Trending #GrafikGomen Membuka Pekung di Dada

4

Gelihati apabila Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Tuan Khairy Jamaluddin (KJ) membuat retweet tentang pertandingan mencipta logo Hari Sukan Negara anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan ayat nakal beliau:

“Pastikan logo Hari Sukan Negara tidak buruk macam grafik ini. This is why I need your help! #GrafikGomen”

This is why I need your help! #GrafikGomen

kj_harisukannegara

Tweet oleh Khairy Jamaluddin 😉

Di kalangan celik design, fenomena #GrafikGomen sememangnya sudah sedia maklum. Apabila seorang menteri mengeluarkan tweet bersahaja seperti di atas, seolah-olah mengesahkan fenomena tersebut. Dengan pernyataan tersebut, KJ haruslah konsisten mengekang gejala #GrafikGomen dari terus menular terutamanya dalam kementerian beliau. Setakat ini, logo Kementerian Belia dan Sukan adalah antara logo kementerian yang sangat baik. Baru-baru ini Rakan Muda melancarkan logo terbaru yang baik juga.

logo_kbs_rakanmuda

Logo KBS dan Rakan Muda

Renungkan Logo Rela dan KDN

Logo Korporat Baru Rela

Logo Korporat Baru Rela

Logo KDN???

Logo KDN???

Saya tak nak komen banyak. Anda buat penilaian sendiri.

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

4 Comments

  1. Design ni sebenarnya sangat subjektif, macam juga kita beli baju, setiap orang suka style yang berbeza, Kita tiadk boleh hanya menilai dengan mata kasar sahaja, sedangkan mengetepikan kehendak orang lain. Kalau orang tu nak tempah baju melayu, takkan kita nak buat baju congsam?.. betul x.. seperti juga dengan logo KDN tu. Sebelum pemilihan pun rasanya banyak pilihan yang telah dibuat, mustahil hanya satu tu, dan akhirnya ;ogo tu yang menjadi pilihan hati mereka. so..bg saya xde masalahnya. Dan pengalaman saya dalam bidang grafik selama ni pun membuktikan yang kita sebenarnya tidak boleh syok sendiri dalam membuat design, ada yang saya ubahsuai dan bg visual yang cantik tp tidak kena pada pelanggan. Malah pelanggan memilih design yg lebih sempoi dan simple. Maafkan saya jika terslh berbiacara, saya hanya menyuarakan pendapat sahaja.tq

    • Design is not subjective.
      Taste is subjective.

      Cuba google “design is not subjective”. Boleh baca dan nilaikan kenyataan ini.

    • Tapi…mungkin pendapat anda boleh diterima jika “objective” pengurusan KDN dah ditetapkan seperti itu.

      Termasuklah memasukkan logo dalam logo.

Leave A Reply