Isu “Mencuri” Hak Hasil Karya oleh Utusan Malaysia

67
Foto yang digunakan oleh Utusan Malaysia, Sisipan Mega, Ruangan Agama.

Foto yang digunakan oleh Utusan Malaysia, Sisipan Mega, Ruangan Agama bertarikh 12 April 2013.

Salam,

Saya nak berkongsi pengalaman tentang isu “mencuri” hak hasil karya. Sebelum ini, seringkali saya melihat dan mendengar pengalaman orang lain yang pernah menjadi mangsa kecurian hasil karya terutamanya karya fotografi. Ada yang foto mereka digunakan oleh laman web atau blog-blog orang lain. Ada juga yang lebih teruk lagi, foto mereka diambil dan dibuang watermark dan dijadikan portfolio si pencuri tersebut.

Pada hari Jumaat yang lepas, 12 April 2013, saya mendapat mesej daripada seorang sahabat. Beliau memberitahu saya untuk membelek suratkhabar Utusan Malaysia, sisipan Mega. Kata beliau, foto saya digunakan di dalam sebuah artikel agama yang bertajuk “Hakikat Mempelajari Ilmu”. Foto tersebut mengandungi gambar beliau bersama dengan anak saya yang sedang melakonkan babak belajar Al-Quran di tepi pantai.

Setelah mengesahkan foto tersebut, saya mencari dari mana mereka “mencuri”nya. Tidak lain dan tidak bukan, foto tersebut saya letak di laman Flickr saya sahaja dan tidak ada di tempat-tempat lain. Link asal foto tersebut:ย http://www.flickr.com/photos/imranabduljabar/5788435269

http://www.flickr.com/photos/imranabduljabar/5788435269

http://www.flickr.com/photos/imranabduljabar/5788435269

Persoalan saya sekarang ialah bagaimanakah sebuah organisasi media yang besar di Malaysia boleh terlepas pandang melakukan perkara sebegini? Mencuri karya orang lain dan menggunakannya secara bebas? Bukankah mereka sepatutnya ada peruntukan untuk membeli karya? Atau, mereka mempunyai tenaga kerja dalaman untuk menghasilkan visual yang diingini?

Foto asal saya mempunyai watermark tulisan nama saya yang melintangi subjek dari hujung ke hujung. Mereka padam!!!

Nak salahkan siapa? Pereka grafik? Editor? Ketua Meja Pengarang?

Atau, sememangnya perkara begini adalah sangat lazim dilakukan oleh pihak Utusan Malaysia?

Mereka tidak fikirkah kalau foto itu saya ambil untuk kegunaan klien yang membayar saya? Atau, tidak fikirkah kalau saya keluarkan kos untuk sesi penggambaran tersebut? Atau, tidak fikirkah bahawa Utusan Malaysia itu suratkhabar utama dan ramai yang akan melihat foto tersebut? Atau, mereka ingat orang tidak kenal Imran Abdul Jabar dan tidak ada sesiapa yang akan memberitahu saya…

Bukanlah hendak mengungkit sangat tetapi terasa sangat kecewa apabila perkara asas yang mudah begini dipandang remeh oleh pihak saluran perdana. Di manakah profesionalisme? Atau sememangnya kerja tangkap muat?

Kredit yang diberikan kepada foto tersebut hanyalah sekadar “Gambar Hiasan”. Huhuhu…sedih!

Saya cuba mendapatkan maklumbalas dengan menelefon ke pejabat mereka tetapi hampa, panggilan saya tidak sekali pun dijawab. Mungkin langkah yang seterusnya ialah menghantar surat tuntutan guaman? Kita nantikan.

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

67 Comments

  1. gambar aku pon penah kene curi oleh Utusan..jilakak! tapi derang pandai derang pakai photoshop tukar gambar aku jadi ala komik.. tapi mereka bodoh gak ingat aku tak tau karya kite sndiri kn.. aku ada call gak pihak utusan tapi mcm ko gak, takde respon.. hampa.. hampeh! aku harap ko trus saman 100J baru derang sedar yg this is a serious business.. Pls saman derang.

  2. Saman, biar jadi pengajaran untuk pihak lain. Memalukan bagi antara media akhbar utama di Malaysia mencuri sebegini. Semoga saudara diberi kekuatan untuk berjuang menegakkan hak saudara dan seluruh peminat fotografi di tanah air.

  3. DeeGun Raymond on

    Seingat saya, ketika ambil subject perundangan komunikasi masa study dlu, if kat caption ade tertulis 'gambar hiasa' seperti gambar di artikel tersebut, ia tidak melanggar peraturan selagi penggunaan gambar terbabit tidak mendtgkan impak yg buruk, sama ada kpd individu yg terdapat di dlm gambar atau pemilik gambar… wallahua'lam…

    • Peraturan / etika menggunakan gambar tanpa izin macamana pula? Mungkin “gambar hiasan” itu ditujukan kepada penggunaan wajah orang awam untuk tujuan editorial.

      Masalahnya kat sini ialah foto asal ada watermark. Bermaksud, foto tersebut tidak boleh digunakan secara bebas tanpa izin. Simple common-sense.

    • Rizq UlQais Hakimi on

      ai pun setuju, isu ni bukan mencuri karya, sbb kat bwh pic tuh ada tulis sekadar gambar hiasan, kalau nak besarkn isu nih ramai gak kat dlm fb nih ambik pic org letak kat profile masing2 tanpa kebenaran huhuhu

    • jiwa perundangan ngan jiwa seni mmg tak sama…
      tak tau lah mana yg lebih 'fair' … it looks like they are right for doing the wrong thing… but part yang padam watermark tu yg amat menjengkelkan..

    • Adri Idzwan Tak Full on

      gambar hiasan takpe, tapi for commercial use (like in a paid article for a paid newspaper) lain cerita.

      undang2 is on your side. kalo tak pakai jangan komplen sifoo

    • walaupun digunakan utk hiasan tp at least jgn buang watermark dan bg credit pd photographer..dan utusan guna utk komersil…utusan jual akbar mereka

    • Wf Vendettas on

      Bkn isu bad impact to a person or the author. Ini soal copyright. Caption "gambar sekadar hiasan" tidak bermaksud akhbar dh blh lepas tgn dr pemilik karya asal. Dlm communication law, gambar hiasan itu tidak mngaitkan individu/keadaan dlm gambar dgn penulisan tetapi copyright gambar trsebut masih milik jurugambar. Setidak2nya minta izin,ditakuti ada pihak lain dh beli gambar trsebut.

    • Wf Vendettas on

      Bkn isu bad impact to a person or the author. Ini soal copyright. Caption "gambar sekadar hiasan" tidak bermaksud akhbar dh blh lepas tgn dr pemilik karya asal. Dlm communication law, gambar hiasan itu tidak mngaitkan individu/keadaan dlm gambar dgn penulisan tetapi copyright gambar trsebut masih milik jurugambar. Setidak2nya minta izin,ditakuti ada pihak lain dh beli gambar trsebut.

    • Kalau nak saman kena lihat dari segi teknikal perundangan, bukan dari sudut seni atau moral. Sebab ia akan menentukan menang atau kalah saman tersebut lebih-lebih lagi sebab melibatkan kos dan masa. Semoga mendapat keadilan.

  4. aku pernah pi NSTP dan tgk cara diaorg kerja, yang boleh bagi cadangan gambar adalah si wartawan atau si pereka grafik. selalunya yang tentukan layout sebuah artikel adalah pereka grafik.

    yang saringkan adalah editor.

    yang sahkan adalah ketua editor.

    dalam kes utusan nih, aku rasa si pereka grafik tak peka sensitivi serta tak peka undang2. (utusan banyak guna org baru. org lama pi NSTP, gaji besaq)

  5. yg ironiknya adalah semalam kat Pancaindera, akhbar sisipan utusan, boleh plak siarkan cerita pemilik lagi "bo la wei" yg bengang kat pihak yg menciplak dan mengedit lagunya. tapi yg ni takpe plak.

    • Wan Izumil Wan Idris on

      pancainera team lain yg buat…Mega tu team lain….duduk pun bangunan yang lain…

  6. imran.. call dulu MyIPO… 03-22998400.. dapatkan nasihat dari mereka tentang cara dan kaedah penggunaan hasil pemilikan (samada yg berdaftar/tidak berdaftar dgn myipo).. dalam kes ini kena ada laporan polis dan juga pada harta intelek..

    bermula dari benda kecil inilah jika tak dibendung akan jadi lebih besar… lindungi harta intelek anda..

  7. ู…ุงู† ู…ุงูŠูƒู„ on

    byk nye batu api yg hanya ikt emosi.. fikirlah secara rasional n gn ilmu dan akal~ cari permuafakatan.. biar ada usaha utk cari penyelesaian cara baik..

  8. kalau watermark kecik kat bucu gagah lagi, ni melintang dari kiri ke kanan pon nak dipadam? adoi… parah ni… tak patut dibiarkan… kasi pengajaran…

    saman je bro, diorang banyak duit ๐Ÿ™‚

    p/s: kalau dah dpt royalty kasi roger2, saya tau restoran yang sedap dan harga berpatutan kat area Bangi ๐Ÿ˜€

  9. Memang la ade mention sekadar gambar hiasan… what if gambar tu dah dibeli oleh orang lain.. dan xde pun kredit untuk gambar tu.. so dikira curi juga la..

  10. Bongek Ensem on

    Bila hak cipta kita digunakan untuk tujuan kegamaan & memberi manfaat kepada umum.
    Saya lebih suka bersyukur dari menggembar gembur begini.

    lain la kalau tuan ambil gambar model seksi atau artis-artis yang tak menutup aurat lalu digunakan dalam majalah/akhbar. Apapun terpulang kepada pokok asal dan "hati" tuan.

    • MATLAMAT (niat) tidak menhalalkan cara bro ๐Ÿ™‚ memang niat untuk digunakan tujuan keagamaan, tetapi kalau dikira 'mencuri' dalam erti kata tidak mendapat kebenaran tuan empunya gambar (tak kiralah gambar apa) itu dah dikira salah..sekadar pandangan saya yang pernah kena…benda ni simple ja, tak salah kalau editor tu sms/email ke apa ke sebab kontek sifoo.com bro Imran Abdul Jabar ni ada kat merata-rata…koman2 kalau google pun boleh keluar ๐Ÿ™‚ tapi ramai yang nak ambik jalan mudah….up/guna dulu gambar kalau owner bising barulah sibuk nak email, minta kebenaran lah :)….ini based on pengalaman sayalah ๐Ÿ™‚

    • Bongek Ensem on

      yup … isu utama dia adalah tidak minta kebenaran .. tp sekadar pandangan saya yang tak berapa …. kadang kala kita tak perlu perbesarkan sebab ianya digunakan untuk perkara yang baik. lain la jika diberi penghargaan jurugambar org lain. Saya perasan watermark di"blur"kan oleh editor.

      Apapun terpulang kepada empunya diri … kadangkala pahala datang dari sudut yang kita tak jangka :p

    • Sememangnya saya tak kisah tujuan penggunaan gambar ini utk tujuan kebaikan. Isu yang dibongkarkan adalah "dosa" yang mereka lakukan.

      Alhamdulillah kalau ada pahala yg masuk hasil dari penggunaan foto tersebut. Tapi bagaimana pula bab mereka membuat duit hasil dari mengambil hasil kerja orangvlain tanpa kebenaran? Adil?

    • Bongek Ensem on

      Tuan Imran,
      saya secara peribadi tidak setuju disebabkan utusan ni syarikat yang kita boleh anggap professional & mempunyai ramai pekerja. Agak pelik jikalau bukan editor sekurang2 HR menghubungi tuan berkenaan penggunaan gambar tersebut yg mungkin menggalakkan tuan mencadangkan gambar yang lebih baik dalam resolusi yang lebih sesuai.

      Tapi saya tak bolah nak kata ianya "dosa" disebabkan ianya "gambar hiasan" … dan keseluruhan isi menggambarkan kebaikan.

      Apapun tahniah :p

    • ambil apa pun kalau tanpa kebenaran tuanya adalah DOSA……walaupun kau amik lembu org lepas tu kau sedekah kat fakir miskin….BEDOSA jugak…..tak payah la menghalalkan yang haram….

  11. macam mana organisai besar boleh terlepas pandang benda macam ni. isu hasil karya orang lain di curi.
    agaknya ramai semior photographer dah letak jawatan kot..itu sebab nak senang mereka curi je..

  12. Naga Keramat on

    dalam Etika Perundangan Media (Media Law & Ethics), BENAR ianya tidak menjadi kesalahan walaupun tertulis sebagai gambar hiasan namun untuk menjadikan gambar itu sebagai hiasan juga perlu mendapatkan persetujuan bertulis dari empunya gambar.

    dan dari segi perundangan pula, menyiarkan apa apa hakcipta tanpa persetujuan bertulis dari empunya hakcipta boleh diambil tindakan guaman mengikut perundangan media yang termaktup dalam akta hakcipta.

    dan aku sangat bersetuju perkara ini diambil tindakan. Kepada Imran, kalau tak dapat call, lebih baik pergi dan bawa sekali artis yang didalam foto berserta semua hakcipta tertulis di laman flikcr tu.

    paling penting buat laporan polis dan pergi ke biro guaman utk mendapatkan penerangan selanjutnya.

  13. Susah payah nak mendapatkan seni pada gambar, senang je ambil dan buang watermark. Menyedihkan kerana sebuah organisasi besar sanggup buat mcm ni..

  14. Aku rasa tak perlu saman. Nko cuma berak atas sukkabar utusan tu, pastu poskan pada meja pengarang. Jangan lupa bungkus elok2, kalau tak kuar bau pulak. Tulis sebab ngape nko buat camtu sekali, sertakan no tepon, website dan email. Aku pasti akan mengaumlah semerbak aroma impian hasil ‘kreatif’ nko tu.

Leave A Reply