Jom Belajar dalam Kursus Sifoo.com

0

Salam semua!

Raya dah pun selesai. Walau bagaimanapun, mungkin masih ada lagi saki-baki kehangatan berhari raya dengan open house dan majlis perkahwinan. Maaf zahir batin dari saya di Sifoo.com.

Selepas musim raya ini, Sifoo.com akan mula aktif menganjurkan kursus-kursus seperti biasa. Antara tajuk-tajuk kursus yang akan ditawarkan dalam bulan Oktober nanti ialah Adobe Photoshop, Illustrator, InDesign peringkat asas. Kemudian, di dalam bulan November, terdapat dua kursus istimewa iaitu Reka Grafik Kreatif menggunakan Adobe Photoshop, tahap lanjutan dan Reka Penerbitan Digital menggunakan Adobe InDesign.

Senarai penuh kursus boleh dilihat di http://www.sifoo.com/kursus.

Kami di Sifoo.com juga menerima jemputan menganjurkan kursus di jabatan-jabatan kerajaan, di universiti dan di organisasi lain. Antaranya yang bakal kami penuhi jemputan mereka ialah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Jabatan Kesihatan Perak, Kolej Komuniti Selayang dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Insya Allah. Jika berminat, anda juga boleh menghubungi kami untuk menjemput Sifoo.com ke tempat anda.

Sila sharekan jadual kursus Sifoo.com kepada rakan-rakan yang berminat dan memerlukan atau kepada majikan supaya dapat menghantar anda menyertai kursus Sifoo.com yang pastinya menarik dan memenuhi keperluan kerjajaya anda.

Orait! Jumpa lagi.

IMRAN ABDUL JABAR
Pengasas Sifoo.com

 

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

Leave A Reply