ke atas.

    Mengapa harga tunai lebih murah?

    • Harga tunai adalah satu keistimewaan yang kami sediakan untuk peserta yang bayar dengan wang poket sendiri.
    • Tidak boleh dibandingkan dengan pembayaran oleh kerajaan ataupun syarikat.

    Adakah Sifoo mengamalkan polisi refund?

    • Ya, kami mengamalkan polisi refund jika pembayaran telah dibuat tetapi peserta terpaksa menarik diri dari menghadiri kursus.
    • 100% refund akan dibuat jika peserta memaklumkan kepada kami selewat-lewatnya sehari sebelum kursus bermula.
    • 50% refund akan dibuat jika peserta gagal memaklumkan sehari sebelum kursus bermula.

    Adakah Sifoo menyediakan penginapan?

    • Tidak. Kami tidak menyediakan penginapan untuk peserta.