Review Peserta: Reka Penerbitan Buletin / Majalah

0

Setiap tahun saya akan ke Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) di Behrang, Tanjung Malim, Perak untuk mengendalikan kursus-kursus dalam bidang Multimedia seperti Kursus Penyediaan Bahan Penerbitan Menggunakan Adobe Illustrator dan Kursus Reka Penerbitan Buletin/Majalah Menggunakan Adobe Indesign. Alhamdulillah, fasiliti yang disediakan di INSTUN memang tip top. Sesuai dan kondusif untuk peserta menjalani tempoh berkursus.

13495430_10155018358877222_4554266778749037103_o

Kursus Reka Penerbitan Buletin/Majalah Menggunakan Adobe Indesign

Baru-baru ini saya ke INSTUN lagi untuk tajuk┬áKursus Reka Penerbitan Buletin/Majalah Menggunakan Adobe Indesign. Satu tajuk yang dah lama saya cadangkan untuk mereka anjurkan kerana keperluan kemahiran ini banyak diperlukan dalam organisasi dalaman jabatan kerajaan. Sesi kali ini, sama seperti kebanyakan kursus yang sebelum ini, peserta tidak mempunyai kemahiran asas…zero katanya. Tetapi, berkat kerjasama setiap peserta dalam sesi, dapatlah saya mengendalikan sesi dengan baik dan peserta berjaya menghasilkan kerja kursus yang ditugaskan.

Peserta dibimbing untuk mengenali tool dan teknik asas Adobe Indesign. Seterusnya, mereka dibimbing dengan teknik menyusun layout yang bersesuaian untuk kerja penerbitan buletin atau majalah.

 

Video: Secebis Sedutan Kursus

https://www.youtube.com/watch?v=4lWxusIXa1Y?rel=0

Semoga Peserta Maju Jaya Dalam Kerjaya

Dengan perkongsian teknik-teknik yang efisien dan bertepatan dengan kehendak tugasan, saya harapkan setiap peserta mendapat manfaat dalam sesi kursus kali ini. Kalau tak dapat banyak pun, dapat dia punya “kunci” pun dah okay. Nanti balik ke tempat bertugas masing-masing, bolehlah sambung explore lagi.

Kumpulan peserta kali ini dimasukkan dalam Whatsapp group supaya mudah untuk terus berhubung dan berkongsi.

#sifooartandmultimedia #sifoo #instun #indesign

 

 

 

 

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

Leave A Reply