Seminar Percuma eRezeki di #sifoodotcom

Program eRezeki adalah berdasarkan konsep crowdsourcing, dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.

Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.

Seminar Percuma eRezeki

Pada Sabtu ini, 10hb Febuari 2018, Sifoo.com menjadi hos untuk seminar taklimat program eRezeki, Seminar ini akan dikendalikan oleh wakil yang dilantik oleh MDEC. Peserta akan diperkenalkan tentang cara menyertai program ini serta tentang sesi seterusnya di dalam program eRezeki ini, Ianya adalah percuma untuk semua.

Siapa Yang Layak Hadir?

Terbuka untuk para designer yang menjalankan aktiviti freelance work.

EGF Malaysia: Wakil Yang Dilantik oleh MDEC

Yuran Adalah Percuma

Yuran adalah percuma. Kami cuma perlukan RM50 sebagai deposit komitmen kehadiran dan akan dikembalikan selepas tamat program.

  • Depositkan RM50 ke akaun Whatthefoo Creative Solutions (CIMB: 8602342734)
  • Hantar bukti pembayaran ke [email protected]

Berminat Untuk Cipta Peluang Jana Pendapatan?

Daftarkan diri anda dengan mengisi borang berikut: