Bunting Iklan : Nasi Lemak Opah Yat, Pekan Sg. Besi

0

Bunting Nasi Lemak Opah Yat, Sg. Besi

Terlintas di fikiran, adakah design yang baik dapat memberikan impak dalam usaha untuk mempromosikan produk perniagaan kita walaupun ianya hanya sekadar Nasi Lemak yang dijual di pasar? Saya katakan ‘YA!’

Kami terjumpa satu bunting yang digantung di sekitar Pasar Pekan Sungai Besi yang kami anggap berjaya menarik perhatian orang di sekeliling. Penghasilan logo yang menarik dan berjaya menterjemahkan perniagaan “Nasi Lemak” . Teks Nasi Lemak Opah Yat dalam logo mempunyai kontra yang baik dan dapat dibaca dengan jelas.

10538458_926954417333558_6461920469121577870_n

Banner Nasi Lemak Opah Yat

Ini ditambah pula dengan imej fotografi Nasi Lemak yang digunakan dalam rekaan mempunyai kualiti fotografi yang baik. Imej “Nasi Lemak” tersebut adalah lengkap – ada nasi, sambal, kacang, dan ikan bilis yang dialas dengan daun pisang segar.

Gerai Nasi Lemak Opah Yat

Gerai Nasi Lemak Opah Yat (Credit Gambar : FB Nasi Lemak Best In Town, Pekan Sungai Besi Gerai No.9)

Tahniah diucapkan kepada pemilik Nasi Lemak Opah Yat yang mempunyai pelan pemasaran yang baik dengan penggunaan design sebagai strategi utama. Penggunaan Facebook Page Nasi Lemak Best In Town, Pekan Sungai Besi Gerai No.9 juga menyaksikan strategi pemasaran turut dilakukan dalam dunia digital.

Facebook Page  Nasi Lemak Best In Town, Pekan Sungai Besi Gerai No.9

Facebook Page
Nasi Lemak Best In Town, Pekan Sungai Besi Gerai No.9

Apa pendapat anda pula?

 

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

8.5



Ohsem!

Penghasilan logo yang berjaya menonjolkan produk. Layout design yang kemas. Penggunaan kombinasi warna yang bersesuaian. Dilengkapi imej produk yang mempunyai komposisi yang baik. Penggunaan media sosial untuk memudahkan penyampaian info/promosi terkini.

  • Kekemasan Layout
    8.5
  • Pemilihan Warna
    9
  • Kejelasan Info & Mesej
    9
  • Faktor Penarik Perhatian
    9.5
  • Pemilihan Taipografi
    8
  • Penerapan Media Sosial
    7
  • User Ratings (5 Votes)

    6.5

Share.

About Author

Sifoo.com ~ Sumber Grafik & Multimedia. Mula menyediakan tapak perkongsian ilmu di persada internet Malaysia sejak tahun 2000. Kini, di bawah Sifoo Training Solutions, kami adalah 'training provider' untuk kursus-kursus reka grafik, multimedia, web dan fotografi.

Leave A Reply