Tips Mengambil Foto Menggunakan Kamera Telefon

1

“Nak tanya cara mengambil gambar menggunakan telefon bimbit untuk mendapatkan hasil foto yang cantik”. Begitulah bunyi satu soalan yang dikemukakan di dalam Group Facebook Sifoo. Soalan yang menarik kerana kebelakangan ini banyak produk telefon yang menawarkan kualiti foto yang agak tinggi, ditambah lagi dengan keupayaan application untuk editing terus di dalam telefon.

Tips Mengambil Foto Menggunakan Kamera Telefon

  1. Kenali kamera telefon anda. Apa function yang ada, kelebihan dan kekurangan berbanding telefon lain atau kamera biasa.
  2. Fahami elemen komposisi (composition) di dalam fotografi seperti Rule of Thirds, Balance, Leading Lines, Symmetry, Framing dan lain-lain. Sila rujuk link berikut:
  3. Belajar fokus dan pilih subjek sebagai Point of Interest.
  4. Sentiasa mencari framing dengan subjek yang menarik. Praktis The Art of Seeing.
  5. Perhatikan sumber cahaya. Kamera telefon akan cuba mendapatkan exposure yang betul tetapi ada masanya tidak dapat seperti apa yang kita harapkan. Jadi, cuba susun subjek yang diambil supaya cahaya jatuh melimpahi subjek tersebut. Fahami sifat cahaya.
  6. Gunakan function seperti HDR dan Panorama Stitching.
  7. Gunakan lensa tambahan untuk telefon anda seperti macro lens, fish eye dan lain-lain.
  8. Gunakan App untuk editing. Snapseed dan VSCO antara app yang mempunyai function dan preset yang bagus untuk kerja editing foto.

Contoh Foto Yang Diambil Menggunakan Kamera Telefon

Contoh Foto Dari Telefon Yang Telah Diedit Menggunakan App / Software

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

1 Comment

Leave A Reply