Doodle Day – Kita Semua Enjoy!

1

Alhamdulillah pada 5 Januari yang lepas, telah berlangsungnya Doodle Day Sifoo.com dengan meriahnya. Seramai kira-kira 30 lebih peserta telah hadir bagi menjayakan acara sulung Sifoo.com bagi 2013. Terima kasih kepada para penaja dan kepada yang membuka meja jualan – PTSNetMedia, Basheer Graphic Books, Azreen Chan n Zam Zammee, Gorilla Ink (T-Shirt), The Kufi Art, Kevin (Doodels Iphone App) n TheCanvasMy.

Acara bermula sekitar jam 10 pagi dengan sedikit perkongsian pengalaman serta tips daripada Azreen Chan dan Zam Zammee yang sangat aktif dengan doodle mereka. Hasil kerja mereka boleh dilihat di facebook page Azreen Chan dan Doodles by Zamzammee. Kemudian, pengasas Sifoo.com, Imran Abdul Jabar pula menyambung sesi perkongsian serta pengalaman beliau di dalam aktiviti doodle.

Peserta yang hadir mendapat manfaat dengan sesi soal-jawab dengan mereka bertiga.

Acara diteruskan dengan sesi yang dinanti-nantikan iaitu menconteng dinding The Canvas. Dinding The Canvas ini dicat dengan menggunakan cat yang istimewa, di mana ianya boleh diconteng menggunakan whiteboard marker dan boleh dipadam semula. Sesi mendoodle di atas dinding ini diteruskan sehingga waktu rehat makan tengahari.

Selepas kembali dari rehat, Doodle Day bersambung dengan sesi peraduan doodle. Setiap peserta diminta untuk menghasilkan doodle dan hasil doodle mereka dinilai oleh tetamu jemputan, iaitu Azreen Chan dan Zam Zammee. Sambil mereka berdua membuat penilaian, sesi diteruskan dengan mendapatkan maklumbalas daripada setiap peserta tentang Doodle Day yang mereka lalui dari pagi hingga ke petang.

Kesemuanya memberi maklumbalas yang sangat positif dan sangat teruja dengan perkongsian yang diberikan serta sangat gembira dapat menyertai aktiviti seni sebegini. Keseluruhan acara boleh dikatakan memuaskan.

Akhir sekali tahniah kepada pemenang peraduan doodle iaitu Abdul Aziz, Fariza Rasli dan Shazni Hanis. Masing-masing mendapat hadiah berupa barangan Kufi Arts dan buku grafik.

Semoga kita dapat berjumpa lagi di siri Doodle Day akan datang.

299084_10151329518132567_1804269139_n

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Sifoo.com ~ Sumber Grafik & Multimedia. Mula menyediakan tapak perkongsian ilmu di persada internet Malaysia sejak tahun 2000. Kini, di bawah Sifoo Training Solutions, kami adalah 'training provider' untuk kursus-kursus reka grafik, multimedia, web dan fotografi.

1 Comment

Leave A Reply