About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

19 Comments

  1. Saya setuju dengan apa yang bro Imran tulis dalam artikel ini. Biasanya, isu harga terlalu rendah berlaku dalam kalangan freelancer yang baru masuk dalam pasaran. Mereka terlalu terdesak mahukan duit lantas menawarkan servis design pada harga terlalu rendah yang boleh ‘membunuh’ pasaran.

    Sebagai seorang pereka grafik, kita harus sentiasa peka dengan perkembangan semasa dalam dan luar industri. Perbanyakkan bahan bacaan, buat rujukan dan jangan malas untuk belajar benda baru.

    Biasakan diri untuk belajar sekurang-kurangnya 1 benda baru setiap hari. Jika tidak besar, yang kecil sudah memadai. Mahirkan juga dengan skil jualan dan rundingan. Jangan terlalu ikutkan sangat pujuk rayu pelanggan yang kadang-kadang mahu ambil kesempatan kepada kita.

  2. Assalamualaikum Tuan Zulhilmi,
    maaf jika saya terkeluar topik… bagaimana kerjaya rekabentuk grafik boleh menembusi pasaran sektor kerajaan,

    terima kasih

  3. ya btol..bila beginner tanya, susah nak jwb…mcm ni sampai bila beginner nak tau. Last2 balun jela.

  4. Rashid Trekker on

    As Salam,
    Saya ingin meminta bantuan kepada sesiapa yang tahu untuk dapat saya hubungi designer yang boleh design cover buku.

    Mungkin boleh PM / whatsapp saya di talian : 013 933 4580.

    Terima Kasih.
    Rashid Trekker

  5. RAJA ASYRAF on

    Asalamualaikum tuan,maaf saya ingin bertanya, saya seorang pelajar graphic designer dan baru sahaja tamat, saya telah diupah untuk membuat satu design, tetapi saya tidak mengambil deposit dulu dan terus membuat kerja, selesai membuat design tersebut dan pihak nya berpuas hati, tetapi bila dibincang balik secara mengejut mereka membatalkan perjanjian dan saya tidak mendapat sebarang bayaran dan design saya tidak digunakan. Apakah hak saya dan apa ptt saya lakukan tuan? terima kasih jika tuan dapat membantu

    • Syed Azhar on

      cadangan saya sepatutnya tuan ambil deposit terlebih dahulu. biasanya 50%.

      lepas deposit, baru tuan buat kerja. kalau mereka cancel selepas kerja dh dibuat, deposit ni tak boleh dipulangkan. Disebabkan kos idea, masa dan tenaga yg tuan sudah tuan curahkan.
      kalau cancel sebelum kerja dimulakan, blh dpt refund 100%.

      Bila hasil kerja dah siap, minta full payment untuk tuan serahkan files kpd mereka.

      Sebagai keselamatan selagi mereka tak bayar full payment..
      maksud saya sepanjang proses edit mengedit mengikut kehendak mereka..

      ni yang saya selalu buat..

      1- saya letakkan WATERMARK logo/nama syarikat saya atas design tu
      2- kecilkan saiz design tu supaya mereka dpt resolution yg rendah.

      diharap dapat membantu..

  6. Ridzuan Ibrahim on

    Salam Tuan,
    Saya nak tanya 1 soalan. Saya masih lagi fresh graduate kos grafik designer. Tapi saya dapat tempahan dari customer untuk buat design kad kahwin dia. Jadi berapa harga yang sesuai untuk saya caj pada customer tersebut?

Leave A Reply