[Br] Penggunaan Adobe Bridge

4

Mungkin ramai yang biasa mendengar tentang kewujudan Adobe Bridge. Menurut pengalaman saya bertemu dengan rakan-rakan serta peserta kursus Sifoo.com, tidak ramai yang menggunakan Adobe Bridge secara intensif. Perisian yang disekalikan di dalam pakej installation Adobe ini mempunyai banyak kelebihan.

adobe_bridge

Adobe Bridge digelar sebagai perisian pengurusan aset digital (digital asset management software) yang berguna di dalam mengatur foto dan aset reka bentuk secara berpusat (centralized). Semua aset visual seperti foto, imej, fail format asal Photoshop, Illustrator, InDesign, Camera RAW, PDF dan lain-lain dapat dilihat secara previu melalui Adobe Bridge. Ini memudahkan kita untuk melihat previu fail sebelum menggunakannya di dalam kerja.

Previu fail PSD.

Previu fail PSD.

Previu fail RAW dari kamera.

Previu fail RAW dari kamera.

Di dalam versi terkini produk Adobe, Mini Bridge telah dimasukkan di dalam produk utama sebagai salah satu daripada panel. Mini Bridge memudahkan kita membrowse fail imej di dalam sesebuah perisian itu sendiri. Pilih sahaja fail imej yang ingin digunakan, drag dan place ke dalam fail kerja. Mudah!

Mini Bridge di dalam Photoshop

Mini Bridge di dalam Photoshop

Jadi, sila cuba buka Adobe Bridge yang tak pernah dibuka selama ini. Mungkin akan membantu melancarkan lagi proses kerja anda selepas ini.

Untuk bacaan lanjut, sila ke laman web Adobe.com > http://www.adobe.com/sea/products/bridge/features.html

Sekian. Jumpa lagi di tulisan akan datang.

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

4 Comments

  1. selalu gak guna, boleh filter macam2, bleh labelling, tagging pon buleh kot… selain dari tu buat adjustment guna camera raw… eh, macam2 lagi lah! πŸ˜€

Leave A Reply