Tutorial: Gelung Bulatan Bersulam

0

Tutorial Adobe Illustrator kali ini menerangkan tentang satu kaedah menghasilkan ilustrasi beberapa bulatan dengan gelung-gelungnya saling bersilang (bersulam) antara satu sama lain. Dengan kaedah ini juga, anda boleh berkreatif dengan bentuk-bentuk yang lain.

 

Hasil

gelungbulatan00

  • Kita akan cuba hasilkan ilustrasi gelung bulatan bersulam seperti imej di atas.

Langkah 1:

gelungbulatan01

  • Buka Adobe Illustrator dan lukiskan bulatan dengan menggunakan Ellipse Tool seperti di atas.
  • Setkan stroke width agak tebal. Saya setkan pada 16pt.
  • Copy dan paste agar menjadi beberapa bulatan.
  • Susunkan agar bulatan tersebut bertindih seperti di atas.
  • Untuk menjadikan ilustrasi ini lebih baik, pastikan setiap bulatan tadi mempunyai warna yang berbeza.

Langkah 2:

 

gelungbulatan02

  • Select kesemua bulatan tadi.
  • Klik pada menu Object dan pilih Expand.
  • Akan muncul satu window Expand. Tak perlu tukar apa-apa setting.
  • Klik sahaja pada OK.

Langkah 3:

gelungbulatan03

  • Pastikan kesemua bulatan tadi masih lagi dalam selection.
  • Buka panel Pathfinder. Klik menu Window > Pathfinder.
  • Dalam panel Pathfinder, klik pada pilihan Divide.

Langkah 4:

gelungbulatan04

 

  • Seterusnya, klik kanan dan pilih Ungroup.

Langkah 5:

 

gelungbulatan05

 

  • Dengan menggunakan Seletion Tool. Select pada bahagian yang ditunjukkan di atas.
  • Kemudian, dengan menggunakan Eyedropper Tool, pilih warna gelung yang pertama.
  • Hasilnya akan menampakkan seolah-olah bahagian atas gelung pertama menindih gelung yang kedua.
  • Kedua-dua bulatan yang pertama dan kedua bersulam secara berselang-seli.

Langkah 6:

 

 

gelungbulatan06

 

  • Ulangi langkah 5 untuk menjadikan kesemua gelung bulatan tadi bersilang secara berselang-seli.
  • Lihat imej di atas sebagai rujukan.

Hasil setakat ini:

gelungbulatan07

  • Kesemua gelung bulatan kini telah menjadi bersulam hanya dengan penukaran warna pada bahagian yang bertindih.

Langkah 7:

gelungbulatan08

  • Dengan menggunakan Selection Tool, select┬ásambil menekan Shift┬átiga bahagian yang telah terpecah oleh pathfinder divide.
  • Gabungkan semula dengan menggunakan Pathfinder Unite.

Langkah 8:

gelungbulatan09

  • Setkan warna gradient dalam panel Gradient. Rujuk imej di atas.
  • Dalam panel gradient, setkan warna gelap di bahagian luar (kiri dan kanan) dan warna cerah di bahagian tengah.
  • Select gelung pertama.
  • Dengan menggunakan Gradient Tool, applykan gradient dengan sudut yang diingini. Laraskan sehingga berpuas hati.
  • Sasaran: kita mahukan bahagian gelap berada bahagian gelung merah berada di atas. Agar gelung yang pertama kelihatan ada bayang (supaya kelihatan berada di bawah).

Langkah 9:

gelungbulatan10

  • Ulang langkah 7 dan 8, untuk menjadikan kesemua gelung bulatan tadi seperti imej di atas.
  • Setkan beberapa warna gradient untuk gelung bulatan anda.
  • Saya hiaskan sedikit dengan drop shadow (Klik menu Effects > Stylize > Drop Shadow).

Selamat mencuba!

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

Leave A Reply