Freelancer – Adakah Sesuai Untuk Anda?

0

Bila sebut kerja dalam bidang kreatif, istilah “freelance” adalah tidak begitu asing. Ada yang buat part-time freelance job. Ada yang mengimpikan kerja sebagai full-time freelancer.

Namun, adakah anda sesuai untuk buat kerja freelance? Kita cuba rungkaikan…

ilovetobefreelancer

Ciri-Ciri Kerja Freelancer

  • Kerja dari rumah atau studio sendiri.
  • Kerja tak ikut waktu pejabat dan tiada majikan tetap.
  • Biasanya, dari rekod kerja terdahulu, klien akan datang dan tawarkan “job”.
  • Atau, cari “job” secara online.
  • Atau, buat hubungan kerja dengan beberapa syarikat kreatif dan tawarkan kepakaran anda kepada mereka.
  • Perlukan portfolio yang power untuk dapatkan banyak “job”.
  • Tak perlu daftar sebagai syarikat.
  • Tak perlu ada pejabat yang proper.
  • Tiada pendapatan tetap. Rajin buat kerja adalah hasil. Atau, klien “rajin” bayar…adalah hasil.

Tentang Ruang Kerja Freelancer

  • Kelebihan freelancer ialah memiliki ruang kerja sendiri. Luas, bebas dan tak terkurung dalam ruang kubikel seperti di pejabat.
  • Bila rasa bosan kerja di meja, boleh pindah ke sofa atau pun atas katil. Bebas. Tiada siapa nak tegur atau halang.
  • Tambah lagi seronok apabila bangun pagi, anda dah berada di “pejabat”. Tak perlu nak menghadap kesesakan jalan. Tak perlu nak fikir pasal punch in merah.
  • Tapi keseronokan di atas boleh bercampur cabaran apabila tiada sempadan di antara rumah dan pejabat.
  • Masalah di rumah adalah masalah di pejabat. Tiada mood di rumah bermakna tiada mood bekerja juga.
  • Katil yang terlalu dekat juga boleh mengganggu prestasi kerja. Hehe…senang nak landing.
  • Tiada rakan kerja boleh jadi baik dan buruk. Baik jika anda suka buat kerja sendirian. Buruk apabila sesetengah “job” memerlukan kemahiran yang anda tak miliki.
  • Tiada istilah team work. Melainkan anda aktif di online dan miliki rakan yang boleh bantu anda secara maya.

Tentang Diri Sendiri

  • Tanya diri sendiri, betulkah nak buat kerja freelance?
  • Tak semua orang boleh sukses sebagai freelancer. Ia memerlukan disiplin dan komitmen diri yang tinggi sebenarnya. Terutamanya displin.
  • Tiada bos bermaksud tiada sesiapa yang akan ‘kejar’ anda untuk siapkan kerja. Anda kena jaga sendiri timeline setiap projek yang diambil dari klien.
  • Pengurusan masa adalah penting. Klien akan tuntut anda untuk siapkan projek mereka pada waktu yang dijanjikan.
  • Persoalannya, mampukah anda menguruskan masa untuk menyiapkan projek untuk beberapa klien…serentak?
  • Oleh itu, disiplin diri dan etika kerja haruslah diberi penekanan. Ramai yang gagal kat sini.
  • Anda jenis yang susah nak angkat call dari klien? Atau, bila dalam tekanan, anda jenis yang suka mengelak diri dari klien? Kategori ini amat menjengkelkan pada klien.
  • Tak kurang kita dengar syarikat yang berat nak upah freelancer sebarangan, selalunya berpunca dari kes komitmen dan komunikasi.
  • Komunikasi yang lancar antara freelancer dengan klien adalah penting. Samada melalui telefon, messenger atau emel. Mesti tiptop. Sentiasa update klien anda.

Senarai di atas belum sentuh lagi tentang kerenah klien dan segala liku-liku mengejar payment dari klien. Kita akan cuba kupaskan di tulisan akan datang…

Good luck untuk kerjaya anda…sama ada freelance atau bukan. πŸ˜‰

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

Leave A Reply