Review Peserta: Fotografi Produk (Kamera Apa Saja)

1

Fotografi Produk

24 Januari 2015 lalu, Sifoo.com telah menjalankan Bengkel Fotografi Produk (Kamera Apa Saja). Sebuah bengkel yang berkongsikan tentang teknik merakam gambar produk dengan mudah tanpa mengambil kira jenis kamera termasuklah kamera telefon pintar.

Fotografi Produk

Bengkel Fotografi Produk (Kamera Apa Saja)

Bengkel sehari yang berlansung dari jam 9 pagi hingga 5 petang dimulakan dengan pengenalan mengenai fotografi produk daripada Encik Ahmad Rithauddin bin Che Mat selaku tenaga pengajar Sifoo.com. Turut diterangkan mengenai komposisi dan cara pengendalian kamera dalam proses fotografi produk. Cara susunan produk juga turut diselitkan dengan teknik penggunaan hiasan tambahan bagi menyerlahkan produk.

Fotografi-Produk1

Fotografi Produk menggunakan cahaya sedia ada (Available Light)

Sesi fotografi dimulakan langkah demi langkah dengan teknik merakam gambar produk menggunakan cahaya sedia ada (available light) sehinggalah menggunakan lampu tambahan yang berupa mini studio. Contoh produk yang digunakan sepanjang bengkel adalah seperti gelas kaca, mainan, rempah ratus, buah buahan, kasut, dll.

Hasil daripada kamera telefon pintar

 Apa Kata Para Peserta Bengkel?

Fotografi-Produk13

Nurhidayah Mohamed Noor – Peserta

 “Bengkel ini banyak membantu saya untuk belajar menangkap gambar produk sendiri dan memudahkan kerja saya sebagai ‘web designer’ yang kadang kala memerlukan saya untuk menangkap gambar produk pelanggan.” – Nurhidayah Mohamed Noor

Nurhidayah turut berkongsikan hasil gambarnya di laman Facebook beserta pendapat beliau mengenai Bengkel Fotografi Produk (Kamera Apa Saja).

Screen Shot 2015-01-26 at 2.36.43 PM

Nurhidayah berkongsikan pendapat serta hasil gambar dari telefon pintarnya.

Fotografi-Produk14

Maturuni Bin Tukiman – Peserta

“Saya dapat ilmu mengenai teknik-teknik baru dalam mengambil gambar dan cara penggunaan cahaya yang boleh menghasilkan gambar yang lebih menarik.”- Maturuni Bin Tukiman

Maturuni Bin Tukiman merupakan editor Majalah Cambah, Jabatan Pertanian Malaysia.

Fotografi-Produk15

Muhd Rizal Bin Baharom – Peserta

“Apa yang saya dapat hari ini amat berharga dan saya dapat gunakan dalam kerja saya sebagai pegawai pertanian dalam mengambil gambar hasil dan produk-produk pertanian khususnya.” – Muhd Rizal Bin Baharom

Muhd Rizal Bin Baharom yang juga salah seorang editor Majalah Cambah daripada Jabatan Pertanian Malaysia turut memberi cadangan supaya sesi Bengkel Fotografi Produk boleh dipanjangkan dan mengadakan slot perkongsian hasil gambar bersama peserta-peserta serta dapat dinilai oleh tenaga pengajar.

Mohd Azhrulnoor Bin Ab Manaf - Peserta

Mohd Azhrulnoor Bin Ab Manaf – Peserta

“Saya rasa seronok dengan bengkel ini, cara penyampaian yang baik daripada tenaga pengajar dalam berkongsikan teknik dan ilmu dalam fotografi produk, terima kasih. – Mohd Azhrulnoor Bin Ab Manaf

Mohd Azhrulnoor daripada unit komunikasi Jabatan Pertanian Malaysia berasa teruja melihat contoh-contoh produk dan peralatan yang digunakan dalam Bengkel Fotografi Produk (Kamera Apa Saja).

Alhamdulillah! Peserta Berpuas Hati

review1

review2

Keputusan kaji selidik Bengkel Fotografi Produk (Kamera Apa Saja)

Adalah menjadi keutamaan kami untuk memastikan peserta berpuas hati dengan kursus-kursus yang dijalankan. Jadi, setiap pendapat dan cadangan peserta akan diambil serius dalam usaha penambahbaikan dalam kursus-kursus akan datang. Terima Kasih.

Fotografi-Produk12

 

Berminat Untuk Sertai Bengkel Ini?

Daftar untuk sesi akan datang di: Bengkel Fotografi Produk (Kamera Apa Sahaja) 

 

 

 

 

 

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Sifoo.com ~ Sumber Grafik & Multimedia. Mula menyediakan tapak perkongsian ilmu di persada internet Malaysia sejak tahun 2000. Kini, di bawah Sifoo Training Solutions, kami adalah 'training provider' untuk kursus-kursus reka grafik, multimedia, web dan fotografi.

1 Comment

Leave A Reply