Memasang Apache, PHP dan MySQL pada Windows

0

Jika anda ingin memasang CMS seperti WordPress atau Joomla! pada komputer anda, beberapa perisian tambahan perlu dipasang terlebih dahulu. Antaranya ialah Apache, PHP dan MySQL. Perisian-perisian ini boleh dipasang pada mana-mana platform; Windows, Linux atau Mac OS.

Terdapat dua cara memasang perisian-perisian ini, iaitu:

  1. Memasang secara berasingan – kita perlu memuat-turun dan memasang satu per satu perisian tersebut
  2. Memasang pakej perisian – kita hanya perlu memasang satu pakej perisian sahaja, contohnya XAMPP atau WAMP

Mari kita lihat cara memasang perisian-perisian ini pada platform Windows dengan menggunakan pakej XAMPP.

Langkah 1

Muat turun XAMPP dari laman web rasminya

Muat turun XAMPP dari laman web rasminya iaitu https://www.apachefriends.org/ dan pilih XAMPP for Windows. Versi terkini ketika tutorial ini ditulis ialah 1.8.3. Anda disarankan untuk menggunakan perisian versi terkini sekiranya ada.

Amaran: 
Saiz fail XAMPP agak besar, lebih kurang 145MB.

Langkah 2

Satu dialog box akan dipaparkan

Jika anda tidak pernah menutup UAC (user Account Control) pada Windows anda, satu dialog seperti gambar di atas akan dipaparkan. Anda boleh terus tekan butang Yes.

Langkah 3

Amaran mengenai User Account Control

Kemudian, satu lagi dialog box amaran akan dipaparkan kepada anda. Amaran ini menyatakan bahawa untuk mengelakkan sebarang masalah permission, elakkan memasang XAMPP di C:\Program Files (x86).

Langkah 4

Mulakan pemasangan XAMPP

Mulakan pemasangan XAMPP dengan cara yang sama anda install perisian lain. Satu dialog box akan dipaparkan kepada anda, tekan butang Next untuk meneruskan upacara pemasangan XAMPP.

Langkah 5

Pilih perisian yang berkaitan sahaja

Pada paparan seterusnya, hanya pilih perisian berikut sahaja:

  1. Apache
  2. MySQL
  3. PHP
  4. phpMyAdmin
  5. Fake Sendmail (optional)

Anda boleh memilih kesemua pilihan yang ada, tetapi kebiasaannya ianya tidak digunakan sama sekali. Jadi adalah lebih baik jika anda tidak memasang langsung perisian-perisian tersebut.

Langkah 6

Pilih lokasi XAMPP

Kemudian anda dikehendaki menetapkan lokasi pemasangan XAMPP dan default value ialah pada C:\xampp. Anda digalakkan untuk menggunakan lokasi ini.

Langkah 7

Promosi perisian dari Bitnami

Sekarang anda akan dihidangkan dengan sedikit iklan dari Bitnami. Perisian yang ditawarkan ini bagus, anda boleh melayari laman web mereka sementara menunggu pemasangan XAMPP selesai nanti.

Langkah 8

Teruskan upacara pemasangan XAMPP

Paparan seterusnya merupakan satu paparan yang tiada sebarang manfaat sam sekali, teruskan pemasangan dengan menekan butang Next.

Langkah 9

Proses pemasangan sedang berjalan

Sekarang anda hanya perlu tunggu pemasangan XAMPP selesai. Tunggu apa lagi, pergi bancuh teh atau kopi dulu.

Langkah 10

Pemasangan XAMPP selesai

Yay! Selesai. Sekarang, tekan butang Finish untuk membuka XAMPP Control Panel.

Langkah 11

Paparan XAMPP Control Panel

Ini merupakan antaramuka XAMPP Control Panel. Anda digalakkan untuk beramah mesra dengan antaramuka ini kerana ianya akan digunakan setiap kali anda ingin run apa sahaja kod PHP.

Langkah seterusnya, tekan butang Start untuk Apache.

Langkah 12

Amaran dari Windows Firewall untuk membenarkan Apache dijalankan

Windows akan mepaparkan amaran dari Windows Firewall untuk membenarkan Apache dijalankan. Tekan sahaja butang Allow access.

Langkah 13

Amaran dari Windows Firewall untuk membenarkan MySQL dijalankan

Seterusnya, tekan butang Start untuk MySQL. Sama seperti tadi, Windows Firewall akan memaparkan amaran, tekan sahaja butang Allow access.

Selesai

XAMPP Control Panel dengan Apache dan MySQL yang telah aktif

Setiap kali anda ingin run apa sahaja kod PHP, anda perlu pastikan sekurang-kurangnya Apache telah aktif. Jika kod PHP anda berhubung dengan pangkalan data MySQL, pastikan MySQL juga aktif.

Sekarang, anda boleh menulis kod PHP atau memasang perisian CMS seperti WordPress atau Joomla! pada komputer anda, dan pastikan kod-kod PHP anda sentiasa berada di lokasi C:\xampp\htdocs kerana hanya di sini sahaja kod-kod PHP akan digunakan oleh Apache.

 

 

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Trainer Sifoo.com // Web Application Developer and Web Designer in a wide variety of business applications. Particularly interested in Web Application Development using PHP/MySQL, jQuery, Laravel, Joomla! and WordPress.

Leave A Reply