Bengkel/Kursus Reka Grafik: Illustrator – T12H (KPB)

KURSUS ILLUSTRATOR TAHAP ZERO & ASAS

Nak mula belajar Illustrator tapi tak tau macamana? Tengok youtube masih tak faham...meh join kelas kat Sifoo Art & Multimedia Training Center. Kami tau bagaimana nak share kaedah mudah untuk beginner mula guna Illustrator untuk buat sendiri kerja reka grafik.

// Tak Boleh Kalau Tak Berguru. Ye Ke?

Mungkin ungkapan tersebut selalu didengari kan? Bila berguru, perjalanan awal dari 'zero' tu akan jadi lebih mudah. Sebab guru akan ajar ikut langkah-langkah yang teratur. Kalau belajar sendiri ni, bila takde asas yang kuat...mesti akan tersangkut kat mana2 step kalau rujuk kat youtube. Mesti pernah terjadi kan?

Tak rugi datang kelas kat Sifoo.com sebab kami berpengalaman handle sesi peserta beginner sejak tahun 2001 lagi...

Jangan lepas pandang OFFER DISKAUN. Sila baca sampai perenggan akhir.

// Modul Kami Terbaik Dalam Bahasa Mudah Faham

Nota kami dalam bahasa ringkas, langkah demi langkah dan mudah difahami. Boleh dirujuk semula lepas habis kelas tanpa masalah.

Kami ajar guna Illustrator khusus untuk kerja reka grafik. Sangat sesuai untuk yang nak kena buat grafik utk penghasilan grafik vektor lain seperti LOGO, IKON, POSTER, IKLAN ONLINE, serta PROMOSI.

Sesi ini akan terus menjurus kepada kerja reka grafik. Takde pusing2 ajar benda yang tak perlu.

Kami rekemen anda datang berteman. Senang nanti nak rujuk sesama sendiri. Daaan...datang berteman, kami akan bagi SPECIAL OFFER. Sila baca sampai perenggan terakhir.

// Tips dan Teknik POWER

Peserta bukan sahaja akan diajar cara guna Illustrator tapi juga akan dapat tips dan teknik POWER untuk hasilkan reka grafik yang berkesan. Takkan nak buat design yang tak efisien untuk sampaikan maklumat. Anda mesti nak JUAL PRODUK, SEBARKAN KEMPEN atau SAMPAIKAN INFO kepada orang lain kan? Kalau tiada tips yang baik spt KOMBINASI WARNA, PEMILIHAN FONT, PENGGUNAAN RUANG, PEMILIHAN IMEJ...maka hasil reka grafik anda mesti tak macam kerja seorang 'HERO' la.

// Topik & Teknik Yang Akan Diajar

- Pengenalan kepada pengendalian Illustrator
- Fahami grafik/lukisan vektor
- Kenali Artboard / Multiple Artboard
- Bagaimana memulakan projek reka
- Asas melukis dengan Shape Tools / Pathfinder / Pencil, Paintbrush & Blob BrushTool
- Asas mewarna dengan Gradient Tool & Panel
- Live Paint Bucket Tool
- Live Trace
- Type Tool
- Teks dan Perenggan
- Rekabentuk Layout Grafik

// Harga Promosi Cuti Sekolah...Hanya RM350 Je

Ya, promosi kursus ini bersempena cuti sekolah. Jika mahu menghantar anak-anak anda, boleh juga. 


// Adakah Anda Peserta Yang Sesuai?

Jika salah seorang antara senarai berikut, anda digalakkan untuk join bengkel kami.

- pelajar sekolah atau kolej
- peniaga online yang nak cuba buat grafik sendiri
- pekerja yg kena hasilkan grafik. bos suruh
- peminat bidang reka grafik
- dah tau photoshop lama, nak dptkan tips baru

// Jika Minat Nak Daftar, Baca List Berikut:

- sila bawa laptop sendiri (atau boleh je angkut desktop)
- sila install siap2 software sebelum hadir ke bengkel
- kami sediakan sewaan laptop kpd yang memerlukan (call staf kami utk booking)
- makan minum tak disediakan. sila uruskan sendiri.
- tempat makanan di sekitar training center kami sgt byk.
- bahan kursus disediakan
- nota digital juga disediakan.
- sila bawa alatulis serta buku nota sendiri.
- lepas kelas, kami sediakan sijil untuk peserta.
- semak lokasi training center kami di Google atau Waze

// Jap, Kami Nak OFFER DISKAUN Kalau...

...anda datang bertiga (tiga peserta dalam satu resit pembayaran), kami bagi diskaun RM100!!! Maknanya, hanya perlu bayar RM950 shj untuk 3 nama peserta bukan RM1,050. So, carilah teman2 anda yg berminat. Bagus jugak utk para boss yang nak htr atau bawa staf belajar bersama.


// Lokasi Training Center

- Lake Fields, Sungai Besi, KL
- Berhampiran LRT Stesen Sungai Besi
- Waze: Sifoo Art & Multimedia Training Center
- http://sifoo.com/lokasi-sifoo-art-multimedia-training-center/

// Maklumat Lain2 & Pertanyaan

- Tel / Whatsapp 016-212 9976 (En Burn)
- Tel 03-9055 4002 (Pejabat Urusan)

Contoh Sasaran Latihan Dalam Kursus Illustrator

Trainer Reka Grafik

Imran Abdul Jabar
Sr. Trainer Reka Grafik / Pengasas Sifoo
Trainer Utama Reka Grafik - Pengasas laman web Sifoo.com. Berpengalaman mengajar kursus serta bengkel reka grafik dan multimedia sejak tahun 2001.

  • Tajuk Bengkel:

    Kursus Reka Grafik: Adobe Illustrator 

    Kod:

    RG-AI-T1-2H-PKB

    Tahap:

    Tahap 1

    Tempoh:

    2 Hari

    Pengenalan Bengkel:

    Kursus ini disusun khusus untuk para peserta yang masih baru dalam pengendalian Adobe Illustrator bagi menjalankan kerja-kerja rekaan grafik untuk cetakan atau penghasilan grafik vektor lain seperti logo dan ikon. Illustrator adalah satu software yang perlu dikuasai oleh setiap pereka grafik.

    Tenaga pengajar yang berpengalaman menjadi nilai tambah kepada kursus ini dengan perkongsian aliran kerja, pengalaman, tip serta penyelesaian masalah kerja.

    Objektif:

    Di akhir bengkel, peserta akan mampu:

    1. Menguasai pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan Illustrator bagi menghasilkan grafik dan ilustrasi untuk kerja-kerja desktop publishing.
    2. Menghasilkan poster atau banner untuk digunakan untuk majlis korporat / rasmi.
    3. Menghasilkan grafik vektor untuk tujuan rekaan logo, ikon atau simbol.
    4. Menghasilkan ilustrasi untuk logo dan juga grafik untuk banner, bunting atau poster yang lebih kompleks.

    Metodologi Latihan:

    • Pembelajaran Teori
    • Latihan Praktikal
    • Demonstrasi Teknik

  • Hari 1:

    08.30 – 09.00

    • Pendaftaran peserta

     

    09.00 – 10.30

    • Pengenalan kepada Illustrator
    • Fahami grafik / lukisan vektor
    • Workspace Setting
    • Kenali Artboard / Multiple Artboard

     

    10.30 – 11.00

    • Rehat / Minum Pagi

     

    11.00 – 01.00

    • Asas Pengendalian Illustrator
    • Kenali Bounding Box / Path / Anchor Points
    • Asas melukis menggunakan:
      • Shape Tools
      • Pathfinder
      • Pencil, Paintbrush dan Blob BrushTool

     

    01.00 – 02.00

    • Rehat / Makan Tengah Hari / Solat

     

    02.00 – 04.30

    • (Sambungan) Asas melukis menggunakan:
      • Pen Tool
    • Latihan melukis simbol dan ikon
    • Latihan melakar rekabentuk logo

     

    04.30 – 05.00

    • Minum Petang / Bersurai

    Hari 2:

    09.00 – 10.30

    • Asas mewarna menggunakan:
      • Gradient Tool dan Panel
      • Live Paint Bucket Tool
      • Live Trace
    • Latihan melukis dan mewarna lukisan vektor

     

    10.30 – 11.00

    • Rehat / Minum Pagi

     

    11.00 – 01.00

    • Type tool – teks dan perenggan
    • Rekabentuk Layout Grafik
    • Menetapkan Saiz Artboard yang Sesuai
    • Menetapkan Bleed Area
    • Menetapkan Ruler Guide

     

    01.00 – 02.00

    • Rehat / Makan Tengah Hari / Solat

     

    02.00 – 04.30

    • Latihan: Rekabentuk Brochure Trifold
    • Penutup / Penyampaian Sijil

     

    04.30 – 05.00

    • Sesi Foto / Minum Petang / Bersurai

  • Peserta yang hadir disasarkan agar mampu untuk menghasilkan seperti berikut:

     

     

  • Bagaimana cara membuat pembayaran?

    • Bayaran adalah secara TUNAI SAHAJA dan boleh dibuat dengan cara berikut:

     

    Hantarkan bukti pembayaran:

    • Hantar bukti pembayaran kepada [email protected],
    • Hantar bukti pembayaran melalui MMS/WhatsApp kepada 016-212 9976 (Burn)
    • Bukti pembayaran adalah resit pembayaran daripada Cash Deposit Machine / slip deposit / print screen online transfer.
    • Nyatakan nama pembayar serta nombor telefon (jika tidak, urusan pengesahan akan menjadi sukar).

    Siapa yang boleh menyertai bengkel ini?

    • Terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan tajuk bengkel.
    • Terbuka mengikut kesesuaian tahap (Tahap 1 – Asas, Tahap 2 – Pertengahan, Tahap 3 – Lanjutan).
    • Bengkel hujung minggu terbuka untuk peserta persendirian sahaja.
    • Terbuka untuk peringkat umur dari 15 tahun ke atas.

    Mengapa harga tunai lebih murah?

    • Harga tunai adalah satu keistimewaan yang kami sediakan untuk peserta yang bayar dengan wang poket sendiri.
    • Tidak boleh dibandingkan dengan pembayaran oleh kerajaan ataupun syarikat.

    Adakah Sifoo mengamalkan polisi refund?

    • Ya, kami mengamalkan polisi refund jika pembayaran telah dibuat tetapi peserta terpaksa menarik diri dari menghadiri kursus.
    • 100% refund akan dibuat jika peserta memaklumkan kepada kami selewat-lewatnya sehari sebelum kursus bermula.
    • 50% refund akan dibuat jika peserta gagal memaklumkan sehari sebelum kursus bermula.

    Adakah Sifoo menyediakan penginapan?