Videografi DSLR – Teknik Rakaman & Suntingan – T14H


Kod Kursus: VG-DSLR-01-4H-KPP
Tahap: 1 (Asas)
Tempoh: 4 Hari
Masa: 9.00 pg – 4.00 ptg
Lokasi: Sifoo Art & Multimedia Training Center

Yuran (Termasuk GST)
Tunai: 
RM1045
LO: RM1448

 Pengenalan

Kursus Videografi DSLR - Teknik Rakaman & Suntingan ini merupakan kursus pengenalan asas videografi menggunakan DSLR atau kamera jenis Mirrorless yang berkemampuan seperti DSLR. Di dalam kursus ini, peserta akan mempelajari tetapan pada video di dalam kamera, teknik-teknik shoot serta komposisi asas.

Adobe Premiere Pro, merupakan perisian suntingan video yang terkenal di dalam produksi audio/visual yang di bangunkan oleh Adobe. Penggunaan perisian ini adalah lengkap dimana ianya membantu juru-video untuk menyunting klip yang diambil seperti menyusun klip, memotong klip, tambahan efek, teks dan rendering untuk menjadikan satu plot video lengkap. Selain itu, perisian ini juga mudah berintegrasi diatara persian Adobe lain seperti After Effect.

Tenaga pengajar yang berpengalaman menjadi nilai tambah kepada kursus ini dengan perkongsian aliran kerja, pengalaman, tip serta penyelesaian masalah kerja.

Topik / Teknik Yang Akan Diajar

  • Pengenalan kepada dunia videografi
  • Kenali kamera masing-masing
  • Video format
  • Setting exposure & metering
  • Kenali jenis-jenis shot
  • Apa itu Komposisi?
  • Jenis shots
  • Merakam sequence
  • Latihan praktikal

  • Pengenalan kepada asas Premiere Pro
  • Sequence Setting
  • Pengurusan Layout
  • Asas suntingan video
  • Trimmer monitor
  • Timeline
  • Ripple Delete
  • Transition
  • Effect Panel & Effect Animation

MAKLUMAT LAIN:

  • Kamera DSLR TIDAK disediakan.
  • Sila bawa kamera DSLR sendiri yang lengkap dengan:
    • Kamera DSLR yang boleh merakam video 
    • Lensa kit/50mm
    • Bateri/kabel
    • Tripod
  • Penyertaan minimum: 5 orang (Bawah 5 orang sesi akan ditangguhkan).
  • Makan/Minum: Disediakan. 3 kali (Sarapan, Tengahari, Petang)
  • Bahan Kursus: Nota dan bahan kursus diberi kepada setiap peserta.

Trainer Videografi

Mohd Rashidi Isa
Trainer Videografi Digital
Berpengalaman di dalam bidang Fotografi & Videografi Perkahwinan, kini beliau aktif sebagai penceramah bebas kursus Grafik, Fotografi dan juga Video Editing.
Ahmad Rithauddin
Trainer Fotografi Digital
Beliau mempunyai pengalaman lebih 10 tahun di dalam bidang fotografi & videografi. Sekarang masih aktif di lapangan dan juga tenaga pengajar bagi kedua-dua bidang tersebut.

  • Tajuk Bengkel:

    Videografi DSLR - Teknik Rakaman & Suntingan

    Kod:

    VG-DSLR-01-4H-KPP

    Tahap:

    Tahap 1 (Asas)

    Tempoh:

    4 hari

    Pengenalan Bengkel:

    Kursus Videografi DSLR ini merupakan sesi pengenalan kepada teknik rakaman video menggunakan kamera DSLR atau kamera jenis mirrorless yang berkemampuan seperti DSLR. Peserta akan mempelajari jenis setting pada kamera, asas-asas shot serta asas komposisi.

    Premiere Pro adalah perisian suntingan video yang terkenal dalam industri produksi audio/visual yang dibangunkan oleh Adobe. Ia adalah suatu perisian lengkap mula dari proses capture video, formatting, suntingan, effects, compositing dan render output untuk format video yang berbagai hanya dalam beberapa langkah dengan integrasi antara perisian Adobe yang lain seperti After Effects.

    Tenaga pengajar yang berpengalaman menjadi nilai tambah kepada kursus ini dengan perkongsian aliran kerja, pengalaman, tip serta penyelesaian masalah kerja.

    Objektif:

    Di akhir bengkel, peserta akan mampu:

    1. Mengenali prinsip asas videografi
    2. Mengenali kamera dan setting untuk rakaman video
    3. Memahami prinsip komposisi serta jenis-jenis shot
    4. Melakukan sendiri rakaman video menggunakan kamera DSLR
    5. Mengenali Adobe Premiere Pro dan kaedah pengendalian asas perisian ini bagi kerja-kerja menyunting video
    6. Menghasilkan video yang lengkap dengan menggabungkan teknik suntingan

    Metodologi Latihan:

    • Pembelajaran Teori
    • Latihan Praktikal
    • Demonstrasi Teknik

  • Hari 1:

    08.30 – 09.00

    • Pendaftaran peserta

     

    09.00 – 10.30

    • Pengenalan kepada dunia videografi
    • Mengenali fungsi VDSLR
      • Sistem video
      • Spesikasi video
      • Format video
    • Revolusi teknologi Video Kamera

     

    10.30 – 11.00

    • Rehat / Minum Pagi

     

    11.00 - 01.00

    • Kenali konfigurasi kamera VDSLR
    • Informasi paparan LCD
      • Live View
      • Menu Tetapan
      • Picture Style
    • Video format
    • Setting exposure & metering

     

    01.00 – 02.00

    • Rehat / Makan Tengah Hari / Solat

     

    02.00 – 04.30

    • Latihan Projek #1

     

    04.30 - 05.00

    • Minum Petang / Bersurai

    Hari 2:

    09.00 – 10.30

    • Teknik mengendali VDSLR
      • mengatasi masalah gegaran
      • mengatasi masalah tidak fokus
    • Kenali jenis-jenis rakaman (shoot)
    • Apa itu Komposisi?

     

    10.30 – 11.00

    • Rehat / Minum Pagi

     

    11.00 - 01.00

    • Merakam Sequence
    • Pengendalian Audio

     

    01.00 – 02.00

    • Rehat / Makan Tengah Hari / Solat

     

    02.00 – 04.30

    • Latihan Projek #2

     

    04.30 - 05.00

    • Minum Petang / Bersurai

    Hari 3:

    09.00 – 10.30

    • Pengenalan kepada asas Adobe Premiere
    • Project Setting (Sequence Setting)
    • Layout Workspace
    • Pengurusan Layout
    • Import dan Uruskan Media

     

    10.30 – 11.00

    • Rehat / Minum Pagi

     

    11.00 – 01.00

    • Asas Suntingan Video
    • Trimmer Source Panel
    • Mark In, Mark Out
    • Insert dan Overwrite
    • Timeline

     

    01.00 – 02.00

    • Rehat / Makan Tengah Hari / Solat

     

    02.00 – 04.30

    • Kawalan Timeline
    • Latihan Asas #1

     

    04.30 – 05.00

    • Minum Petang / Bersurai

    Hari 4:

    09.00 – 10.30

    • Pengawalan Clip

     

    10.30 – 11.00

    • Rehat / Minum Pagi

     

    11.00 – 01.00

    • Speed & Duration
    • Transition
    • Effects, Effect Panel & Effect Animation

     

    01.00 – 02.00

    • Rehat / Makan Tengah Hari / Solat

     

    02.00 – 04.30

    • Latihan Asas #2
    • Penutup / Penyampaian Sijil

     

    04.30 – 05.00

    • Sesi Foto / Minum Petang / Bersurai

  • Peserta yang hadir disasarkan agar mampu menghasilkan output seperti imej di bawah:

    https://www.youtube.com/watch?v=mrQzEzbK6aY?rel=0

  • Bagaimana cara membuat pembayaran?

    • Bayaran tunai boleh dibuat dengan cara berikut:
    • Bayaran LO Kerajaan juga diterima. Sila ikut prosedur berikut:
      • Download brochure PDF kursus.
      • Isi dan kembalikan kepada kami.
      • Bawa LO rasmi pada hari kursus.
    • Bayaran melalui cek syarikat juga kami terima. Sila ikut prosedur berikut:
      • Bawa cek pada hari kursus, atau
      • Depositkan cek sebelum kursus bermula.

    Siapa yang boleh menyertai kursus ini?

    • Terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan tajuk kursus.
    • Terbuka mengikut kesesuaian tahap (Tahap 1 – Asas, Tahap 2 – Pertengahan, Tahap 3 – Lanjutan).
    • Terbuka untuk persendirian, staf swasta dan staf kerajaan.
    • Terbuka untuk peringkat umur dari 15 tahun ke atas.

    Mengapa harga tunai lebih murah?

    • Harga tunai adalah satu keistimewaan yang kami sediakan untuk peserta yang bayar dengan wang poket sendiri.
    • Tidak boleh dibandingkan dengan pembayaran oleh kerajaan ataupun syarikat.

    Adakah Sifoo mengamalkan polisi refund?

    • Ya, kami mengamalkan polisi refund jika pembayaran telah dibuat tetapi peserta terpaksa menarik diri dari menghadiri kursus.
    • 100% refund akan dibuat jika peserta memaklumkan kepada kami selewat-lewatnya sehari sebelum kursus bermula.
    • 50% refund akan dibuat jika peserta gagal memaklumkan sehari sebelum kursus bermula.

    Adakah Sifoo menyediakan penginapan?