Kenapa Indesign Lebih Sesuai Untuk Reka Foto Album

0

Anda seorang fotografer perkahwinan atau designer yang terlibat dalam penghasilan rekabentuk foto album, terutamanya album perkahwinan? Jika anda menggunakan Adobe Photoshop secara total untuk kerja ini, kerja anda akan jadi rumit dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan satu album. Dan apabila banyak album beratur untuk disiapkan, tempoh menunggu meningkat. Stress juga meningkat.

Photoshop dan Illustrator Tak Sesuai

Kenapa Photoshop kurang sesuai? Kerana Photoshop:

  • adalah software suntingan imej.
  • bukan software layout design. Tak ada placeholder frame, column & row, multiple image place.
  • kena place image satu per satu.
  • tiada auto-clipping mask untuk crop imej.
  • bergantung pada resolution. 300 dpi untuk cetakan memberatkan fail (hanya untuk satu spread).
  • tak support multiple page/spread. Kena buat satu spread satu fail. Kalau 20 halaman, kena buat 10 spread (10 fail secara berasingan).
  • tiada master page layout.

Kenapa Illustrator kurang sesuai? Kerana Illustrator:

  • adalah software untuk hasilkan ilustrasi vektor.
  • bukan all-out software layout design walaupun ada beberapa function untuk layout setting.
  • tak ada placeholder frame. walaupun boleh place beberapa imej sekaligus…
  • tiada auto-clipping mask untuk crop imej.
  • tiada master page layout.

Indesign Adalah Software Untuk Layout Design

Adobe mengkhususkan Indesign sebagai software untuk layout design terutamanya layout halaman dalaman (cover design biasanya guna Photoshop atau Illustrator). Jadi features untuk susunan layout memang tersedia untuk digunakan dan memudahkan kerja.

  1. Spread Layout: Seluruh Album Dalam Satu Fail

    • Buka New Document. Setkan terus berapa bilangan spread yang diingini.
    • Contohnya, jika halaman album anda ialah 10 in (tinggi) x 12 in (lebar), cetakan custom album memerlukan anda setkan satu spread (kombinasi 2 halaman) pada 10 in x 24 in.
    • Setkan pages pada 10 untuk dapatkan total 20 halaman.
  2. Master Page: Ubah Master, Ubah Semua Halaman
    • Jika anda biasa dengan Master Slide dalam Powerpoint, anda mungkin faham fungsi master page.
    • Setkan design keseluruhan untuk album dalam master page seperti:
      • warna latarbelakang album
      • watermark – nama pengantin atau logo fotografer
      • garisan guide, garisan margin
  3. Frame Untuk Setkan Image Placeholder
    03-frame-placeholder

    • Anda boleh setkan template untuk album dan boleh digunakan berulang-kali. Hanya setkan layout foto menggunakan frame.
    • Place imej terus ke dalam frame. Kalau ada 5 frame, select 5 imej dan placekan ke dalam frame. Mudah.
    • Kemudian, gunakan Image Fitting untuk fitkan imej mengikut saiz frame.
    • Imej yang masuk dalam frame sama seperti clipping mask. Boleh diubah secara berasingan (frame dan imej).
  4. Alih Foto Antara Spread
    • Jika foto yang dah dimasukkan pada satu halaman, katakan halaman 1 dan anda merasakan ia lebih sesuai diletakkan dalam halaman 3. Tak perlu risau.
    • Alihkan dengan hanya mendrag frame foto tersebut dari halaman 1 ke halaman 3. Drag sahaja!
    • Tak perlu copy dan buka fail lain (flow kerja dalam photoshop), kemudiannya paste.
  5. Foto Yang Diplacekan Adalah Linked Files
    • Linked files bermaksud fail tersebut tidak masuk secara terus (embed). Hanya dipinjamkan dari folder.
    • Kelebihannya:
      • fail Indesign adalah ringan.
      • jika anda perlu edit foto tersebut, hanya perlu save & replace fail dalam folder asal. Tapi perlu delete dan replace foto dalam Indesign.

Plugin Album Dalam Indesign

Terdapat beberapa plugin yang terdapat di pasaran untuk membantu memudahkan penghasilan foto album. Antaranya ialah:

1. ALBUM FLOW (http://www.albumflow.com/)

plugin01-albumflow

2. ALBUM PRO (http://www.album-pro.com/)

plugin01-albumpro

3. MAGICAL ALBUM DESIGNS (http://www.magicalbumdesigns.com/)

plugin01-mad

Sifoo Custom Album Maker

Saya sendiri pernah mengusahakan untuk mencipta satu extension untuk memudahkan penghasilan foto album. Bolehlah untuk mencepatkan proses kerja cuma kekangan dalam programming Adobe plugin membantutkan interface plugin yang lebih mesra pengguna.

Saranan Untuk Mencuba Indesign

Saya sangat menyarankan supaya mencuba Indesign untuk menghasilkan foto album perkahwinan dan meningkatkan produktiviti perkhidmatan fotografi anda.

Cubalah!

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Pengasas Sifoo.com // Senior Trainer // Sangat meminati bidang seni visual digital seperti rekabentuk grafik, rekabentuk laman web dan fotografi. Memiliki pengalaman kerjaya sejak dari tahun 1998 dalam bidang reka multimedia dan pengalaman mengajar sejak dari tahun 2001.

Leave A Reply