Talk: Sampai Bila Nak Shoot Wedding

0

Alhamdulillah, pada 23hb APRIL 2016 yang lepas telah berlangsung satu sesi Free Talk di Sifoo Art & Multimedia Training Center dengan tajuk “Sampai Bila Nak Shoot Wedding?” Kira-kira 40 orang telah hadir pada malam Free Talk tersebut. Pilihan topik yang agak mencabar minda tapi tiada niat lain selain dari membuka minda kepada peluang yang lebih banyak lagi dalam bidang fotografi. Talk telah disampaikan oleh Saudara Ashraf Saharuddin, Director of Photography di Nusantara Photography, juga mantan editor di majalah Fotografika.

Ashraf Saharudin Bertanya “Sampai Bila Nak Shoot Wedding?”

Persoalan yang bukan berniat untuk merendahkan martabat wedding photographer tetapi sekadar membuka peluang kepada potensi bidang lain yang boleh diceburi dalam fotografi. Ashraft berkongsikan peluang-peluang yang boleh diceburi oleh fotografer seperti korporat dan komersil serta apa yang diperlukan untuk ‘terjun’ ke bidang lain.

Video: Free Talk “Sampai Bila Nak Shoot Wedding?”

Maklumbalas Positif

Ramai juga peserta yang memberi maklumbalas positif tentang sesi perkongsian ini. Ada yang mengatakan bahawa topik ini membuka mata kepada banyak lagi peluang ‘cari makan’ dalam bidang fotografi selain dari wedding. Perkongsian tentang selok-belok serta pengalaman En. Ashraf dalam mempersiapkan diri untuk menceburkan diri untuk kerja-kerja komersil dan korporat amat memberi makna kepada para peserta. Sesi juga berjalan dengan lancar dan agak rancak juga…

Sebagai penganjur, yang penting sesi perkongsian antara penceramah dengan peserta berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Syukur…

Foto Semasa Free Talk

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

Leave A Reply