Designers vs Table, Chart & Excel File

0

DESIGNERS vs TABLE, CHART & EXCEL FILE

Pernah hadapi dilema di atas? Paling menyampah bila kena buat table dalam Adobe. Atau, kena redo graf dan carta dari file excel. Kemudian, bukak file excel ternganga tak tau nak handle macam mana. Itulah dilema yang selalu para designers hadapi – menghadap kerja yang melibatkan kena buat table, chart dan kena kendalikan Excel File.

Masalah: Apabila dapat job kena buat buku laporan. Table banyak bersusun, pening. Kemudian, kena bikin grafik semua dalam Illustrator. Dalam Illustrator, tiada function untuk Insert Table. Huhu. Tekanan perasaan sebab kena lukis table guna rectangle tool, line tool atau guna grid. Garislah satu per satu. Paling membakar jiwa selepas terima amendment. Permintaannya hanya tukar saiz tapi seksanya nak edit balik garisan table tadi. Sebab semuanya manual! Kalau buat dalam photoshop pun samalah seksanya.

Solusi singkat: Printscreen table dari excel, kemudian tempek dlm Ps or Ai. Atau korang ada trick lain?

Sebenarnya: Table, pengendaliannya adalah lebih mudah jika dibuat dalam Indesign. Asasnya, mudah seperti dalam Word. Tapi untuk hiasan tahap designer, kena korek dan godek sikit tentang Table styles, Cell Styles, Fill and Stroke setting.

Image may contain: text

Projek Layout Laporan Menggunakan Konsep Infografik

Carta boleh dibuat dalam Illustrator. Ada graph tool. Boleh masukkan data dan ai akan generate graf. Atau, kalau copy n paste carta dari Excel, kita akan dapat dlm format vector. Illustrator masih boleh edit grafiknya (tapi tak boleh ubah data). Dgn syarat, hanya graf yang menggunakan basic styling dalam Excel. Graf yang menggunakan 3d atau style canggih yang lain, Ai tak boleh terima vektornya.

Designer kenalah tahu basic excel…hehehe. Tak boleh lari. Maybe kalau kat universiti, lecturer tak ajar atau tak fokuskan…sebab bukan designer tool. Tapi in real life…itulah format-format yang klien akan bagi kat kita. Takkan nak suruh diorg bagi dalam format Ai or Indesign kepada kita.

Selamat mentelaah! Hehe

Be Beyond Designer.

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

Leave A Reply