Reka Layout Kalendar Dengan Mudah

0

Jika anda seorang designer dan pernah terlibat dengan kerja rekabentuk layout kalendar apabila menjelang tahun baru, software apakah yang anda guna? Mungkin ramai yang menggunakan Adobe Illustrator dan terpaksa “melukis” kalendar tersebut secara manual. Fuh!

Tahukah anda terdapat cara menghasilkan layout kalendar yang mudah dalam Adobe Indesign?

Layout Kalendar Dalam Adobe Indesign

kalendar2015

Layout: 12 bulan dalam satu helaian

kalendar2015_12sheet

Layout: 1 bulan 1 helaian. Jumlah 12 helaian.

Kita boleh menghasilkan layout-layout lazim seperti di atas iaitu:

  • Kesemua 12 bulan dalam satu helaian dokumen, atau
  • Setiap bulan dalam setiap helaian dokumen, atau
  • Kita boleh set berapa bulan dalam satu helaian mengikut kehendak sendiri.

Bagaimana untuk menghasilkan layout kalendar seperti di atas tanpa perlu membuatnya secara manual? Tak’kanlah nak susun tarikh-tarikh itu semua satu-persatu? Huhu 😛

Adobe Indesign Calendar Wizard

Jawapannya ialah dengan menggunakan Adobe Indesign Calendar Wizard yang boleh didapati dari link berikut:

calendarwizard

Paparan Adobe Indesign Calendar Wizard: Version 3.16.32

Bagaimana untuk mengaktifkannya dalam komputer kita?

  • Download wizard tersebut dari: https://sourceforge.net/project/platformdownload.php?group_id=211425
  • Unzip fail calendarWizard.3.16.32.zip dalam mana-mana folder komputer anda.
  • Kandungan fail yang telah diekstrak hendaklah dipindahkan ke dalam folder Program Files>Adobe>Adobe Indesign>Scripts>Scripts Panel.
  • Buka Adobe Indesign.
  • Klik menu Window > Utilities > Scripts. Calendar Wizard akan berada dalam folder Application > calendarWizard>calendarWizard.js.

Cara Menggunakan Adobe Indesign Calendar Wizard

Untuk memulakan setting layout kalendar, lakukan langkah-langkah berikut:

  • Double-click pada calendarWizard.js dalam panel Scripts.
  • Window setting untuk calendar akan muncul. tetapkan setting mengikut kehendak dan keperluan design masing-masing.
  • Klik OK jika selesai menetapkan setting.
  • Kalendar anda akan dimasukkan dalam layout secara automatik.

Tutorial Tambahan

Terdapat beberapa tutorial tambahan dalam web Calendar Wizard, boleh lihat dan kaji dari link berikut:

Selamat mencuba!

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

Leave A Reply