Salam,
Saya nak berkongsi pengalaman tentang isu “mencuri” hak hasil karya. Sebelum ini, seringkali saya melihat dan mendengar pengalaman orang lain yang pernah menjadi mangsa kecurian hasil karya terutamanya karya fotografi. Ada yang foto mereka digunakan oleh laman web atau blog-blog orang lain. Ada juga yang lebih teruk lagi, foto mereka diambil dan dibuang watermark dan dijadikan portfolio si pencuri tersebut.
Pada hari Jumaat yang lepas, 12 April 2013, saya mendapat mesej daripada seorang sahabat. Beliau memberitahu saya untuk membelek suratkhabar Utusan Malaysia, sisipan Mega. Kata beliau, foto saya digunakan di dalam sebuah artikel agama yang bertajuk “Hakikat Mempelajari Ilmu”. Foto tersebut mengandungi gambar beliau bersama dengan anak saya yang sedang melakonkan babak belajar Al-Quran di tepi pantai.
Setelah mengesahkan foto tersebut, saya mencari dari mana mereka “mencuri”nya. Tidak lain dan tidak bukan, foto tersebut saya letak di laman Flickr saya sahaja dan tidak ada di tempat-tempat lain. Link asal foto tersebut: http://www.flickr.com/photos/imranabduljabar/5788435269
Persoalan saya sekarang ialah bagaimanakah sebuah organisasi media yang besar di Malaysia boleh terlepas pandang melakukan perkara sebegini? Mencuri karya orang lain dan menggunakannya secara bebas? Bukankah mereka sepatutnya ada peruntukan untuk membeli karya? Atau, mereka mempunyai tenaga kerja dalaman untuk menghasilkan visual yang diingini?
Foto asal saya mempunyai watermark tulisan nama saya yang melintangi subjek dari hujung ke hujung. Mereka padam!!!
Nak salahkan siapa? Pereka grafik? Editor? Ketua Meja Pengarang?
Atau, sememangnya perkara begini adalah sangat lazim dilakukan oleh pihak Utusan Malaysia?
Mereka tidak fikirkah kalau foto itu saya ambil untuk kegunaan klien yang membayar saya? Atau, tidak fikirkah kalau saya keluarkan kos untuk sesi penggambaran tersebut? Atau, tidak fikirkah bahawa Utusan Malaysia itu suratkhabar utama dan ramai yang akan melihat foto tersebut? Atau, mereka ingat orang tidak kenal Imran Abdul Jabar dan tidak ada sesiapa yang akan memberitahu saya…
Bukanlah hendak mengungkit sangat tetapi terasa sangat kecewa apabila perkara asas yang mudah begini dipandang remeh oleh pihak saluran perdana. Di manakah profesionalisme? Atau sememangnya kerja tangkap muat?
Kredit yang diberikan kepada foto tersebut hanyalah sekadar “Gambar Hiasan”. Huhuhu…sedih!
Saya cuba mendapatkan maklumbalas dengan menelefon ke pejabat mereka tetapi hampa, panggilan saya tidak sekali pun dijawab. Mungkin langkah yang seterusnya ialah menghantar surat tuntutan guaman? Kita nantikan.
67 Comments
SAMAN!
utusan meloya
Nama pun utusan m'sia. .. x leh pakai..
gambar aku pon penah kene curi oleh Utusan..jilakak! tapi derang pandai derang pakai photoshop tukar gambar aku jadi ala komik.. tapi mereka bodoh gak ingat aku tak tau karya kite sndiri kn.. aku ada call gak pihak utusan tapi mcm ko gak, takde respon.. hampa.. hampeh! aku harap ko trus saman 100J baru derang sedar yg this is a serious business.. Pls saman derang.
ko pon saman gak Fadhlul Ain up 200j..
.. Saman.. Utusan banyak duit nak bayar segalanya..
saman dia bang..
sue them!
Saman, biar jadi pengajaran untuk pihak lain. Memalukan bagi antara media akhbar utama di Malaysia mencuri sebegini. Semoga saudara diberi kekuatan untuk berjuang menegakkan hak saudara dan seluruh peminat fotografi di tanah air.
saya menyokong penuh utk dipanjangkan ke pejabat guaman. kasi ada akai skit.
nampak sangat pihak mereka tidak profesional… 🙂
Seingat saya, ketika ambil subject perundangan komunikasi masa study dlu, if kat caption ade tertulis 'gambar hiasa' seperti gambar di artikel tersebut, ia tidak melanggar peraturan selagi penggunaan gambar terbabit tidak mendtgkan impak yg buruk, sama ada kpd individu yg terdapat di dlm gambar atau pemilik gambar… wallahua'lam…
At least kalau ambik ‘gambar hiasan’ pon, beritahu la dulu tuan dia, ini tak terus ambik je
Peraturan / etika menggunakan gambar tanpa izin macamana pula? Mungkin “gambar hiasan” itu ditujukan kepada penggunaan wajah orang awam untuk tujuan editorial.
Masalahnya kat sini ialah foto asal ada watermark. Bermaksud, foto tersebut tidak boleh digunakan secara bebas tanpa izin. Simple common-sense.
ai pun setuju, isu ni bukan mencuri karya, sbb kat bwh pic tuh ada tulis sekadar gambar hiasan, kalau nak besarkn isu nih ramai gak kat dlm fb nih ambik pic org letak kat profile masing2 tanpa kebenaran huhuhu
Kalau diorg buang watermark masih dikira tidak mencurikah?
Ok. Kalau dari segi undang2 tak salah…dari segi budi etika bagaimana pula?
jiwa perundangan ngan jiwa seni mmg tak sama…
tak tau lah mana yg lebih 'fair' … it looks like they are right for doing the wrong thing… but part yang padam watermark tu yg amat menjengkelkan..
That’s my biggest point – buang watermark! It’s not for public use. Reti tak?
gambar hiasan takpe, tapi for commercial use (like in a paid article for a paid newspaper) lain cerita.
undang2 is on your side. kalo tak pakai jangan komplen sifoo
walaupun digunakan utk hiasan tp at least jgn buang watermark dan bg credit pd photographer..dan utusan guna utk komersil…utusan jual akbar mereka
saya suka … sekadar gambar hiasan :p
Bkn isu bad impact to a person or the author. Ini soal copyright. Caption "gambar sekadar hiasan" tidak bermaksud akhbar dh blh lepas tgn dr pemilik karya asal. Dlm communication law, gambar hiasan itu tidak mngaitkan individu/keadaan dlm gambar dgn penulisan tetapi copyright gambar trsebut masih milik jurugambar. Setidak2nya minta izin,ditakuti ada pihak lain dh beli gambar trsebut.
Bkn isu bad impact to a person or the author. Ini soal copyright. Caption "gambar sekadar hiasan" tidak bermaksud akhbar dh blh lepas tgn dr pemilik karya asal. Dlm communication law, gambar hiasan itu tidak mngaitkan individu/keadaan dlm gambar dgn penulisan tetapi copyright gambar trsebut masih milik jurugambar. Setidak2nya minta izin,ditakuti ada pihak lain dh beli gambar trsebut.
Kalau nak saman kena lihat dari segi teknikal perundangan, bukan dari sudut seni atau moral. Sebab ia akan menentukan menang atau kalah saman tersebut lebih-lebih lagi sebab melibatkan kos dan masa. Semoga mendapat keadilan.
Saman tetap saman! Haha!
aku pernah pi NSTP dan tgk cara diaorg kerja, yang boleh bagi cadangan gambar adalah si wartawan atau si pereka grafik. selalunya yang tentukan layout sebuah artikel adalah pereka grafik.
yang saringkan adalah editor.
yang sahkan adalah ketua editor.
dalam kes utusan nih, aku rasa si pereka grafik tak peka sensitivi serta tak peka undang2. (utusan banyak guna org baru. org lama pi NSTP, gaji besaq)
Itulah kan…sepatutnya editor kena tanya. Foto ni dapat dari mana? Dalaman ke atau luaran? Dah ada surat pelepasan? Dsb…
yg ironiknya adalah semalam kat Pancaindera, akhbar sisipan utusan, boleh plak siarkan cerita pemilik lagi "bo la wei" yg bengang kat pihak yg menciplak dan mengedit lagunya. tapi yg ni takpe plak.
pancainera team lain yg buat…Mega tu team lain….duduk pun bangunan yang lain…
imran.. call dulu MyIPO… 03-22998400.. dapatkan nasihat dari mereka tentang cara dan kaedah penggunaan hasil pemilikan (samada yg berdaftar/tidak berdaftar dgn myipo).. dalam kes ini kena ada laporan polis dan juga pada harta intelek..
bermula dari benda kecil inilah jika tak dibendung akan jadi lebih besar… lindungi harta intelek anda..
Tq
royalti..
saman.!!!bg mereka pengajaran
byk nye batu api yg hanya ikt emosi.. fikirlah secara rasional n gn ilmu dan akal~ cari permuafakatan.. biar ada usaha utk cari penyelesaian cara baik..
Setelah saya cuba call utusan tak dapat2. Saya harap mereka call saya utk beri penjelasan.
busuk hati
kalau watermark kecik kat bucu gagah lagi, ni melintang dari kiri ke kanan pon nak dipadam? adoi… parah ni… tak patut dibiarkan… kasi pengajaran…
saman je bro, diorang banyak duit 🙂
p/s: kalau dah dpt royalty kasi roger2, saya tau restoran yang sedap dan harga berpatutan kat area Bangi 😀
Surat guaman…the wiser choice..
Memang la ade mention sekadar gambar hiasan… what if gambar tu dah dibeli oleh orang lain.. dan xde pun kredit untuk gambar tu.. so dikira curi juga la..
utusex²
Saman je!
Mnerima nasib yang sama. Telah mnghubungi mereka tetapi tiada respon.
Mnerima nasib yang sama. Telah mnghubungi mereka tetapi tiada respon.
Editor, Mega Section: Aznan Bakar.
03 9221 7055.
[email protected]
Bila hak cipta kita digunakan untuk tujuan kegamaan & memberi manfaat kepada umum.
Saya lebih suka bersyukur dari menggembar gembur begini.
lain la kalau tuan ambil gambar model seksi atau artis-artis yang tak menutup aurat lalu digunakan dalam majalah/akhbar. Apapun terpulang kepada pokok asal dan "hati" tuan.
MATLAMAT (niat) tidak menhalalkan cara bro 🙂 memang niat untuk digunakan tujuan keagamaan, tetapi kalau dikira 'mencuri' dalam erti kata tidak mendapat kebenaran tuan empunya gambar (tak kiralah gambar apa) itu dah dikira salah..sekadar pandangan saya yang pernah kena…benda ni simple ja, tak salah kalau editor tu sms/email ke apa ke sebab kontek sifoo.com bro Imran Abdul Jabar ni ada kat merata-rata…koman2 kalau google pun boleh keluar 🙂 tapi ramai yang nak ambik jalan mudah….up/guna dulu gambar kalau owner bising barulah sibuk nak email, minta kebenaran lah :)….ini based on pengalaman sayalah 🙂
yup … isu utama dia adalah tidak minta kebenaran .. tp sekadar pandangan saya yang tak berapa …. kadang kala kita tak perlu perbesarkan sebab ianya digunakan untuk perkara yang baik. lain la jika diberi penghargaan jurugambar org lain. Saya perasan watermark di"blur"kan oleh editor.
Apapun terpulang kepada empunya diri … kadangkala pahala datang dari sudut yang kita tak jangka :p
Sememangnya saya tak kisah tujuan penggunaan gambar ini utk tujuan kebaikan. Isu yang dibongkarkan adalah "dosa" yang mereka lakukan.
Alhamdulillah kalau ada pahala yg masuk hasil dari penggunaan foto tersebut. Tapi bagaimana pula bab mereka membuat duit hasil dari mengambil hasil kerja orangvlain tanpa kebenaran? Adil?
Kalau kita terus diam dan mengalah….alah takpe lah. Siapa yang nak tegur mereka?
Apa salahnya contact saya minta izin….mungkin saya benarkan macam gitu je.
Tuan Imran,
saya secara peribadi tidak setuju disebabkan utusan ni syarikat yang kita boleh anggap professional & mempunyai ramai pekerja. Agak pelik jikalau bukan editor sekurang2 HR menghubungi tuan berkenaan penggunaan gambar tersebut yg mungkin menggalakkan tuan mencadangkan gambar yang lebih baik dalam resolusi yang lebih sesuai.
Tapi saya tak bolah nak kata ianya "dosa" disebabkan ianya "gambar hiasan" … dan keseluruhan isi menggambarkan kebaikan.
Apapun tahniah :p
hahah tapi kalau Utusan yang buat keja ni saya tak heran lah…kekeke
ambil apa pun kalau tanpa kebenaran tuanya adalah DOSA……walaupun kau amik lembu org lepas tu kau sedekah kat fakir miskin….BEDOSA jugak…..tak payah la menghalalkan yang haram….
Saman jgn x saman
macam mana organisai besar boleh terlepas pandang benda macam ni. isu hasil karya orang lain di curi.
agaknya ramai semior photographer dah letak jawatan kot..itu sebab nak senang mereka curi je..
dalam Etika Perundangan Media (Media Law & Ethics), BENAR ianya tidak menjadi kesalahan walaupun tertulis sebagai gambar hiasan namun untuk menjadikan gambar itu sebagai hiasan juga perlu mendapatkan persetujuan bertulis dari empunya gambar.
dan dari segi perundangan pula, menyiarkan apa apa hakcipta tanpa persetujuan bertulis dari empunya hakcipta boleh diambil tindakan guaman mengikut perundangan media yang termaktup dalam akta hakcipta.
dan aku sangat bersetuju perkara ini diambil tindakan. Kepada Imran, kalau tak dapat call, lebih baik pergi dan bawa sekali artis yang didalam foto berserta semua hakcipta tertulis di laman flikcr tu.
paling penting buat laporan polis dan pergi ke biro guaman utk mendapatkan penerangan selanjutnya.
Salam, tak mau celah lebih,diaorang nie kalau kat US dah lama kena henjut secara legal ngan rakyat.. Try isukan kepada myipo, wRega biarkan berfungsi
Susah payah nak mendapatkan seni pada gambar, senang je ambil dan buang watermark. Menyedihkan kerana sebuah organisasi besar sanggup buat mcm ni..
Utusan yeah…
boleh emel saya [email protected] untuk dapatkan khidmat guaman.tq.
saman je le bro..utusan kan ke selalu kalah saman ni…
wow, tp kalau bagi kredit bro terima x
Kalau bagi salam awal2 dan minta dengan rasmi. InsyaAllah boleh bagi guna je.
Tidak profesional….menyalahi artikel kewartawanan dan multimedia. Ini tidak boleh dibiarkan…
sunguh ku tak sangka akhbar utama pun boleh buat short cut
Hehehe. baru terbaca. tapi walau apa2 pun, rasa sejuk hati bila semua org dpt tgk exikes mengaji. keh keh keh,
Aku rasa tak perlu saman. Nko cuma berak atas sukkabar utusan tu, pastu poskan pada meja pengarang. Jangan lupa bungkus elok2, kalau tak kuar bau pulak. Tulis sebab ngape nko buat camtu sekali, sertakan no tepon, website dan email. Aku pasti akan mengaumlah semerbak aroma impian hasil ‘kreatif’ nko tu.