Profil Penulis

author photo

Imran Abdul Jabar: Pengasas Sifoo.com. Melibatkan diri di dalam bidang grafik/multimedia dari tahun 1998. Kini, bergiat secara aktif sebagai Trainer/Instructor untuk kursus-kursus grafik dan multimedia. Blog: http://imranabduljabar.com

Lihat semua pos oleh Imran

Ramadhan Menjelma Lagi

31 August 2008 | Pos Terkait | Dalam Kategori

feature photo

Ramadhan menjelma lagi. Kali ini keraiannya seiring dengan sambutan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-51. Kami, di Sifoo.com dengan berbesar hati mendoakan agar kita semua sentiasa dalam kesejahteraan. Sempena bulan mulia ini, kami menyediakan peluang untuk kalian mendapatkan ‘Duit Raya’ bernilai RM200!

Sempena bulan Ramadhan ini, Sifoo.com memulakan inisiatif mengumpulkan hasil karya untuk diterbitkan di dalam majalah xLimit utk keluaran akan datang. Cuma kali ini sumbangan hasil karya dibuat melalui forum Sifoo.com di Ruangan Gempur Reka!. Bukan itu sahaja, Sifoo.com juga menyediakan ‘ganjaran’ bagi hasil karya yang berkualiti.

PENGENALAN
Untuk sumbangan karya xLimit yang akan datang, aku nak try gunakan konsep GEMPUR REKA (DESIGN BATTLE).

Matlamatnya ialah:

  • seleksi karya akan dipilih dari sini, so boleh hantar seberapa banyak karya
  • sambil berkarya, sambil dapat input daripada komen orang lain
  • boleh berkongsi idea dan develop idea bersama-sama
  • tempoh akan diberi untuk menggempur
  • team xlimit akan pilih design mana yg layak masuk xlimit

GANJARAN

  • Karya Pilihan #1 akan menerima RM100.00
  • Karya Pilihan #2 akan menerima RM60.00
  • Karya Pilihan #3 akan menerima RM40.00

* Pilihan akan dibuat oleh team xlimit
* Keputusan adalah muktamad (sebarang komplen tidak akan dilayan)
* Pembayaran akan dibuat selepas pengumuman (dalam tempoh 14 hari) dibuat melalui bank transfer

TEMA

  • Rekabentuk Islamik / Moden / Kontemporari / Geometrik
  • Konsep Ramadhan & Syawal

TEKNIK & MEDIUM

  • Bebas – Photoshop, Illustrator, Fotografi, Kaligrafi, Paintbrush, Corel, dll

TARIKH TUTUP

  • 10 SEPTEMBER 2008

SYARAT PENYERTAAN

  • Saiz karya: 500 x 500 piksel (akan ditolak sekiranya tak ikut saiz)
  • Peserta boleh menghantar seberapa banyak karya yang diingini
  • Walau bagaimana pun, setiap karya mestilah unik – bukan duplikasi daripada karya sebelumnya
  • Teknik yang pelbagai amatlah digalakkan. Eksperimentasilah sebaik mungkin!
  • Tiada had untuk saiz fail
  • Format fail: jpg, gif, png
  • Tidak mengandungi unsur-unsur sensitif seperti perkauman, politik, pornografi, dan lain-lain yang negatif

PENYERTAAN

Selamat Berkarya!

Popularity: 14% [?]

Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!

Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.

Hantar MaklumBalas

*Sila dapatkan Gravatar anda di www.gravatar.com