Bezza Nampak Menarik

0

Fuh! Lama tak tulis blog pasal design kat sini. Sibuk fokus ‘cari makan’ untuk Sifoo Art & Multimedia…huhu.

Anyway, baru-baru ni Perodua telah melancarkan model keretanya yang terbaru iaitu Perodua Bezza. Macam-macam response kita boleh nampak berlegar-legar kat media sosial. Biasalah…warga internet. Yang puji, yang komen, yang positif dan yang negatif.

Dan…saya bukanlah Paultan atau Careta untuk cerita pasal automotif. Harini saya nak highlightkan tentang jenama dan identiti Bezza. Saya tertarik dengan usaha Perodua untuk memberi satu imej yang berbeza pada identiti Bezza.

Lambang Bezza

eyeblaster_bezza

Reka taipografi untuk BEZZA menarik perhatian saya atas sebab-sebab berikut:

  • Berbeza: BEZZA / BE(ZZ)A – satu rekabentuk identiti yang berjaya menampakkan ‘beza’.
  • Unik: lain dari yang biasa. Setidak-tidaknya dalam kalangan jenama tempatan.
  • Negative space: Walaupun ada dua karekter huruf Z tapi mampu me’highlight’kan satu Z.
  • Usaha: nampak effort Perodua untuk menjenamakan produk barunya.
  • Tahap lain: Perodua meletakkan persaingan jenama produk automotif tempatan pada satu tahap yang lain.

Oh, itu adalah pendapat peribadi saya. Kurang pasti pula tentang direction sebenar Perodua dengan rekabentuk identiti jenama BEZZA ini. Tapi, saya ucapkan syabas kepada pengurusan Perodua di atas pelancaran BEZZA dengan keunikannya yang tersendiri.

Bagaimana pula pendapat anda? Mungkin ada pendapat yang ber’bezza’?

Tambahan point menarik:

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

Leave A Reply