Sekitar Bengkel Lukisan Karikatur Digital oleh Katon Aqhari

1

Pada 26hb-27hb April yang lalu, telah berlangsung Bengkel Lukisan Karikatur Digital oleh Katon Aqhari di Sifoo Training Center, Lake Fields Sungai Besi. Kehadiran adalah sederhana dengan 8 orang peserta sahaja tetapi kemeriahan bengkel dapat dirasakan oleh setiap peserta bengkel.  Alhamdulillah, hasil daripada bengkel, peserta telah dapat menghasilkan lukisan digital yang menarik.

KEHADIRAN PESERTA ‘OTAI’ MEMERIAHKAN BENGKEL

Antara peserta yang memeriahkan bengkel adalah kartunis-kartunis di era Gila-Gila, Batu Api dan Gelihati seperti En. Kerengge dan En. Roslim (Zack Kapchai). Kenapa mereka hadir? Walaupun sudah ‘terer’ melukis, mereka inginkan ilmu lukisan digital yang dikongsikan oleh Sdr. Katon Aqhari. Melukis menggunakan graphic tablet dan perisian komputer memerlukan latihan yang berlainan sedikit dari lukisan tradisional. Tetapi tidak susah jika mempunyai asas melukis. Kehadiran mereka juga memberi semangat kepada peserta lain untuk berkarya.

En. Kerengge

En. Kerengge

En. Roslim (Zack Kapchai)

En. Roslim (Zack Kapchai)

Peserta Bengkel Lukisan Karikatur Digital

Peserta Bengkel Lukisan Karikatur Digital

HASIL LATIHAN SEMASA & SELEPAS BENGKEL

Latihan Semasa Bengkel

Latihan Semasa Bengkel

Latihan Semasa Bengkel

Latihan Semasa Bengkel

Latihan Semasa Bengkel

Latihan Semasa Bengkel

Latihan Semasa Bengkel

Latihan Semasa Bengkel

Latihan Semasa Bengkel

Latihan Semasa Bengkel

Latihan Semasa Bengkel

Latihan Semasa Bengkel

Latihan Semasa Bengkel

Latihan Semasa Bengkel

Oleh En. Baha Onan

Oleh En. Baha Onan

Oleh En. Baha Onan

Oleh En. Baha Onan

Oleh En. Baha Onan

Oleh En. Baha Onan

Oleh Sdr. Katon Aqhari

Oleh Sdr. Katon Aqhari

Oleh En. Kerengge

Oleh En. Kerengge

MAKLUMBALAS MENGGALAKKAN!

Selepas bengkel, terdapat banyak pula maklumbalas yang menggalakkan setelah foto-foto sekitar bengkel dipaparkan. Juga kerana hasil lukisan digital semasa bengkel kelihatan menarik. Tapi, ya memang menarik.

Saya sendiri merasakan teknik Photoshop dan Corel Painter yang dikongsikan oleh Sdr. Katon Aqhari sangat mudah dipelajari. Banyak juga tip muslihat yang bakal memudahkan kerja! Best.

Oleh kerana itu, Sdr. Katon Aqhari telah bersetuju untuk membuat siri kedua Bengkel Lukisan Karikatur Digital di Sifoo Training Center pada 21hb-22hb Jun 2014 nanti.

Berminat? Jom daftar SEKARANG!

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

1 Comment

Leave A Reply