ArtVenturous yang Sukses!

0

Alhamdulillah! Syukur kepada Allah. Bengkel ArtVenturous yang dijalankan di Johor Bahru baru-baru ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Seramai kira-kira 40 lebih penyertaan diterima untuk bengkel seni yang julung-julung kali diadakan di selatan tanahair.

Maklumbalas daripada para ibu bapa dan juga peserta sendiri selepas kursus juga tidak kurang hebatnya. Masing-masing sangat teruja dan tidak tunggu lama untuk terus mempraktikkan apa yang dipelajari sepanjang bengkel pada hari Sabtu tersebut.

Bengkel ArtVenturous telah mendapat liputan daripada Berita Harian Edisi Selatan dan telah disiarkan pada hari Rabu, 3 Disember 2012.

Kelebihan bengkel seni tersebut ialah:

  • Meningkatkan daya kreativiti dengan lakaran bersahaja (doodle).
  • Meningkatkan daya konsentrasi minda dengan berdoodle.
  • Meningkatkan kemahiran mewarna menggunakan pensel warna.
  • Memahami kaedah mewarna dengan efektif.
  • Memahami cara menggunakan kamera DSLR.
  • Meningkatkan kemahiran mengambil foto menggunakan DSLR.

InSya Allah, di atas permintaan ramai, bengkel ini akan diusahakan untuk dijalankan di sekitar Lembah Klang.

Terima kasih kepada Dayu Design sebagai penganjur utama di Johor Bahru. Terima kasih kepada semua anak-anak yang hadir serta ibu bapa yang memberi sokongan kepada bengkel ini.

Jumpa lagi!

Galeri Foto Sekitar Bengkel ArtVenturous

 

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

Leave A Reply