Seni Ambigram
An ambigram, also sometimes known as an inversion, is a graphical figure that spells out a word not only in its form as presented, but also in another direction or orientation. The text can also consist of a few words, and the text spelled out in the other direction or orientation is often the same, but can also be a different text. Douglas R. Hofstadter describes an ambigram as a “calligraphic design that manages to squeeze two different readings into the selfsame set of curves.”
Sumber: Wikipedia.com
Ambigram – satu bentuk taipografi yang unik di mana bentuk tulisan itu dapat dilihat daripada pelbagai arah dan orientasi.
Salah satu contoh terkenal ialah tulisan “Angels & Demons” oleh John Langdon. Tulisan tersebut juga turut dipaparkan di dalam novel “The Da Vinci Code”. Jika dipusingkan tulisan “Angels & Demons” tersebut sebanyak 180 darjah, kita akan dapat melihat bentuk dan maksud yang sama.
Menurut Wikipedia.com, terdapat beberapa jenis ambigram, iaitu:
- Rotational
- Mirror
- Figure-ground
- Chain
- Fractal
- 3-dimensional
- Perceptual shift
- Natural
- Symbiotogram
Artis grafik seringkali menggunakan ambigram kerana keunikan simetri rekabentuknya. Oleh itu, ambigram banyak digunakan untuk logo komersil, tajuk album music atau buku, tatu dan rekaan t-shirt.

Logo Abba: Jenis MirrorLogo DMC: Jenis Mirror
Saya, pertama kali diperkenalkan dengan ambigram ini di dalam tahun 2006. Saya amat tertarik dengan teknik dan hasil ambigram, terutama hasilnya. Walau bagaimana pun, kaedah menghasilkan ambigram ini memerlukan daya imaginasi dan pengetahuan taipografi yang agak tinggi.
Terdapat juga artis tempatan yang menghasilkan karya ambigram yang menarik seperti Awang Purba. Saya amat tertarik dengan karya Awang Purba yang terdapat di dalam laman blognya. Kemahiran grafik (Illustrator) yang digunakan untuk menghasilkan ambigram sungguh menarik sekali.
Ambigram Uda & Dara dan Pendekar di atas saya petik daripada laman blog Awang Purba. Kedua-duanya menggunakan jenis rotational.
Bagaimana sekiranya anda ingin belajar menghasilkan ambigram? Berikut saya senaraikan beberapa laman web yang menyediakan tutorial ambigram:
Selamat mencuba ambigram!
Rujukan artikel:
Popularity: 5% [?]
Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!
Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.









Komen oleh nurulaswatphoto pada 28 February 2009:
saya ingin menempah logo arabic
Jumlah komen oleh nurulaswatphoto: 1
Komen oleh Amatt D'bugisrockers pada 14 July 2009:
assalamualaikum…….
bagaimana caranya jika aku mahu menempa 1 design utk aku jadikan sticker pada kereta…tolonglah bagi idea ye aku mahukan design retational ambigram – “DARAHBUGIS”…
Jumlah komen oleh Amatt D'bugisrockers: 1