Multiple Outline/Stroke Dalam Illustrator

1

Assalamualaikum. Mungkin satu ketika dulu, kita pernah melihat beberapa cover album yang popular dengan multiple outline/stroke. Sebagai contoh, album dari bands terkenal The Beatles, album dari kumpulan Flop Poppy dan banyak lagi.

Contoh :

FlopPoppy

 

(gambar dari carian google)

Hasil :

hasil

 

Mari kita mulakan satu tutorial yang ringkas ini.

 

Langkah 1

Buka Adobe Illustrator

  • File > New > Canvas Set A4 ( pilih landscape)

new canvas

** Untuk paparan screen cukup sekadar 72dpi sahaja.

  • Klik Ok

 

Langkah 2

  • Gunakan Type Tools dan tekskan seperti contoh dibawah.

 

type tools

 

  • Pada panel Character > Pilih Jenis Font, Pilih Font Style. (Jika boleh elakkan jenis font yang terlalu nipis seperti jenis script)

character panel type bold

 

  • Kemudian Pilih Object > Expand

expend  expend panel

 

  • Klik Ok

Hasil selepas expand

after expend

Langkah 3

  • Pada langkah ini, jangan klik pada mana-mana bahagian kanvas. Biarkan seletion path itu.
  • Salin semula vector typo tersebut dengan menekan Ctrl + C untuk Copy, dan kemudian paste semula pada belakang typo tersebut (paste to back) dengan menekan kekunci Ctrl + B.

Pada Panel tools, klik pada kotak stroke (x) untuk memilih warna stroke/outline yang pertama.

Klik dua kali sehingga panel Color Picker muncul.

stroke color picker

 

  • Pilih warna anda.
  • Kemudian pada panel stroke pilih saiz stroke.

stroke panel

  • saiz yang pertama anda boleh setkan pada Weight : 20pt
  • Langkah untuk menghasilkan stroke yang lain sila ulang dari langkah 3 : Copy dan Paste tadi.
  1. Ctrl + V (Copy)
  2. Ctrl + B (Paste to Back)
  3. Pilih Warna stroke
  4. Setkan saiz stroke kepada dua kali atau empat kali lebih besar dan ulang langkah ini pada stroke/outline penambahan yang lain.

Hasil selepas penghasilan beberapa outline :

 

stroke remark

 

  • pada bulatan yang saya tandakan (Cap & Corner), itu adalah terhasil daripada corner shape multiple stroke. Untuk membuang kesan tersebut, pada panel Stroke, tik pada Round Cap dan juga Round Join. Hasil akan terjadi seperti dibawah.

cap & corner

Langkah 4

Langkah ini adalah untuk mengabungkan dan membuang sampah yang terhasil pada pengasingan setiap warna.

  • Select All ( Ctrl + A )
  • Object > Expand

hasil expend all

  • Pergi pada panel Pathfinder > Merge

merge & unite

 

  • Hasil selepas Pathfinder > Merge

hasil merge & unite

 

  • Right click > Ungroup
  • Kemudian klik pada mana-mana ruangan kosong diatas kanvas untuk menghilangkan selection path.
  • Pilih Tools Magic Wind

magic wind tool

  • Select (pilih) satu per satu warna pada hasil kerja anda dan groupkan. Right Clik > Group
  • Lihat pada panel layer

grouping colour saperation  – setiap hasil warna yang telah di groupkan akan dijadikan satu group layer.

Pada setiap layer terdapat Toggle Visiblity( Icon Mata) yang boleh di bukan dan ditutup. Jika terdapat sampah yang tidak berkenaan, tutupkan Toggle Visiblity( Icon Mata) ini dan Ctrl+A (Select All) dan buangkan (Delete).

Kenapa tutorial ini, setiap warna di groupkan secara berasingan. Ini kerana untuk memudahkan penukaran warana. Sebagai contoh,

Pilih satu per satu layer dan warnakan.

Siap!

 

Hasil :

hasil

 

  • Komen / Pendapat / Pandangan

    comments

    Share.

    About Author

    1 Comment

    Leave A Reply