Kerja Lebih Mudah dengan Linked File

0

kelebihanlinkedfile_tajuk

Di dalam artikel yang sebelum ini, saya ada menerangkan serba sedikit “Apa itu Linked File?” dan telah memberi contoh mudah untuk memahami bagaimana hubungan Linked File dengan fail asal. Saya juga ada memberitahu di artikel yang lepas, kita boleh Place fail-fail yang berformat .pdf, .psd dan .ai ke dalam Illustrator.

Kali ini saya ingin berkongsi bagaimana Linked File memudahkan dan mempercepat proses kerja grafik.

Ini adalah gambar orang yang telah dibuang 'background' nya. Kemudian di 'save' dalam format .psd

Ini adalah gambar orang yang telah dibuang ‘background‘ nya. Kemudian di ‘save‘ dalam format .psd

Andai kata ada tiga item saiz berbeza yang perlu anda buat. 'Place' kan fail yang kita 'save' dalam format .psd tadi ke dalam Illustrator yang ada 3 artboard saiz berbeza. (Di atas hanyalah contoh untuk memudahkan anda faham)

Andai kata ada tiga item saiz berbeza yang perlu anda buat. ‘Place‘ kan fail yang kita ‘save‘ dalam format .psd tadi ke dalam Illustrator yang ada 3 Artboard saiz berbeza. (Di atas hanyalah contoh untuk memudahkan anda faham)

Pergi semula ke Photoshop dan cuba tambah Adjustment Layer > Black & White. Kemudian, save fail tersebut.

Pergi semula ke Photoshop dan cuba tambah Adjustment Layer > Black & White. Kemudian, save fail tersebut.

Pergi semula ke Illustrator dan anda akan lihat ada mesej amaran daripada sistem.

Pergi semula ke Illustrator dan anda akan lihat ada mesej amaran daripada sistem. Sistem meminta anda untuk mengemaskini fail tersebut kerana fail asalnya disyaki hilang atau telah diubahsuai. Klik Yes.

Warna orang tadi sudah berubah mengikut ubahsuai yang dilakukan di dalam Photoshop. Semua Linked File telah dikemaskini secara automatik!

Warna orang tadi sudah berubah mengikut ubahsuai yang dilakukan di dalam Photoshop. Semua Linked File telah dikemaskini secara automatik!

Bayangkan jika ada 100 item promosi yang perlu anda reka menggunakan fail yang sama.
Dengan kelebihan Linked File, anda dapat menjimatkan banyak masa anda!

Selamat mencuba.

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Junior Trainer di Sifoo.com Bergiat aktif dalam bidang reka bentuk grafik sejak 2007. Terlibat dalam mengajar multimedia bermula tahun 2009 dan mula mengenali Sifoo.com pada 2013. Sedang menamatkan tahun akhir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Kejuruteraan (Mekanikal-Automotif).

Leave A Reply