Kenali Lorem Ipsum Dolor Sit Amet

0

Pernah terjumpa layout design dengan perenggan-perenggan yang mengandungi perkataan “Lorem ipsum dolor sit amet…” dan anda tertanya-tanya apakah maksud ayat tersebut? Apa pula kaitannya dengan reka layout grafik?

Apa Sebenarnya Lorem Ipsum?

lorem00_typeset

Lorem Ipsum adalah set “dummy text” atau teks sementara yang digunakan dalam proses merekabentuk layout untuk tujuan presentation (atau, mock-up stage).

Sejarah Lorem Ipsum

lorem01_letraset

Lorem Ipsum telah digunakan dalam industri percetakan dan typesetting sejak tahun 1500an, apabila seorang pencetak mengambil dan menyusun selonggok taip (huruf karekter) untuk menghasilkan buku contoh (mockup).

Bukan sahaja set Lorem Ipsum tadi berjaya mengharungi lima abad, malahan ia melonjak masuk ke era digital. Sekitar tahun 1960an, ia menjadi popular apabila helaian Letraset yang mengandungi Lorem Ipsum dilancarkan. Kemudian, Lorem Ipsum dimasukkan dalam Aldus PageMaker (kini: Adobe Indesign) untuk digunakan sebagai dummy text.

Kenapa Nak Guna Lorem Ipsum?

Jika kita gunakan “Content here…” atau menaip secara rawak (belasah sesuka hati) atau copy teks dari artikel lain, seorang pembaca akan merasa terganggu dengan teks tersebut apabila sekadar hanya ingin menilai susunan rekabentuk layout. Tujuan Lorem Ipsum adalah untuk mempersembahkan teks dalam perenggan yang secara visualnya kelihatan seperti teks yang lengkap dengan taburan huruf dan perkataan serta perenggan yang tersusun elok.

Seorang designer mungkin berpengalaman dengan klien atau majikan yang cuba “membaca” teks contoh semasa sesi idea presentation. Jika mereka tidak faham, ada yang akan mengkritik usaha designer tersebut yang meletakkan teks yang dicopy dari sumber lain. Mereka akan kata, kenapa letak teks ini, ini tak ada kena mengena dengan organisasi mereka. Sedikit sebanyak, fokus sesi presentation akan terganggu.

Mana Nak Dapat Lorem Ipsum?

Search di Google: Lorem Ipsum generator, anda akan jumpa banyak laman web yang menyediakan penjana dummy text. Secara peribadi, saya selalu menggunakan Lipsum.com. Terdapat banyak juga variasi Lorem Ipsum. Lihat 56 variasi Lorem Ipsum yang disenaraikan di Mashable.

lorem02_indeisgn

Jika anda menggunakan Adobe Indesign, fungsi Fill with Placeholder Text akan digunakan bagi memasukkan dummy text ke dalam text frame yang telah disusun. Placeholder Text adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada dummy text.

Ok. Untuk projek yang seterusnya, bolehlah gunakan Lorem Ipsum (atau variasinya) atau Placeholder Text untuk melengkapkan mockup design anda. Elakkan penggunaan teks secara rawak dan bersepah bagi mengelakkan kekeliruan semasa proses pembentangan idea dan konsep rekabentuk.

Selamat mencuba!

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

Leave A Reply