Text Variables Memudahkan Template Dokumen

0

Kerja yang berulang-ulang adalah tidak efektif dan merugikan masa. Penggunaan template dalam Indesign adalah sangat digalakkan. Cuba gunakan fungsi Save as Template (File > Save as Template) dan savekan fail Indesign anda dalam format *.indt. Dalam tutorial ini, saya akan kongsikan penggunaan Text Variables yang mampu menambahkan keberkesanan penggunaan template dalam Indesign.

Text Variables

type_text-variables

  • Menu Type > Text Variables:
    • Define: untuk menetapkan variable anda termasuk custom variable.
    • Insert Variable: untuk memilih dan meletakkan variable ke dalam dokumen.

Rancang Perletakan Variable Dalam Dokumen

type_text-variables_01

  • Rancangkan layout dokumen anda untuk dijadikan template.
  • Contoh di atas menunjukkan placement:
    • Tajuk Dokumen, dan
    • Edisi.
  • Terdapat tiga lokasi untuk Tajuk Dokumen dan dua lokasi untuk Edisi.
  • Anda boleh melakukan formatting dalam text frame terlebih dahulu. Seperti jenis font, size dan warna.

Define Text Variable

type_text-variables_02

  • Klik menu Type > Text Variables > Define.
  • Terdapat beberapa default variables seperti Chapter Number, Creation Date dan Running Header. Disebabkan tak mahu menggunakan kesemua variables tersebut, saya select dan delete kesemuanya. Tekan Delete.

type_text-variables_03

  • Klik New untuk menetapkan satu variable baru.
  • Pilih setting berikut:
    • Type: Custom Text
    • Name: Beri nama untuk variable anda
    • Text: Masukkan nilai untuk variable
  • Untuk contoh ini, saya tetapkan dua variable:
    • Tajuk Dokumen = Berita Hairan
    • Edisi = Jun 2015

type_text-variables_04

  • Senarai text variables setelah ditetapkan. Lihat di atas.

Memasukkan Text Variable ke Dalam Dokumen

type_text-variables_05

  • Select teks dalam text frame.
  • Klik kanan dan pilih Insert Variable > Tajuk Dokumen (variable yang ingin diletakkan).
  • Lakukan proses ini kepada semua lokasi variable yang diingini.

Redefine Text Variables

type_text-variables_06

  • Jika terdapat perubahan kepada variable, anda hanya perlu melakukan semula Define > Edit Variables.

type_text-variables_07

  • Selepas tekan OK, kesemua variable di lokasi yang telah ditetapkan akan mendapat teks yang baru. Senang!

Kombinasi text variables dengan penggunaan master page bakal memudahkan kerja anda. Cubalah!

Selamat mencuba!

Belajar Indesign dalam Kursus Sifoo.com

Mahu belajar dengan lebih terperinci dan secara berguru? Daftar dalam kursus Reka Penerbitan menggunakan Adobe Indesign anjuran Sifoo.com sekarang!

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

Leave A Reply