Bengkel/Kursus Reka Montaj Video: Adobe After Effects ‘Zero’ – T01H

BELAJAR AFTER EFFECTS DARI LEVEL ‘ZERO’:
LANGKAH AWAL KE LEVEL ‘ HERO.

Nak mula belajar After Effects tapi tak tau macamana? Tengok youtube masih tak faham… meh join kelas kat Sifoo Art & Multimedia Training Center. Kami tau bagaimana nak share kaedah mudah untuk beginner mula guna After Effects untuk buat montaj video.

 

// Tak Boleh Kalau Tak Berguru. Ye Ke?

Mungkin ungkapan tersebut selalu didengari kan? Bila berguru, perjalanan awal dari ‘zero‘ tu akan jadi lebih mudah. Sebab guru akan ajar ikut langkah-langkah yang teratur. Kalau belajar sendiri ni, bila takde asas yang kuat… mesti akan tersangkut kat mana2 step kalau rujuk kat youtube. Mesti pernah terjadi kan?

Tak rugi datang kelas kat Sifoo sebab kami berpengalaman handle sesi peserta beginner sejak tahun 2001 lagi…

Jangan lepas pandang OFFER DISKAUN. Sila baca sampai perenggan akhir.

 

// Modul Kami Terbaik Dalam Bahasa Mudah Faham

Nota kami dalam bahasa ringkas, langkah demi langkah dan mudah difahami. Boleh dirujuk semula lepas habis kelas tanpa masalah.

Kami ajar guna After Effects khusus untuk menghasilkan montaj video yang menarik sempena majlis-majlis penting. Keupayaan perisian ini di dalam bidang motion graphic memang sering menjadi sebutan kerana efeknya mengujakan penonton. Sesi ini akan terus menjurus kepada kerja reka montaj video. Takde pusing2 ajar benda yang tak perlu.

Kami rekemen anda datang berteman. Senang nanti nak rujuk sesama sendiri. Daaan… datang berteman, kami akan bagi SPECIAL OFFER. Sila baca sampai perenggan terakhir.

 

// Tips dan Teknik POWER

Peserta bukan sahaja akan diajar cara guna After Effects tapi juga akan dapat tips dan teknik POWER untuk hasilkan montaj video yang berkesan. Takkan nak buat montaj video yang tak efisien untuk sampaikan maklumat. Anda mesti nak JUAL PRODUK, SEBARKAN KEMPEN atau SAMPAIKAN INFO kepada orang lain kan? Kalau tiada tips yang baik spt KOMBINASI WARNA, PEMILIHAN FONT, PENGGUNAAN RUANG, PEMILIHAN IMEJ…maka hasil reka grafik anda mesti tak macam kerja seorang ‘HERO’ la.

// Topik & Teknik Yang Akan Diajar

– Pengenalan kepada asas After Effects
– Asas pengendalian
– Konsep Key framing
– 2D Layer animation
– 3D Layer animation
– Null Object & Parenting
– Simple Camera Rigging
– Text animation
– Track Matte & Time Remaping
– Green Screen Keying
– Tracking

// Bengkel Ni Sehari Penuh…Hanya RM250 Je

Ya, sesi bengkel ni sehari penuh. 10 pagi hingga 10 malam. Sebab kami tak rasa kalau sesi siang sahaja mencukupi! Jadi kita lanjutkan masa tanpa perlu luangkan masa hujung minggu anda selama 2 hari. Ahad boleh rehat dan buat aktiviti lain.

Kami tak kisah kalau malam tu nak lajak lagi…hehe. Mana tau ada yang over-excited nak belajar sampai terer tahap ‘HERO’! Tak kedekut…kami layan. InsyaAllah.

 

// Adakah Anda Peserta Yang Sesuai?

Jika salah seorang antara senarai berikut, anda digalakkan untuk join bengkel kami.

– pelajar sekolah atau kolej yang berminat
– pekerja yg kena hasilkan video. bos suruh
– peminat bidang reka grafik / multimedia
– pernah guna Premiere Pro & tambah ilmu baharu
– videografer / fotografer

 

// Jika Minat Nak Daftar, Baca List Berikut:

– sila bawa laptop sendiri (atau boleh je angkut desktop)
– sila install siap2 software sebelum hadir ke bengkel
– kami sediakan sewaan laptop kpd yang memerlukan (call staf kami utk booking)
– makan minum tak disediakan. sila uruskan sendiri.
– tempat makanan di sekitar training center kami sgt byk.
– bahan kursus disediakan
– nota & pen kami sediakan.
– lepas kelas, kami sediakan sijil untuk peserta.
– semak lokasi training center kami di Google atau Waze

 

// Jap, Kami Nak OFFER DISKAUN Kalau…

…anda datang bertiga (tiga peserta dalam satu resit pembayaran), kami bagi diskaun RM150!!! Maknanya, hanya perlu bayar RM600 shj untuk 3 nama peserta bukan RM750. So, carilah teman2 anda yg berminat. Bagus jugak utk para boss yang nak htr atau bawa staf belajar bersama.

Masukkan kod berikut > 3PAXBHM
ke dalam ruangan COUPON REDEMPTION CODE semasa mendaftar.

 

// Lokasi Training Center

– Lake Fields, Sungai Besi, KL
– Berhampiran LRT Stesen Sungai Besi
– Waze: Sifoo Art & Multimedia Training Center
– http://sifoo.com/lokasi-sifoo-art-multimedia-training-center/

 

// Maklumat Lain2 & Pertanyaan

– Tel / Whatsapp 016-212 9976 (En Burn)
– Tel 03-9055 4002 (Pejabat Urusan)

Pendaftaran Bengkel

Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat: Sifoo Art & Multimedia Training Center, Lake Fields, Sg. Besi, KL

Pendaftaran boleh dibuat di Facebook ataupun di Website. Sila pilih tarikh di bawah:

9hb SEPT 2017 (SAB)

button_reg_fbbutton_reg_web

Tawaran Untuk Penyertaan 3 Orang Sekaligus! Masukkan kod berikut > 3PAXBHM ke dalam ruangan COUPON REDEMPTION CODE semasa mendaftar.

Trainer Reka Multimedia

Mohd Adli Abdul Rahman
Motion Designer yang telah berkecimpung dalam bidang motion selebih 6 tahun. Pernah berkhidmat dibeberapa syarikat production dan pengendalian project broadcast dan freelance. Kini, Beliau sepenuh masa dalam menguruskan studionya sendiri madlistudio.com dan mengendali kursus berkaitan production dan post –production. Telah menjadi sebahagian daripada team trainer Sifoo dari tahun 2010.

panduan-ke-sifoo-training-center

Sifoo Art & Multimedia Training Center terletak di Lake Fields, Sungai Besi iaitu bersebelahan dengan Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur. Lokasinya sangat mudah diakses melalui jalan utama dan juga pengangkutan awam.an ke Sifoo Art & Multimedia Training Cente

TRAINER REKA MULTIMEDIA

Mohd Adli Abdul Rahman
Motion Designer yang telah berkecimpung dalam bidang motion selebih 6 tahun. Pernah berkhidmat dibeberapa syarikat production dan pengendalian project broadcast dan freelance. Kini, Beliau sepenuh masa dalam menguruskan studionya sendiri madlistudio.com dan mengendali kursus berkaitan production dan post –production. Telah menjadi sebahagian daripada team trainer Sifoo dari tahun 2010.

Tajuk Kursus Reka Multimedia:

Bengkel Reka Montaj Video: After Effects ‘Zero’

Kod:

RMV-AE-T0-1H-BHM

Tempoh:

1 hari (12 jam)

Pengenalan Kursus:

Adobe After Effects mampu menghasilkan montaj video yang menarik sempena majlis-majlis penting. Keupayaan perisian ini di dalam bidang motion graphic memang sering menjadi sebutan kerana efeknya mengujakan penonton.

Tenaga pengajar yang berpengalaman menjadi nilai tambah kepada kursus ini dengan perkongsian aliran kerja, pengalaman, tip serta penyelesaian masalah kerja.

Objektif:

Di akhir kursus, peserta akan mampu:

1. Mengetahui kaedah pengendalian After Effects.
2. Menguasai teknik-teknik asas menghasilkan reka montaj video.
3. Mempelajari tips kaedah dan teknik menghasilkan montaj video yang mampu menarik minat penonton.

Metodologi Latihan:

– Pembelajaran Teori
– Latihan Praktikal
– Demonstrasi Teknik

 

09.30 – 10.00 am

– Pendaftaran peserta

10.00 – 01.00

– Pengenalan kepada asas Adobe After Effects
Asas Pengendalian: Layout, Composition, Timeline, Tools
Layer, Solid Layer, Light Layer, Adjustment Layer.
Layer dan Timeline. Parent.
Konsep Keyframing, 2D Layer Animation.
3D Layer Animation. Camera.
Null Object & Parenting.
Simple Camera Rigging.

01.00 – 02.30

Rehat / Makan Tengah Hari / Solat

02.30 – 06.00

– Montage Project 1
Text animation.
Mask/Path.
Blending Mode, Track Matte dan Time Remaping
Tips: GreenScreen Keying, 2D Tracking

06.00 – 08.00

Rehat / Makan / Solat

08.00 – 10.00

– sambung Montage Project 1
Sesi LATIHAN (Buat sampai ingat)
Sesi TANYA sampai puas hati
Penutup & Penyampaian Sijil

10.00 pm

– Bersurai

 

 

 

 Maklumat Pembayaran:

Bayaran adalah secara TUNAI SAHAJA dan boleh dibuat dengan cara berikut:

– Datang sendiri ke Sifoo Art & Multimedia Training Center, atau
– Deposit tunai ke akaun Sifoo Art and Multimedia Sdn. Bhd. (CIMB: 8602605029).

Hantarkan bukti pembayaran:

– Hantar bukti pembayaran kepada [email protected],
– Hantar bukti pembayaran melalui MMS/WhatsApp kepada 016-212 9976 (Burn)
– Bukti pembayaran adalah resit pembayaran daripada Cash Deposit Machine / slip deposit / print screen online transfer.
– Nyatakan nama pembayar serta nombor telefon (jika tidak, urusan pengesahan akan menjadi sukar).

 

Bagaimana cara membuat pembayaran?

– Bayaran adalah secara TUNAI SAHAJA dan boleh dibuat dengan cara berikut:

– Datang sendiri ke Sifoo Art & Multimedia Training Center, atau
– Deposit tunai ke akaun Sifoo Art and Multimedia Sdn. Bhd. (CIMB: 8602605029).

Siapa yang boleh menyertai bengkel ini?

– Terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan tajuk bengkel.
– Terbuka mengikut kesesuaian tahap (Tahap 1 – Asas, Tahap 2 – Pertengahan, Tahap 3 – Lanjutan).
– Bengkel hujung minggu terbuka untuk peserta persendirian sahaja.
– Terbuka untuk peringkat umur dari 15 tahun ke atas.

Mengapa harga tunai lebih murah?

– Harga tunai adalah satu keistimewaan yang kami sediakan untuk peserta yang bayar dengan wang poket sendiri.
– Tidak boleh dibandingkan dengan pembayaran oleh kerajaan ataupun syarikat.

Adakah Sifoo mengamalkan polisi refund?

– Ya, kami mengamalkan polisi refund jika pembayaran telah dibuat tetapi peserta terpaksa menarik diri dari menghadiri kursus.
– 100% refund akan dibuat jika peserta memaklumkan kepada kami selewat-lewatnya sehari sebelum kursus bermula.
– 50% refund akan dibuat jika peserta gagal memaklumkan sehari sebelum kursus bermula.

Adakah Sifoo menyediakan penginapan?

– Tidak. Kami tidak menyediakan penginapan untuk peserta.
– Walau bagaimanapun, terdapat tiga hotel di sekitar Sifoo Training Center. Sila rujuk panduan Lokasi Sifoo Art & Multimedia Training Center.