Efek: Asap / Kabus

17

Tutorial ini akan menunjukkan kaedah menghasilkan efek asap atau kabus dengan menggunakan Filter Cloud. Kaedah ini agak mudah memandangkan anda tidak perlu menambah apa-apa kepada Photoshop seperti brush atau imej asap. 

HASIL:

LANGKAH 1:
  • Buka imej pilihan di dalam Photoshop.
  • Kemudian, buat satu layer baru.
LANGKAH 2:

  • Setkan warna foreground dan background kepada default. Tekan huruf ‘D’ di keyboard.
LANGKAH 3:

  • Kemudian, klik menu Filter > Render > Cloud.
  • Paparan seperti di atas akan muncul di dalam layer yang baru dibuat tadi.
LANGKAH 4:

  • Sekarang, tukarkan layer blend mode daripada Normal kepada Screen.
  • Hasilnya, seperti di atas.

Sekiranya anda mahu, anda boleh:

  • gunakan eraser untuk memadamkan bahagian asap yangtidak diingini.
  • tambah lagi layer asap dengan mengulang langkah-langkah di atas bagi mendapatkan efek yang lebih random.
PERBANDINGAN SEBELUM & SELEPAS:

Senang sahaja. Selamat mencuba!

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

17 Comments

Leave A Reply