Reka Grafik untuk Percetakan – T012H


Pengenalan

Kursus ini akan menerangkan sedikit asas penyediaan rekabentuk, jenis rekabentuk cetakan, pra cetakan (prepress printing) dan penghasilan akhir cetakan (post press printing). Kursus ini juga membantu para pereka grafik memahami secara asas bagaimana proses percetakan dibuat, dengan memahami proses ini para pereka grafik dapat mengelakkan sebarang masalah yang bakal dihadapi kemudian nanti. Di dalam kursus ini juga para peserta akan diberi tips bagaimana menghasilkan grafik ‘boleh jual’ yang lebih kemas dan menjimatkan kos di dalam percetakan.

Tenaga pengajar yang berpengalaman menjadi nilai tambah kepada kursus ini dengan perkongsian aliran kerja, pengalaman, tip serta penyelesaian masalah kerja.

Topik / Teknik Yang Akan Diajar

  • Pengenalan kepada reka grafik percetakan
  • Penerangan tentang jenis cetakan offset & digital
  • Jenis material cetakan
  • Terma-terma dalam cetakan

  • Masalah-masalah yang selalu dihadapi semasa cetakan
  • Reka grafik untuk percetakan offset
  • Reka grafik untuk percetakan digital

MAKLUMAT LAIN:

  • Komputer/Laptop: Disediakan.
  • Diskaun RM45.00 : Jika bawa Laptop sendiri (Pembayaran Tunai Sahaja)
  • Penyertaan minimum: 5 orang (Bawah 5 orang sesi akan ditangguhkan).
  • Makan/Minum: Disediakan. 3 kali (Sarapan, Tengahari, Petang)
  • Bahan Kursus: Nota dan bahan kursus diberi kepada setiap peserta.

Trainer Reka Grafik

Imran Abdul Jabar
Sr. Trainer Reka Grafik / Pengasas Sifoo
Trainer Utama Reka Grafik - Pengasas laman web Sifoo.com. Berpengalaman mengajar kursus serta bengkel reka grafik dan multimedia sejak tahun 2001.

  • Tajuk Kursus Reka Grafik:

    Reka Grafik untuk Percetakan

    Kod:

    RG-P-01-KPP

    Tahap:

    Tahap 1 (Asas)

    Tempoh:

    2 hari

    Pengenalan Kursus:

    Kursus ini akan menerangkan sedikit asas penyediaan rekabentuk, jenis rekabentuk cetakan, pra cetakan (prepress printing) dan penghasilan akhir cetakan (post press printing). Kursus ini juga membantu para pereka grafik memahami secara asas bagaimana proses percetakan dibuat, dengan memahami proses ini para pereka grafik dapat mengelakkan sebarang masalah yang bakal dihadapi kemudian nanti. Di dalam kursus ini juga para peserta akan diberi tips bagaimana menghasilkan grafik ‘boleh jual’ yang lebih kemas dan menjimatkan kos di dalam percetakan.

    Tenaga pengajar yang berpengalaman menjadi nilai tambah kepada kursus ini dengan perkongsian aliran kerja, pengalaman, tip serta penyelesaian masalah kerja.

    Objektif:

    Di akhir kursus, peserta akan mampu:

    1. Peserta akan memahami secara asas proses percetakan
    2. Peserta akan mampu menghasilkan rekaan grafik yang lebih komersil dan mengikut industri percetakan serta menjimatkan kos.

    Metodologi Latihan:

    • Pembelajaran Teori
    • Latihan Praktikal
    • Demonstrasi Teknik

  • Hari 1:

    08.30 – 09.00

    • Pendaftaran peserta

     

    09.00 – 10.30

    • Pengenalan mengenai aturan fail cetakan termasuk saiz, warna, bleed size, area size dan lain-lain.

     

    10.30 – 11.00

    • Rehat / Minum Pagi

     

    11.00 – 01.00

    • Penerangan tentang jenis cetakan offset dan digital

     

    01.00 – 02.00

    • Rehat / Makan Tengah Hari / Solat

     

    02.00 – 04.30

    • Jenis material cetakan termasuk jenis kertas, jenis finishing dan lain-lain

     

    04.30 – 05.00

    • Minum Petang / Bersurai

    Hari 2:

    09.00 – 10.30

    • Terma-terma dalam cetakkan yang perlu diketahui
    • Masalah-masalah yang selalu dihadapi semasa cetakkan

     

    10.30 – 11.00

    • Rehat / Minum Pagi

     

    11.00 – 01.00

    • Reka grafik untuk percetakkan offset:
      • Business Card/Call Card
      • Flyers/Poster/Brochure
      • Kad Kahwin

     

    01.00 – 02.00

    • Rehat / Makan Tengah Hari / Solat

     

    02.00 – 04.30

    • Reka grafik untuk percetakkan digital:
      • Inkjet- Banner/Bunting/Backdrop
      • Sticker/Button Badge
    • Majlis penutup & Penyampaian Sijil

     

    04.30 – 05.00

    • Sesi Foto / Minum Petang / Bersurai

  • Peserta yang hadir disasarkan agar mampu menghasilkan output seperti imej di bawah:

     

  • Bagaimana cara membuat pembayaran?

    • Bayaran tunai boleh dibuat dengan cara berikut:
    • Bayaran LO Kerajaan juga diterima. Sila ikut prosedur berikut:
      • Download brochure PDF kursus.
      • Isi dan kembalikan kepada kami.
      • Bawa LO rasmi pada hari kursus.
    • Bayaran melalui cek syarikat juga kami terima. Sila ikut prosedur berikut:
      • Bawa cek pada hari kursus, atau
      • Depositkan cek sebelum kursus bermula.

    Siapa yang boleh menyertai kursus ini?

    • Terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan tajuk kursus.
    • Terbuka mengikut kesesuaian tahap (Tahap 1 – Asas, Tahap 2 – Pertengahan, Tahap 3 – Lanjutan).
    • Terbuka untuk persendirian, staf swasta dan staf kerajaan.
    • Terbuka untuk peringkat umur dari 15 tahun ke atas.

    Mengapa harga tunai lebih murah?

    • Harga tunai adalah satu keistimewaan yang kami sediakan untuk peserta yang bayar dengan wang poket sendiri.
    • Tidak boleh dibandingkan dengan pembayaran oleh kerajaan ataupun syarikat.

    Adakah Sifoo mengamalkan polisi refund?

    • Ya, kami mengamalkan polisi refund jika pembayaran telah dibuat tetapi peserta terpaksa menarik diri dari menghadiri kursus.
    • 100% refund akan dibuat jika peserta memaklumkan kepada kami selewat-lewatnya sehari sebelum kursus bermula.
    • 50% refund akan dibuat jika peserta gagal memaklumkan sehari sebelum kursus bermula.

    Adakah Sifoo menyediakan penginapan?