Sukar Membaca Kufi? Mari Cuba Kaedah Ini

0

Membaca khat jenis Kufi ni kadangkala mencabar minda juga. Macam main teka-teki…sampai nak berpusing tengkuk meneka huruf dan ayat. Selalu terfikir…hebat juga mereka yang pakar mencipta rekaan dan susunan khat jenis Kufi. Respek.

Ok. Alkisahnya, baru-baru ni seorang penggiat tulisan khat Kufi, saudara Haafiz Aliy telah menduga rakan-rakan facebook beliau untuk membaca hasil kerja Kufinya.

Cuba Baca Kufi Berikut

 

kufi_haafiz_aliy01

Boleh ke tak boleh baca?

Terus-terang, saya gagal baca. Dan malas nak pening-pening kepala mencuba lama-lama…saya mengaku surrender je terus. Hehe.

Nak tau jawapannya? Teruskan scroll ke bawah…

kufi_haafiz_aliy02

Haaa…UmmahMall rupanya!

Kaedah Membaca Kufi

02

Setelah saudara Haafiz tunjukkan grafik di atas, barulah saya nampak dengan mudah bagaimana huruf-huruf disusun dalam khat Kufi. Beliau juga menunjukkan arah bacaan serta pecahan huruf dalam rekaan Kufi tersebut. Alhamdulillah, hilang pening…

Semoga, pencerahan ini dapat memberi manfaat kepada yang satu geng dengan saya…geng pening baca Kufi.

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

Leave A Reply