Kelebihan Save Workspace Dalam Software Adobe

0

Ramai pengguna software Adobe yang tidak menggunakan kelebihan Save Workspace. Malah, ramai juga yang tidak mengetahui kewujudan workspace preset dan penggunaannya. Terutamanya, pengguna yang dah lama menggunakan software Adobe iaitu sebelum fungsi workspace diperkenalkan.

adobe-workspace-01

Workspace Preset

adobe-workspace-02

Senarai workspace boleh didapati kebiasaannya di sebelah atas sudut kanan perisian Adobe. Atau, boleh juga klik menu Window > Workspace. Workspace preset dalam setiap perisian Adobe disediakan berdasarkan kerja-kerja yang biasanya boleh dilakukan dalam perisian tersebut.

Contohnya, dalam Illustrator, workspace telah disetkan kepada kerja-kerja seperti Layout, Painting, Printing & Proofing, Tracing, Typography dan Web.

Jika kita memilih Layout, panel-panel yang bersesuaian akan dipaparkan untuk kerja menyiapkan layout. Manakalanya, jika kita memilih Web, set panel yang lain pula akan dipaparkan bagi kerja-kerja menyiapkan laman web.

adobe-workspace-03

Workspace Illustrator: Layout vs Web

Kelebihan Menggunakan Workspace Preset

  • boleh memaparkan dengan pantas panel yang bersesuaian dengan kerja mengikut preset yang telah ditetapkan.
  • jika set panel berubah secara tidak sengaja, terdapat setting untuk Reset Workspace.
  • boleh save workspace anda sendiri mengikut rutin kerja harian anda.
  • jika menggunakan Adobe CC, anda boleh melakukan synchorization setting di mana setting boleh dikongsi jika anda login Adobe CC menggunakan komputer lain.

Save Workspace Anda Sendiri

adobe-workspace-04

  • Paparkan panel kegemaran anda. Senarai penuh panel berada dalam menu Window.
  • Susunkan panel di ruang skrin anda.
  • Apabila sudah berpuas hati, klik menu Window > Workspace > New Workspace.
  • Berikan nama preset yang sesuai dan klik Save.

Synchronization Setting

  • Klik menu Edit > Preferences > Sync Setting.
  • Klik Upload atau Download.
  • Dalam bahagian What To Sync, anda boleh setkan apa yang anda hendak synckan.

Selamat mencuba!

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

Leave A Reply