Bengkel/Kursus Reka Grafik: Photoshop ‘Zero’ – T01H

BENGKEL / KURSUS ASAS PHOTOSHOP (BHM)

BELAJAR PHOTOSHOP DARI LEVEL ‘ZERO’:
LANGKAH AWAL KE LEVEL ‘ HERO.

Nak mula belajar Photoshop tapi tak tau macamana? Tengok youtube masih tak faham…meh join kelas kat Sifoo Art & Multimedia Training Center. Kami tau bagaimana nak share kaedah mudah untuk beginner mula guna Photoshop untuk buat sendiri kerja reka grafik.

 

// Tak Boleh Kalau Tak Berguru. Ye Ke?

Mungkin ungkapan tersebut selalu didengari kan? Bila berguru, perjalanan awal dari ‘zero’ tu akan jadi lebih mudah. Sebab guru akan ajar ikut langkah-langkah yang teratur. Kalau belajar sendiri ni, bila takde asas yang kuat…mesti akan tersangkut kat mana2 step kalau rujuk kat youtube. Mesti pernah terjadi kan?

Tak rugi datang kelas kat Sifoo sebab kami berpengalaman handle sesi peserta beginner sejak tahun 2001 lagi…

Jangan lepas pandang OFFER DISKAUN. Sila baca sampai perenggan akhir.

 

// Modul Kami Terbaik Dalam Bahasa Mudah Faham

Nota kami dalam bahasa ringkas, langkah demi langkah dan mudah difahami. Boleh dirujuk semula lepas habis kelas tanpa masalah.

Kami ajar guna Photoshop khusus untuk kerja reka grafik. Sangat sesuai untuk yang nak kena buat grafik utk POSTER, IKLAN ONLINE, serta PROMOSI.

Sesi ini akan terus menjurus kepada kerja reka grafik. Takde pusing2 ajar benda yang tak perlu.

Kami rekemen anda datang berteman. Senang nanti nak rujuk sesama sendiri. Daaan…datang berteman, kami akan bagi SPECIAL OFFER. Sila baca sampai perenggan terakhir.

 

// Tips dan Teknik POWER

Peserta bukan sahaja akan diajar cara guna Photoshop tapi juga akan dapat tips dan teknik POWER untuk hasilkan reka grafik yang berkesan. Takkan nak buat design yang tak efisien untuk sampaikan maklumat. Anda mesti nak JUAL PRODUK, SEBARKAN KEMPEN atau SAMPAIKAN INFO kepada orang lain kan? Kalau tiada tips yang baik spt KOMBINASI WARNA, PEMILIHAN FONT, PENGGUNAAN RUANG, PEMILIHAN IMEJ…maka hasil reka grafik anda mesti tak macam kerja seorang ‘HERO‘ la.

// Topik & Teknik Yang Akan Diajar

– Asas Pengendalian Photoshop
– Shortcut Berguna
– Rancang Projek Reka Grafik
– Setting Background
– Teknik Select & Layer Mask
– Place Image Guna Bridge
– Smart Object
– Smart Filter
– Adjustment Layers
– Susunan Teks
– Layer Effects
– Latihan Reka Grafik: Poster
– Latihan Reka Grafik: Iklan Online

// Bengkel Ni Sehari Penuh…Hanya RM250 Je

Ya, sesi bengkel ni sehari penuh. 10 pagi hingga 10 malam. Sebab kami tak rasa kalau sesi siang sahaja mencukupi! Jadi kita lanjutkan masa tanpa perlu luangkan masa hujung minggu anda selama 2 hari. Ahad boleh rehat dan buat aktiviti lain.

Kami tak kisah kalau malam tu nak lajak lagi…hehe. Mana tau ada yang over-excited nak belajar sampai terer tahap ‘HERO’! Tak kedekut…kami layan. InsyaAllah.

 

// Adakah Anda Peserta Yang Sesuai?

Jika salah seorang antara senarai berikut, anda digalakkan untuk join bengkel kami.

– pelajar sekolah atau kolej
– peniaga online yang nak cuba buat grafik sendiri
– pekerja yg kena hasilkan grafik. bos suruh
– peminat bidang reka grafik
– dah tau photoshop lama, nak dptkan tips baru

 

// Jika Minat Nak Daftar, Baca List Berikut:

– sila bawa laptop sendiri (atau boleh je angkut desktop)
– sila install siap2 software sebelum hadir ke bengkel
– kami sediakan sewaan laptop kpd yang memerlukan (call staf kami utk booking)
– makan minum tak disediakan. sila uruskan sendiri.
– tempat makanan di sekitar training center kami sgt byk.
– bahan kursus disediakan
– nota & pen kami sediakan.
– lepas kelas, kami sediakan sijil untuk peserta.
– semak lokasi training center kami di Google atau Waze

 

// Jap, Kami Nak OFFER DISKAUN Kalau…

…anda datang bertiga (tiga peserta dalam satu resit pembayaran), kami bagi diskaun RM150!!! Maknanya, hanya perlu bayar RM600 shj untuk 3 nama peserta bukan RM750. So, carilah teman2 anda yg berminat. Bagus jugak utk para boss yang nak htr atau bawa staf belajar bersama.

Masukkan kod berikut > 3PAXBHM
ke dalam ruangan COUPON REDEMPTION CODE semasa mendaftar.

 

// Lokasi Training Center

– Lake Fields, Sungai Besi, KL
– Berhampiran LRT Stesen Sungai Besi
– Waze: Sifoo Art & Multimedia Training Center
– http://sifoo.com/lokasi-sifoo-art-multimedia-training-center/

 

// Maklumat Lain2 & Pertanyaan

– Tel / Whatsapp 016-212 9976 (En Burn)
– Tel 03-9055 4002 (Pejabat Urusan)

Pendaftaran Bengkel

Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat: Sifoo Art & Multimedia Training Center, Lake Fields, Sg. Besi, KL

Pendaftaran boleh dibuat di Facebook ataupun di Website. Sila pilih tarikh di bawah:

5hb OGOS 2017 (SAB)

button_reg_fbbutton_reg_web

Tawaran Untuk Penyertaan 3 Orang Sekaligus! Masukkan kod berikut > 3PAXBHM ke dalam ruangan COUPON REDEMPTION CODE semasa mendaftar.

Trainer Reka Grafik

Imran Abdul Jabar
Trainer Utama Reka Grafik – Pengasas laman web Sifoo.com. Berpengalaman mengajar kursus serta bengkel reka grafik dan multimedia sejak tahun 2001.

panduan-ke-sifoo-training-center

Sifoo Art & Multimedia Training Center terletak di Lake Fields, Sungai Besi iaitu bersebelahan dengan Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur. Lokasinya sangat mudah diakses melalui jalan utama dan juga pengangkutan awam.an ke Sifoo Art & Multimedia Training Cente

Trainer Reka Grafik

Imran Abdul Jabar
Trainer Utama Reka Grafik – Pengasas laman web Sifoo.com. Berpengalaman mengajar kursus serta bengkel reka grafik dan multimedia sejak tahun 2001.

 

Tajuk Kursus:

Bengkel Reka Grafik: Photoshop ‘Zero’

Kod:

RG-PS-T0-1H-BHM

 Tempoh:

1 Hari (12 jam)

Pengenalan Bengkel:

Bengkel ini disusun khusus untuk para peserta yang agak baru dalam pengendalian Adobe Photoshop bagi kerja-kerja rekaan grafik dan suntingan imej. Terdapat banyak teknik-teknik terkini dan efisien yang akan dikongsikan bagi memudahkan kerja rutin.

Tenaga pengajar yang berpengalaman menjadi nilai tambah kepada kursus ini dengan perkongsian aliran kerja, pengalaman, tip serta penyelesaian masalah kerja.

Objektif:

Di akhir bengkel, peserta akan mampu:

– Menguasai pengetahuan dan kemahiran asas pengendalian Photoshop bagi proses editing imej/foto dan pengadunan grafik.
– Mengendalikan Photoshop bagi menghasilkan reka grafik.
– Memahami keperluan serta tatacara penghasilan reka grafik.
– Menghasilkan rekaan grafik seperti web banner, cover buku dan poster pada peringkat asas hingga pertengahan.

 Metodologi Latihan:

– Pembelajaran Teori
– Latihan Praktikal
– Demonstrasi Teknik

 09.30 – 10.00 am

– Pendaftaran peserta

 

10.00 – 01.00 pm

– Pengenalan kepada Adobe Photoshop
– Workspace
– Shortcut Berguna
– Senarai Tools Yang Lazim
– Senarai Teknik Lazim
– Mula Projek Reka Grafik
– Lakaran Idea: Apa Projek Reka Anda?
– Tentukan Canvas Size: New File
– Set Preset Sendiri
– Ruler & Ruler Guide
– Fill Background: Solid, Gradient, Pattern, Imej

 

01.00 – 02.30 pm

– Rehat / Makan Tengah Hari / Solat

 

02.30 – 06.00 pm

– Place Image: Adobe Bridge > Place
– Transform
– Crop: Select & Mask
– Quick Selection Tool & Refine Edge
– Effect: Layer Style
– Latihan Select & Mask
– Place Image > Smart Object
– Edit Smart Object: Touchup
– Latihan: Suntingan foto potret / wajah

 

06.00 – 08.00 pm

– Rehat / Solat

 

08.00 – 10.00 pm

– Smart Object & Smart Filter
– Layer Blending
– Blend Special Effect: Cahaya & Api
– Shape Lazim
– Custom Shape
– Shape Dari Path
– Path & Vector Mask
– Teks: Character & Paragraph
– Character Setting
– Paragraph Setting
– Effect: Layer Style

 

10.00 pm

– Bersurai

 

Peserta yang hadir disasarkan agar mampu untuk menghasilkan seperti berikut:

 

 

Maklumat Pembayaran:

Bayaran adalah secara TUNAI SAHAJA dan boleh dibuat dengan cara berikut:

– Datang sendiri ke Sifoo Art & Multimedia Training Center, atau
– Deposit tunai ke akaun Sifoo Art and Multimedia Sdn. Bhd. (CIMB: 8602605029).

Hantarkan bukti pembayaran:

– Hantar bukti pembayaran kepada [email protected],
– Hantar bukti pembayaran melalui MMS/WhatsApp kepada 016-212 9976 (Burn)
– Bukti pembayaran adalah resit pembayaran daripada Cash Deposit Machine / slip deposit / print screen online transfer.
– Nyatakan nama pembayar serta nombor telefon (jika tidak, urusan pengesahan akan menjadi sukar).

Bagaimana cara membuat pembayaran?

– Bayaran adalah secara TUNAI SAHAJA dan boleh dibuat dengan cara berikut:

– Datang sendiri ke Sifoo Art & Multimedia Training Center, atau
– Deposit tunai ke akaun Sifoo Art and Multimedia Sdn. Bhd. (CIMB: 8602605029).

Siapa yang boleh menyertai bengkel ini?

– Terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan tajuk bengkel.
– Terbuka mengikut kesesuaian tahap (Tahap 1 – Asas, Tahap 2 – Pertengahan, Tahap 3 – Lanjutan).
– Bengkel hujung minggu terbuka untuk peserta persendirian sahaja.
– Terbuka untuk peringkat umur dari 15 tahun ke atas.

Mengapa harga tunai lebih murah?

– Harga tunai adalah satu keistimewaan yang kami sediakan untuk peserta yang bayar dengan wang poket sendiri.
– Tidak boleh dibandingkan dengan pembayaran oleh kerajaan ataupun syarikat.

Adakah Sifoo mengamalkan polisi refund?

– Ya, kami mengamalkan polisi refund jika pembayaran telah dibuat tetapi peserta terpaksa menarik diri dari menghadiri kursus.
– 100% refund akan dibuat jika peserta memaklumkan kepada kami selewat-lewatnya sehari sebelum kursus bermula.
– 50% refund akan dibuat jika peserta gagal memaklumkan sehari sebelum kursus bermula.

Adakah Sifoo menyediakan penginapan?

– Tidak. Kami tidak menyediakan penginapan untuk peserta.
– Walau bagaimanapun, terdapat tiga hotel di sekitar Sifoo Training Center. Sila rujuk panduan Lokasi Sifoo Art & Multimedia Training Center.