Adobe Photoshop – T022H


Pengenalan

Kursus ini mengkhususkan kepada penggunaan perisian Adobe Photoshop di dalam bidang rekabentuk grafik seperti menggabungkan imej-imej, memasukkan teks, menggunakan style untuk penghasilan kolaj imej, rekabentuk poster atau kulit buku dan sebagainya.

Tenaga pengajar yang berpengalaman menjadi nilai tambah kepada kursus ini dengan perkongsian aliran kerja, pengalaman, tip serta penyelesaian masalah kerja.

Topik / Teknik Yang Akan Diajar

  • Pengenalan kepada proses rekabentuk kreatif
  • Kaedah menjana / melakar / melaksana idea
  • Pengenalan Teknik NonDestructive

  • Projek 1: Rekabentuk Bunting
  • Projek 2: Rekabentuk Poster / Flyer
  • Projek 3: Rekabentuk Latar Belakang Pentas Acara
  • Pembentangan dan Diskusi Projek

MAKLUMAT LAIN:

  • Komputer/Laptop: Disediakan.
  • Diskaun RM45.00 : Jika bawa Laptop sendiri (Pembayaran Tunai Sahaja)
  • Penyertaan minimum: 5 orang (Bawah 5 orang sesi akan ditangguhkan).
  • Makan/Minum: Disediakan. 3 kali (Sarapan, Tengahari, Petang)
  • Bahan Kursus: Nota dan bahan kursus diberi kepada setiap peserta.

 

Trainer Reka Grafik

Azmi Zulkafli
Trainer Reka Grafik
Berpengalaman sebagai graphic designer dari tahun 2002. Masih aktif member servis design secara freelance dan minat mengambil gambar. Telah menjadi sebahagian daripada team trainer Sifoo dari tahun 2010.
Imran Abdul Jabar
Sr. Trainer Reka Grafik / Pengasas Sifoo
Trainer Utama Reka Grafik - Pengasas laman web Sifoo.com. Berpengalaman mengajar kursus serta bengkel reka grafik dan multimedia sejak tahun 2001.

  • Tajuk Kursus Reka Grafik:

    Adobe Photoshop (Tahap 02)

    Kod:

    RG-PS-02-2H-KPP

    Tahap:

    Tahap 2

    Tempoh:

    2 hari

    Pengenalan Kursus:

    Kursus ini disusun khusus untuk para peserta yang agak baru dalam pengendalian Adobe Photoshop bagi kerja-kerja rekaan grafik dan suntingan imej. Terdapat banyak teknik-teknik terkini dan efisien yang akan dikongsikan bagi memudahkan kerja rutin.

    Tenaga pengajar yang berpengalaman menjadi nilai tambah kepada kursus ini dengan perkongsian aliran kerja, pengalaman, tip serta penyelesaian masalah kerja.

    Objektif:

    Di akhir kursus, peserta akan mampu:

    1. Memahami proses rekabentuk grafik secara kreatif daripada tahap awal penyediaan sehingga persiapan untuk cetakan.
    2. Memahami integrasi penggunaan perisian Adobe Photoshop untuk kerja rekabentuk kreatif.
    3. Meningkatkan kemahiran di dalam menghasilkan material grafik yang lebih kemas dan berkesan.

    Metodologi Latihan:

    • Pembelajaran Teori
    • Latihan Praktikal
    • Demonstrasi Teknik

  • Hari 1:

    08.30 – 09.00

    • Pendaftaran peserta

     

    09.00 – 10.30

    • Pengenalan kepada proses rekabentuk kreatif
    • Kaedah menjana idea – melakar idea – melaksanakan idea

     

    10.30 – 11.00

    • Rehat / Minum Pagi

     

    11.00 – 01.00

    • Pengenalan kepada Adobe Photoshop (Teknik Non-Destructive)
    • Contoh Projek #1:
      • Menghasilkan rekabentuk bunting

     

    01.00 – 02.00

    • Rehat / Makan Tengah Hari / Solat

     

    02.00 – 04.30

    • Contoh Projek #2:
      • Menghasilkan rekabentuk poster / flyer
    • Contoh Projek #3:
      • Menghasilkan latar belakang pentas acara

     

    04.30 – 05.00

    • Minum Petang / Bersurai

    Hari 2:

    09.00 – 10.30

    • Projek #1:
      • Menghasilkan bunting untuk promosi acara / produk

     

    10.30 – 11.00

    • Rehat / Minum Pagi

     

    11.00 – 01.00

    • Projek #2:
      • Menghasilkan poster untuk promosi acara / produk

     

    01.00 – 02.00

    • Rehat / Makan Tengah Hari / Solat

     

    02.00 – 04.30

    • Pembentangan dan Diskusi Projek #1 dan #2
    • Penutup / Penyampaian Sijil

     

    04.30 – 05.00

    • Sesi Foto / Minum Petang / Bersurai

  • Peserta yang hadir disasarkan agar mampu menghasilkan output seperti imej di bawah:

     

     

  • Bagaimana cara membuat pembayaran?

    • Bayaran tunai boleh dibuat dengan cara berikut:
      • Datang sendiri ke Sifoo Training Center, atau
      • Deposit tunai ke akaun Sifoo Training Solutions
        (CIMB: 8600 200 939)
        .
    • Bayaran LO Kerajaan juga diterima. Sila ikut prosedur berikut:
      • Download brochure PDF kursus.
      • Isi dan kembalikan kepada kami.
      • Bawa LO rasmi pada hari kursus.
    • Bayaran melalui cek syarikat juga kami terima. Sila ikut prosedur berikut:
      • Bawa cek pada hari kursus, atau
      • Depositkan cek sebelum kursus bermula.

    Siapa yang boleh menyertai kursus ini?

    • Terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan tajuk kursus.
    • Terbuka mengikut kesesuaian tahap (Tahap 1 – Asas, Tahap 2 – Pertengahan, Tahap 3 – Lanjutan).
    • Terbuka untuk persendirian, staf swasta dan staf kerajaan.
    • Terbuka untuk peringkat umur dari 15 tahun ke atas.

    Mengapa harga tunai lebih murah?

    • Harga tunai adalah satu keistimewaan yang kami sediakan untuk peserta yang bayar dengan wang poket sendiri.
    • Tidak boleh dibandingkan dengan pembayaran oleh kerajaan ataupun syarikat.

    Adakah Sifoo mengamalkan polisi refund?

    • Ya, kami mengamalkan polisi refund jika pembayaran telah dibuat tetapi peserta terpaksa menarik diri dari menghadiri kursus.
    • 100% refund akan dibuat jika peserta memaklumkan kepada kami selewat-lewatnya sehari sebelum kursus bermula.
    • 50% refund akan dibuat jika peserta gagal memaklumkan sehari sebelum kursus bermula.

    Adakah Sifoo menyediakan penginapan?

    • Tidak. Kami tidak menyediakan penginapan untuk peserta.
    • Walau bagaimanapun, terdapat tiga hotel di sekitar Sifoo Training Center. Sila rujuk panduan Lokasi Sifoo Training Center.