Graphic Design Antara 5 Jurusan Paling “Tak Berguna”

0

Wah! Terkejut juga apabila membaca tajuk begini dalam satu posting di Fb group Sifoorian. Tapi, itu adalah realitinya menurut laporan siaran CNBC yang menyenaraikan jurusan Fine Arts, Drama & Theatre Arts, Film, Video & Photographic Arts, Commercial Arts & Graphic Design dan Architecture.

Seperti yang dihantar oleh Alina Abdullah dalam Fb group Sifoorian.

Seperti yang dihantar oleh Alina Abdullah dalam Fb group Sifoorian.

Paling yang tidak disangka, architecture juga termasuk dalam senarai jurusan paling “tak berguna”.  Tidak begitu jelas atas dasar apa dan bagaimana laporan tersebut dikira.

Seorang Sifoorian, Alina Abdullah, membangkitkan isu STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics) vs. STEAM (Science, Technology, Engineering, Arts, Mathematics). Pendidikan di US dan UK mula menolak arts dalam sistem menganugerahkan kelayakan sijil kepada para pelajar. Ini bermaksud seni tidak mendapat tempat dalam sistem akademik.

Mokhtar Ahmad berkongsi laporan 2014.

Mokhtar Ahmad kongsikan laporan 2014 dari Business Insider.

Menurut laporan Business Insider yang dikongsikan oleh Mokhtar Ahmad, jumlah lepasan jurusan seni menghadapi masalah dalam peluang kerja.

Mungkin faktor adaptasi teknologi dalam mendapatkan ilmu kemahiran seni sudah berubah apabila pengguna internet mula merujuk kepada sumber seperti Wikipedia, Youtube, blog dan online short course. Mereka hanya fokus untuk meningkatkan kemahiran dan praktis sendiri untuk memilih ‘specialty’ masing-masing sambil ‘bekerja sendiri’ tanpa perlu melalui sistem akademik yang memaksa mereka belajar apa yang mereka rasakan tidak perlu dan tidak sesuai dengan specialty mereka.

Secara peribadi, saya berpendapat laporan ini lebih memfokuskan kepada peluang mendapatkan kerja selepas mendapat sijil dari kolej atau universiti bukan kerana jurusan tersebut penting atau tidak dalam dunia sebenar. Jadi, jika seseorang hanya mengambil kira tentang kerja makan gaji selepas graduate, laporan ini untuk anda ambil kira. Jika, kepuasan belajar kerana minat terhadap seni, ilmu itu tak pernah “useless”. Hanya ilmu yang tidak dipraktikkan sahaja boleh dianggap “useless”.

Apa pendapat anda pula?

 

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

Leave A Reply