Profil Penulis

author photo

Hairudy: Nama sebenar saya adalah Hair Rudy Md.Noor, kadang-kadang atau jarang-jarang kawan-kawan saya panggil saya Hair. Ini kerana bunyinya terlalu kekok bagi saya. Saya meminati bidang reka bentuk laman web. Kerjaya sebagai pereka laman web seawal 2002. (http://www.hairudy.net)

Lihat semua pos oleh hairudy

Menu “Pull Down” menggunakan CSS?

31 August 2008 | Pos Terkait | Dalam Kategori

Tips untuk hari kemerdekaan ini saya ingin berkongsi tips and trick bagaimanakah cara menghasilkan pull down menu css tanpa menggunakan sebarang table

atau masalah kepada browser Mozilla, Safari mahupun kepada browser yang sangat saya benci iaitu Internet Explorer 6++.

Lihat contoh paparan pull down menu yang telah siap dihasilkan ini, klik pada gambar dibawah ini.

Langkah 1

Seperti biasa, terlebih dahulu anda perlu menghasilkan “structure” rekabentuk atau mapping yang perlu anda rancangkan. Seperti contoh di sini, saya menghasilkan mapping atau structure pada menu-menu saya.

• Laman Utama
• Tutorial Sifoo.com »
o HTML / CSS
o Ajax Technologies
o PHP & MySQL
o Photoshop Done
o Flash & Action Script
o Download Center

Sila hasilkan menu-menu anda ini kepada bahasa pengaturcaraan HTML seperti contoh saya di bawah ini.

* di=menu, class=tiada dan class=tab adalah css yang akan saya hasilkan untuk diarahkan kepada css dokumen saya. Penamaan class dan id pada html dan css perlulah sama.

Langkah 2

Seterusnya saya menghasilkan css bagi level pertama adalah pada
”list mapping anda disini”
. Sila lihat contoh css untuk id=menu di bawah ini.

Contoh html dan css code seperti berikut,

Laman Utama

Tutorial Sifoo.com

Langkah 3

Bagi langkah 3 ini, anda perlu meneliti code html anda dan dimana anda perlu letak
Tutorial Sifoo.com didalam
anda. Sila lihat contoh structure atau mapping code html saya dibawah ini.

Laman Utama

Tutorial Sifoo.com

Disini letaknya menu yang anda akan hasilkan

#menu {
font-family: Tahoma,Verdana,Arial,Helvetica,sans-serif;
font-size:11px;

#menu ul {
list-style-type: none;
margin: 0;
padding: 0;
clear: both;

#menu ul {
background-color:#999999;
background-image:url(images/tag.jpg);
width:100%;

#menu ul li.tiada,
#menu ul li.tab {
float:left ;

#menu ul li.tab ul,
#menu ul li.tiada ul,
#menu ul li.tab ul li ul,
#menu ul li.tab:hover ul ul {
position: absolute;
display: none;
border-top: 1px #fff solid;

#menu ul li.tiada a {
color:#333333;

#menu ul li.tiada a:hover{
color:#FFFFFF;

#menu ul li ul {
width:auto;

#menu ul li a {
display: block;
text-decoration:none;
color:#000000;
padding:8px 9px 8px 9px;
white-space: nowrap;

#menu ul li.tab:hover ul {
border:1px solid #ff720a;
display: block;
z-index: 100;

#menu ul li.tab:hover a {
color:#333333;
background-color:#ffffff;

#menu ul li.tab:hover ul a {
background-color: #fff6d4;
color: #000000;

#menu ul li.tab:hover ul a:hover {
background-color: #ff720a;
color: #ffffff;
font-weight:bold;
text-indent:10px;

#menu li.blank {
/* paparan lebar penuh UL untuk browser mozilla */
clear: both;
display: expression("inline");
float:none;

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 51 kepada semua warga sifoo.com. Moga kita semua sihat dan selamat hendaknya. ;)

Muat-Turun File

Selamat Mencuba.

Happy Browsing,
:) Hairudy.net

Terdapat 2 Maklumbalas Setakat Ini. »

1. akhirnya, dpt juga satu ref utk buat dropdown menu fully css tanpa mengunakan java.
tq rudy.

2. Terima kasih rudy…

Hantar MaklumBalas

*Sila dapatkan Gravatar anda di www.gravatar.com