Apa beza Magic Wand Tool di Photoshop & Illustrator?

0

wandtool_tajuk

Bagi sesiapa yang biasa menggunakan Adobe Photoshop, anda akan kerap menggunakan selection tools, dan salah satu selection tools yang seringkali digunakan adalah Magic Wand Tool.

Magic Wand Tool amat mudah digunakan untuk melakukan selection, terutamanya apabila kawasan yang kita ingin melakukan selection tersebut mempunyai warna yang sama atau hampir sama.

Tahukah anda, Adobe Illustrator juga mempunyai tool yang sama?

Mesti fungsinya sama, bukan?

Walaupun namanya sama, tapi bagaimana tool tersebut berfungsi di Photoshop dan Illustrator adalah sedikit berbeza.

Magic Wand Tool di Photoshop

Magic Wand Tool di Photoshop akan mewujudkan selection area contrast level yang sama atau hampir sama

Magic Wand Tool di Photoshop akan mewujudkan selection area pada warna yang sama atau hampir sama.

Penggunaan Magic Wand Tool pada imej yang sama tidak mengeluarkan selection area. Seakan-akan hanya bounding box yang muncul.

Penggunaan Magic Wand Tool di Illustrator pada imej yang sama kita gunakan di Photoshop tidak mengeluarkan sebarang selection area. Seakan-akan hanya bounding box yang muncul.

Magic Wand Tool di Illustrator

Bagaimana sebenarnya Magic Wand Tool berfungsi di Illustrator?

Seperti yang kita tahu, Illustrator adalah vector-based. Oleh itu, hampir semua tools yang disediakan di Illustrator hanya berfungsi pada objek vektor.

Fungsi Magic Wand Tool di Illustrator adalah untuk memilih apa-apa objek vektor yang mempunyai sifat yang sama (Fill Color/Stroke Color/Stroke Weight/Opacity/Blending Mode), walaupun objek tersebut berserakan.

Contoh penggunaan Magic Wand Tool di Illustrator, objek yang mempunyai warna fill yang sama akan terpilih.

Contoh penggunaan Magic Wand Tool di Illustrator, objek yang mempunyai warna fill yang sama akan terpilih.

Option untuk Magic Wand Tool di Illustrator.

Option untuk Magic Wand Tool di Illustrator.

Fungsi utama Magic Wand Tool di kedua-dua perisian adalah sama iaitu untuk melakukan selection, cuma berbeza sedikit pada cara berfungsi. Di Photoshop, selection pada imej akan mengeluarkan selection area, tetapi di Illustrator, selection tidak boleh dilakukan pada imej, tetapi pada objek vektor dan objek yang sama sifatnya (Fill Color/Stroke Color/Stroke Weight/Opacity/Blending Mode) akan dipilih.

 

Selamat mencuba.

 

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Junior Trainer di Sifoo.com Bergiat aktif dalam bidang reka bentuk grafik sejak 2007. Terlibat dalam mengajar multimedia bermula tahun 2009 dan mula mengenali Sifoo.com pada 2013. Sedang menamatkan tahun akhir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Kejuruteraan (Mekanikal-Automotif).

Leave A Reply