Color Theme Tool

0

Dalam Adobe Indesign CC 2014, terdapat satu tool baharu iaitu Color Theme Tool. Tool ini membolehkan kita mendapat kombinasi warna dengan mudah. Setakat ini, Color Theme Tool ini tidak ada dalam Illustrator atau Photoshop.

Adobe Indesign: Color Theme Tool

indesign-color-theme-tool

Langkah1: Pilih Imej Kegemaran

  • Untuk permulaan, apa yang anda perlu lakukan ialah mencari imej atau foto yang mengandungi pilihan-pilihan warna yang anda inginkan.
  • Placekan imej tersebut di dalam dokumen indesign anda.

Langkah 2: Menggunakan Color Theme Tool

indesign-color-theme-tool-01

  • Pilih Color Theme Tool dari dalam toolbar

Langkah 3: Pilih Warna Dalam Imej

indesign-color-theme-tool-02

  • Klik atas imej untuk mendapatkan kombinasi warna.
  • Tekan Alt dan klik pada warna lain di atas imej untuk mendapatkan kombinasi warna yang berbeza.
  • Klik pada ikon Add this theme to Swatches jika anda suka dengan pilihan warna ini.

Langkah 4: Tukar Pilihan Warna

indesign-color-theme-tool-03

  • Klik pada ikon ‘arrow’ untuk menukar pilihan kombinasi warna: Colorful, Bright, Dark, Deep, Muted.

Selamat mencuba!

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

Leave A Reply