Sifoo Training Center 2014

11

Salam,

Menjelang 2014, pejabat urusan Sifoo.com (Sifoo Training Solutions) dan pusat latihan sedang dalam proses berpindah ke lokasi baru yang lebih besar dan strategik. Perpindahan ini merupakan langkah seterusnya untuk menyediakan lebih banyak lagi kursus-kursus di tempat yang lebih selesa. 

SIFOO TRAINING CENTER YANG BARU

Lokasi baru Sifoo adalah di:

No.5-2 (Tingkat Dua), Jalan Tasik Utama 6, 
Medan Niaga Tasik Damai, 
Sungei Besi 57000 Kuala Lumpur.

Berhadapan dengan Stesen LRT Star Sg. Besi
Bersebelahan dengan pekan lama Sg. Besi (Kem Sg Besi)

Sifoo.com Training Center, Sg. Besi

Cadangan papan tanda Sifoo Training Center

Kami mengambil dua unit yang disambungkan bagi memuatkan dua bilik latihan, ruang pejabat, ruang makan dan surau. Bilik latihan utama mampu memuatkan sehingga 24 peserta berkomputer manakala bilik latihan kedua boleh memuatkan 12-15 peserta berkomputer. Jumlah peserta yang lebih ramai boleh dimuatkan sekiranya seminar tanpa meja dan komputer dijalankan.

KURSUS-KURSUS SIFOO.COM 2014

Kami sedang merancang dan menyusun jadual kursus bagi tahun 2014. Walau bagaimanapun, susunan kursus dan lokasi masih lagi bergantung kepada tarikh operasi pengubahsuaian pusat latihan yang baru ini siap. Jangka siap di dalam bulan Januari 2014 dan diharapkan dalam bulan Februari, pusat latihan yang baru ini boleh beroperasi.

Kursus-kursus yang di akan disusun sehingga pertengahan tahun 2014 adalah seperti berikut:

  • Kursus Reka Grafik Asas: Adobe Photoshop, Adobe Illustrator
  • Kursus Reka Penerbitan Asas: Adobe InDesign
  • Kursus Fotografi Asas DSLR
  • Kursus Suntingan Video: Adobe Premiere
  • Kursus Photoshop: Grafik Untuk Pemasaran Online
  • Kursus Reka Montaj Video: Adobe After Effects
  • Kursus Bina Laman Web: WordPress
  • Kursus Fotografi: Potrait & Studio Lighting
  • Kursus Fotografi: Food Photography
  • Kursus Manipulasi Foto & Grafik: Adobe Photoshop

Kursus-kursus akan terbahagi kepada dua kategori seperti biasa iaitu kursus hari biasa dan kursus hujung minggu. Seperti sebelum-sebelum ini, kursus hujung minggu adalah lebih murah tetapi hanya TUNAI diterima manakala kursus hari biasa adalah kursus full-package, semua jenis pembayaran diterima (LO, Cek, Tunai, Kad Kredit).

Kami juga sedang merancang untuk menjalankan kursus jangka sederhana panjang untuk peserta yang berminat mengikut pembelajaran yang lebih detail contohnya seperti kursus perekabentuk grafik (graphic designer) dalam tempoh 2 bulan.

InsyaAllah. Kami akan terbitkan jadual kursus sebelum menjelang Januari 2014.

Layout Sifoo Training Center

Layout Sifoo Training Center

SEWAAN BILIK LATIHAN / SEMINAR

Dengan fasiliti yang lebih selesa dan lengkap, kami juga akan menerima tempahan sewaan bilik latihan atau bilik seminar kepada sesiapa sahaja yang berminat. Fasiliti bilik latihan atau bilik seminar akan termasuk ruang makan, tandas lelaki dan perempuan (asing), surau lelaki dan perempuan (asing). Kelengkapan asas bilik latihan termasuk projektor, skrin projektor, meja dan kerusi untuk peserta, papan putih dan flip chart.

Harga kadar sewaan akan diumumkan apabila kesemua operasi pengubahsuaian telah siap dengan sempurna.

JUMPA NANTI DI SIFOO TRAINING CENTER YANG BARU!

InsyaAllah jumpa nanti di lokasi yang baru. Doakan kami. Semoga kami akan terus dapat berkhidmat untuk anda semua dan terus berkongsi ilmu.

IMRAN ABDUL JABAR

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

11 Comments

Leave A Reply