Mencipta Tona Warna Pada Gambar

1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini mari kita mencuba bagai mana mencipta sesuatu tone (tona) warna yang boleh di applykan ke atas sesuatu imej bagi menaikkan mood-mood sesuatu gambar dengan menggunkan Adobe Photoshop.

 

Hasil yang boleh dilakukan pada sesuatu gambar :

6

 

Tahukah anda, didalam perisian editing foto, terdapat Channel-channel warna yang berasingan. Channel-channel tersebut boleh digabungkan (Blend) atau di olah untuk menjadikan satu tona warna yang lain. Perisian yang akan kita gunakan adalah Adobe Photoshop.

Tutorial kali ini, akan buat satu contoh dengan menggabungkan dua Channel warna untuk menjadikan kesan tona yang baru.

 

Perisian : Adobe Photoshop

Peringkat : Asas – Lanjutan

 

Langkah 1

Buka satu imej foto.

 

1

Langkah 2

  • Image > Adjustment > Levels..

 

2

  • Klik pada Channel (RGB), kemudian akan terdapat 3 jenis Channel yang berbeza iaitu Channel Red, Green & Blue.

 

3

  • Pilih salah satu Channel. Sebagai contoh, pilih Channel Red.
  • Laraskan Slider pada Output Levels dari kiri kekanan atau masukkan nilai 25.
  • Bila pelarasan atau nilai di masukkan, perhatikan pada imej, tona merah akan timbul.

 

4

Langkah 3

Ulangi langkah 2, dengan menukarkan Channel lain tanpa klik OK terlebih dahulu.

  • Sebagai contoh, pilih Channel Blue untuk di blendkan dengan Channel Red tadi.
  • Pada Output Levels, laraskan slider kepada nilai 20.
  • Tona dari Channel Blue secara automatik akan diblend bersama Channel Red setelah Slider atau nilai pada Output Levels dimasukkan.
  • Klik OK,

5

 

  •  Siap!

Hasil :

hasil

Jika ada sebarang komen, pertanyaan, dan tambahan, sila letakkan komen anda bagi membaiki penulisan tutorial ini. Terima kasih kerana mengikuti tutorial ini.

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

1 Comment

Leave A Reply