Montaj Video Guna PowerPoint!

1

Kebanyakan daripada kita memiliki Microsoft Office PowerPoint pada komputer masing-masing. Malah, kita sering menggunakannya untuk tujuan pembentangan di universiti, tempat kerja dan sebagainya. Tapi, tahukah anda bahawa PowerPoint mampu menghasilkan montaj ringkas? Untuk golongan yang kurang mahir menggunakan atau tidak memiliki perisian animasi seperti Adobe AfterEffect, atau perisian suntingan video seperti Adobe Premiere Pro, Sony Vegas dan seumpamanya, PowerPoint boleh membantu anda!

Ini adalah contoh montaj ringkas yang saya hasilkan 100% menggunakan PowerPoint.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=2KqJ0Bch0BY&w=640&h=360]

Dalam PowerPoint 2010 dan ke atas, anda boleh save hasil PowerPoint anda sebagai fail Windows Media Video (.wmv) dan juga beberapa format yang lain. Bergantung kepada isi kandungan video yang anda ingin hasilkan, ia memerlukan sedikit masa terutamanya apabila durasi video yang panjang atau video tersebut mengandungi banyak animation, transition dan kandungan media. Berikut adalah langkah-langkah untuk menyimpan (save) fail video menggunakan PowerPoint.

LANGKAH 1: Pergi ke Menu Bar dan klik File

LANGKAH 1: Pergi ke Menu Bar dan klik File

LANGKAH 2: Klik Save As dan pilih destinasi simpanan fail

LANGKAH 2: Klik Save As dan pilih destinasi simpanan fail.

LANGKAH 3: Apabila Paparan Windows muncul, pergi ke Save As Type dan pilih sama ada MPEG-4 Video (.mp4) atau Windows Media Video (.wmv). Kemudian klik Save

LANGKAH 3: Apabila Paparan Windows muncul, pergi ke Save As Type dan pilih sama ada MPEG-4 Video (.mp4) atau Windows Media Video (.wmv). Kemudian klik Save.

LANGKAH 4: Lihat menu di bahagian bawah PowerPoint. Video anda sedang dihasilkan. Tunggu sehingga proses selesai dan anda boleh memainkan video anda.

LANGKAH 4: Lihat menu di bahagian bawah PowerPoint. Video anda sedang dihasilkan. Tunggu sehingga proses selesai dan anda boleh memainkan video anda.

Selamat mencuba.

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Junior Trainer di Sifoo.com Bergiat aktif dalam bidang reka bentuk grafik sejak 2007. Terlibat dalam mengajar multimedia bermula tahun 2009 dan mula mengenali Sifoo.com pada 2013. Sedang menamatkan tahun akhir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Kejuruteraan (Mekanikal-Automotif).

1 Comment

Leave A Reply