Bengkel/Kursus Suntingan Video: Premiere Pro – T12H (KPB)

BENGKEL/KURSUS SUNTINGAN VIDEO: ADOBE PREMIERE PRO

Kod Kursus: SV-PP-01-2H
Tahap: 1 (Asas)
Tempoh: 2 Hari

Yuran: RM350/peserta
Masa: 9.00 pg – 5.00 ptg
Lokasi: Sifoo Art & Multimedia Training Center

Pengenalan

Premiere Pro adalah perisian suntingan video yang terkenal dalam industri produksi audio/visual yang dibangunkan oleh Adobe. Ia adalah suatu perisian lengkap mula dari proses capture video, formatting, suntingan, effects, compositing dan render output untuk format video yang berbagai hanya dalam beberapa langkah dengan integrasi antara perisian Adobe yang lain seperti After Effects.

Tenaga pengajar yang berpengalaman menjadi nilai tambah kepada kursus ini dengan perkongsian aliran kerja, pengalaman, tip serta penyelesaian masalah kerja.

Topik / Teknik Yang Akan Diajar

  • Pengenalan kepada asas Premiere Pro
  • Sequence Setting
  • Pengurusan Layout
  • Asas suntingan video

  • Trimmer monitor
  • Timeline
  • Ripple Delete
  • Transition
  • Effect Panel & Effect Animation

// Jika Minat Nak Daftar, Baca List Berikut:


- sila bawa laptop sendiri (atau boleh je angkut desktop)
- sila install siap2 software sebelum hadir ke bengkel
- kami sediakan sewaan laptop kpd yang memerlukan (call staf kami utk booking)
- makan minum tak disediakan. sila uruskan sendiri.
- tempat makanan di sekitar training center kami sgt byk.
- bahan kursus / nota digital disediakan
- sila bawa alatulis serta buku nota sendiri.
- lepas kelas, kami sediakan sijil untuk peserta.
- semak lokasi training center kami di Google atau Waze


// Jap, Kami Nak OFFER DISKAUN Kalau...


...anda datang bertiga (tiga peserta dalam satu resit pembayaran), kami bagi diskaun RM100!!! Maknanya, hanya perlu bayar RM950 shj untuk 3 nama peserta bukan RM1,050. So, carilah teman2 anda yg berminat. Bagus jugak utk para boss yang nak htr atau bawa staf belajar bersama.

Trainer Videografi Digital

Mohd Rashidi Isa
Trainer Videografi Digital
Berpengalaman di dalam bidang Fotografi & Videografi Perkahwinan, kini beliau aktif sebagai penceramah bebas kursus Grafik, Fotografi dan juga Video Editing.

  • Tajuk Kursus Videografi:

    Suntingan Video: Adobe Premiere Pro

    Kod:

    SV-PP-T1-2H-KPB

    Tahap:

    Tahap 1

    Tempoh:

    2 hari 

    Pengenalan Bengkel:

    Premiere Pro adalah perisian suntingan video yang terkenal dalam industri produksi audio/visual yang dibangunkan oleh Adobe. Ia adalah suatu perisian lengkap mula dari proses capture video, formatting, suntingan, effects, compositing dan render output untuk format video yang berbagai hanya dalam beberapa langkah dengan integrasi antara perisian Adobe yang lain seperti After Effects.

    Tenaga pengajar yang berpengalaman menjadi nilai tambah kepada kursus ini dengan perkongsian aliran kerja, pengalaman, tip serta penyelesaian masalah kerja.

    Objektif:

    Di akhir bengkel, peserta akan mampu:

    1. Mengenali Adobe Premiere Pro dan kaedah pengendalian asas perisian ini bagi kerja-kerja menyunting video
    2. Menghasilkan video yang lengkap dengan menggabungkan teknik suntingan
    3. Perkongsian dari trainer yang berpengalaman dalam suntingan video
    4. Hubungan selepas bengkel melalui media sosial (Boleh tanya lagi selepas bengkel)

    Metodologi Latihan:

    • Pembelajaran Teori
    • Latihan Praktikal
    • Demonstrasi Teknik

  • Hari 1:

    08.30 – 09.00

    • Pendaftaran peserta

     

    09.00 – 10.30

    • Pengenalan kepada asas Adobe Premiere
    • Project Setting (Sequence Setting)
    • Layout Workspace
    • Pengurusan Layout
    • Import dan Uruskan Media

     

    10.30 – 11.00

    • Rehat / Minum Pagi

     

    11.00 – 01.00

    • Asas Suntingan Video
    • Trimmer Source Panel
    • Mark In, Mark Out
    • Insert dan Overwrite
    • Timeline

     

    01.00 – 02.00

    • Rehat / Makan Tengah Hari / Solat

     

    02.00 – 04.30

    • Kawalan Timeline
    • Latihan Asas #1

     

    04.30 – 05.00

    • Minum Petang / Bersurai

    Hari 2:

    09.00 – 10.30

    • Pengawalan Clip

     

    10.30 – 11.00

    • Rehat / Minum Pagi

     

    11.00 – 01.00

    • Speed & Duration
    • Transition
    • Effects, Effect Panel & Effect Animation

     

    01.00 – 02.00

    • Rehat / Makan Tengah Hari / Solat

     

    02.00 – 04.30

    • Latihan Asas #2
    • Penutup / Penyampaian Sijil

     

    04.30 – 05.00

    • Sesi Foto / Minum Petang / Bersurai

  • Peserta yang hadir disasarkan agar mampu untuk menghasilkan seperti berikut:

  • Bagaimana cara membuat pembayaran?

    Maklumat Pembayaran:

    Bayaran adalah secara TUNAI SAHAJA dan boleh dibuat dengan cara berikut:

     

    Hantarkan bukti pembayaran:

    • Hantar bukti pembayaran kepada [email protected],
    • Hantar bukti pembayaran melalui MMS/WhatsApp kepada 016-212 9976 (Burn)
    • Bukti pembayaran adalah resit pembayaran daripada Cash Deposit Machine / slip deposit / print screen online transfer.
    • Nyatakan nama pembayar serta nombor telefon (jika tidak, urusan pengesahan akan menjadi sukar).

    Siapa yang boleh menyertai bengkel ini?

    • Terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan tajuk bengkel.
    • Terbuka mengikut kesesuaian tahap (Tahap 1 – Asas, Tahap 2 – Pertengahan, Tahap 3 – Lanjutan).
    • Bengkel hujung minggu terbuka untuk peserta persendirian sahaja.
    • Terbuka untuk peringkat umur dari 15 tahun ke atas.

    Mengapa harga tunai lebih murah?

    • Harga tunai adalah satu keistimewaan yang kami sediakan untuk peserta yang bayar dengan wang poket sendiri.
    • Tidak boleh dibandingkan dengan pembayaran oleh kerajaan ataupun syarikat.

    Adakah Sifoo mengamalkan polisi refund?

    • Ya, kami mengamalkan polisi refund jika pembayaran telah dibuat tetapi peserta terpaksa menarik diri dari menghadiri kursus.
    • 100% refund akan dibuat jika peserta memaklumkan kepada kami selewat-lewatnya sehari sebelum kursus bermula.
    • 50% refund akan dibuat jika peserta gagal memaklumkan sehari sebelum kursus bermula.

    Adakah Sifoo menyediakan penginapan?