PNG vs TIFF: Format Manakah Yang Lebih Sesuai?

0

Dengan kepopularan format PNG masa kini, ramai yang tidak memilih format fail yang paling tepat untuk kegunaan sesetengah imej grafik. Di dalam entri kali ini saya akan menerangkan perbezaan antara PNG dan TIFF. Adakah PNG lebih baik berbanding format lain?

Apa itu PNG?

  • PNG: Portable Network Graphics.
  • Disebut sebagai “ping”.
  • Format compression yang pada asalnya untuk menggantikan Graphics Interchange Format (GIF).
  • Seperti GIF, PNG adalah dipadatkan (compressed) dengan cara lossless. Lossless bermaksud semua informasi imej disimpan apabila fail didecompress semasa paparan.
  • PNG tidak dihasilkan untuk menggantikan format JPG.
  • Terdapat dua jenis PNG iaitu PNG-8 dan PNG-24.
  • Boleh menampung transparency.
  • Tidak boleh menampung animasi seperti GIF.
  • Memiliki keupayaan compression yang lebih baik berbanding GIF.

Apa itu TIFF?

  • TIFF: Tagged Image File FormatĀ .
  • Boleh dibuka oleh hampir kesemua perisian imej.
  • Boleh menyimpan compressed atau uncompressed fail.
  • Boleh menampung layer (sama seperti PSD).
  • Boleh menampung semua warna, color-depths dan color mode (seperti RGB dan CMYK).
  • Boleh menyimpan 16-bit per channel.
  • Boleh menyimpan metadata (IPTC).

Bila Masa Yang Sesuai Untuk Menggunakan Format PNG?

PNG paling sesuai untuk imej grafik yang akan dipaparkan di laman web, yang memerlukan saiz fail yang kecil untuk fast-loading. Ia juga paling sesuai untuk menggantikan penggunaan GIF yang mempunyai tahap compression yang lebih rendah berbanding PNG.

PNG-8 mempunyai ciri yang sama dengan GIF iaitu mampu menampung 256 warna sahaja. Jadi, grafik seperti carta, diagram, icon atau grafik yang mempunyai warna yang sedikit adalah sesuai untuk PNG-8. Manakala PNG-24 pula mampu menampung 16 juta warna dan mampu menampung opacity transparent dengan baik. Walau bagaimanapun, saiz fail PNG-24 adalah lebih besar daan lebih sesuai untuk dimensi fail yang sederhana dan kecil.

Fail grafik PNG-24 juga lebih sesuai untuk digunakan untuk kerja-kerja dalam perisian yang berbeza. Contohnya, fail logo dengan transparency dibuat dalam Photoshop tetapi hendak digunakan dalam video yang akan disunting dalam Adobe Premiere atau Adobe After Effects. Placekan fail logo tersebut yang telah disave dalam format PNG-24.

Bila Masa Yang Sesuai Untuk Menggunakan Format TIFF?

TIFF paling sesuai untuk menyimpan fail imej bagi kegunaan high-end yang memerlukan informasi penuh imej tersebut. Proses cetakan memerlukan kandungan piksel yang tinggi dan padat, jadi TIFF dengan setting uncompressed memenuhi kehendak ini. TIFF mampu juga menampung transparent seperti PSD (Atau PNG-24).

Gantikan tabiat menggunakan PNG-8 untuk menghasilkan imej grafik transparent untuk diplace ke dalam kerja dalam Illustrator bagi tujuan cetakan. Cuba guna TIFF atau PSD atau PNG-24 untuk mendapatkan hasil kualiti cetakan yang lebih baik.

 

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

Leave A Reply