Bengkel/Kursus Asas Pengendalian DSLR – T012H

BENGKEL / KURSUS ASAS DSLR UNTUK FOTOGRAFI

Pengenalan

Bengkel ini direka untuk sesiapa yang baru terlibat di dalam bidang fotografi dan ingin mengenali kamera dan fotografi digital. Peserta akan diperkenalkan kepada kamera digital, istilah-istilah lazim fotografi serta teknik dan kemahiran asas mengambil gambar.

Tenaga pengajar yang berpengalaman menjadi nilai tambah kepada kursus ini dengan perkongsian aliran kerja, pengalaman, tip serta penyelesaian masalah kerja.

Topik / Teknik Yang Akan Diajar

  • Pengenalan: Kenali kamera dan fotografi
  • Asas pengendalian kamera
  • Kenali lensa serta cara pengendalian
  • Kenali Mode Dial

  • Kenali Shutter Speed, Aperture dan ISO
  • Menyukat (metering) cahaya dan fahami exposure
  • Memilih dan memfokus subjek
  • White Balance

Harga Promosi... Hanya RM350 Je

Ya, kelas ini adalah harga promosi. Setiap awal tahun kami selalu mengadakan harga promosi sebegini. Harga promosi kami hanyalah sehingga bulan Februari. 

Jika Minat Nak Daftar, Baca List Berikut:

  • Kamera DSLR TIDAK disediakan.
  • Sila bawa kamera DSLR sendiri yang lengkap dengan:
    • Lensa kit/50mm
    • Bateri/kabel.
  • makan minum tak disediakan. sila uruskan sendiri.
  • tempat makanan di sekitar training center kami sgt byk.
  • bahan kursus disediakan
  • nota juga disediakan.
  • lepas kelas, kami sediakan sijil untuk peserta.
  • semak lokasi training center kami di Google atau Waze

Jap, Kami Nak OFFER DISKAUN Kalau...

...anda datang BERTIGA (tiga peserta dalam satu resit pembayaran), kami bagi diskaun RM100!!! Maknanya, hanya perlu bayar RM950 shj untuk 3 nama peserta bukan RM1,050. So, carilah teman2 anda yg berminat. Bagus jugak utk para boss yang nak htr atau bawa staf belajar bersama.

 

Lokasi Training Center

Maklumat Lain2 & Pertanyaan

  • Tel / Whatsapp 016-212 9976 (En Burn)
  • Tel 03-9055 4002 (Pejabat Urusan)

 

Trainer Fotografi

Ahmad Rithauddin
Trainer Fotografi Digital
Beliau mempunyai pengalaman lebih 10 tahun di dalam bidang fotografi & videografi. Sekarang masih aktif di lapangan dan juga tenaga pengajar bagi kedua-dua bidang tersebut.

  • Tajuk Kursus:

    Fotografi Digital: Pengendalian Asas DSLR

    Kod:

    FD-DSLR-T1-2H-KPB

     Tempoh:

    2 hari

    Pengenalan Kursus:

    Bengkel ini direka untuk sesiapa yang baru terlibat di dalam bidang fotografi dan ingin mengenali kamera dan fotografi digital. Peserta akan diperkenalkan kepada kamera digital, istilah-istilah lazim fotografi serta teknik dan kemahiran asas mengambil gambar.

    Tenaga pengajar yang berpengalaman menjadi nilai tambah kepada kursus ini dengan perkongsian aliran kerja, pengalaman, tip serta penyelesaian masalah kerja.

    Objektif:

    Di akhir bengkel, peserta akan mampu:

    1. Mengenali kamera DSLR, fungsi, cara pengendalian dan cara penjagaan.
    2. Mempelajari teknik asas untuk mengambil pelbagai situasi gambar dengan baik.
    3. Memahami prinsip asas fotografi serta asas komposisi foto.
    4. Mengambil foto pada tahap asas dengan kefahaman prinsip asas fotografi.
    5. Mengenalpasti foto yang baik dan berkualiti.

    Metodologi Latihan:

    • Pembelajaran Teori
    • Latihan Praktikal
    • Demonstrasi Teknik

  • Hari 1:

    08.30 – 09.00

    • Pendaftaran peserta

     

    09.00 – 10.30

    • Pengenalan: Kenali kamera dan fotografi
    • Kenali jenis dan format kamera
    • Asas pengendalian kamera

     

    10.30 – 11.00

    • Rehat / Minum Pagi

     

    11.00 – 01.00

    • Kenali lensa serta cara pengendalian
    • Kenali Mode Dial
    • Teori: Prinsip & Hukum Fotografi
    • Tips mengambil gambar

     

    01.00 – 02.00

    • Rehat / Makan Tengah Hari / Solat

     

    02.00 – 04.30

    • Kenali Shutter Speed, Aperture dan ISO
    • Fahami Depth of Field
    • Memilih dan memfokus subjek
    • Praktikal / Latihan

     

    04.30 – 05.00

    • Minum Petang / Bersurai

    Hari 2

    09.00 – 10.30

    • Menyukat (metering) cahaya dan fahami exposure
    • Kenali Histogram
    • White Balance

     

    10.30 – 11.00

    • Rehat / Minum Pagi

     

    11.00 – 01.00

    • Praktikal secara individu dan berkumpulan
      • Ambil gambar objek di dalam kelas dengan setting yang ditetapkan oleh pengajar

     

    01.00 – 02.00

    • Rehat / Makan Tengah Hari / Solat

     

    02.00 – 04.30

    • Diskusi hasil tangkapan foto
    • Penutup / Penyampaian Sijil

     

    04.30 – 05.00

    • Sesi Foto / Minum Petang / Bersurai

  • Peserta yang hadir disasarkan agar mampu untuk menghasilkan seperti berikut:

  • Bagaimana cara membuat pembayaran?

     

    Hantarkan bukti pembayaran:

    • Hantar bukti pembayaran kepada [email protected],
    • Hantar bukti pembayaran melalui MMS/WhatsApp kepada 016-212 9976
    • Bukti pembayaran adalah resit pembayaran daripada Cash Deposit Machine / slip deposit / print screen online transfer.
    • Nyatakan nama pembayar serta nombor telefon (jika tidak, urusan pengesahan akan menjadi sukar).

    Siapa yang boleh menyertai bengkel ini?

    • Terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan tajuk bengkel.
    • Terbuka mengikut kesesuaian tahap (Tahap 1 – Asas, Tahap 2 – Pertengahan, Tahap 3 – Lanjutan).
    • Bengkel hujung minggu terbuka untuk peserta persendirian sahaja.
    • Terbuka untuk peringkat umur dari 15 tahun ke atas.

    Mengapa harga tunai lebih murah?

    • Harga tunai adalah satu keistimewaan yang kami sediakan untuk peserta yang bayar dengan wang poket sendiri.
    • Tidak boleh dibandingkan dengan pembayaran oleh kerajaan ataupun syarikat.

    Adakah Sifoo mengamalkan polisi refund?

    • Ya, kami mengamalkan polisi refund jika pembayaran telah dibuat tetapi peserta terpaksa menarik diri dari menghadiri kursus.
    • 100% refund akan dibuat jika peserta memaklumkan kepada kami selewat-lewatnya sehari sebelum kursus bermula.
    • 50% refund akan dibuat jika peserta gagal memaklumkan sehari sebelum kursus bermula.

    Adakah Sifoo menyediakan penginapan?