Profil Penulis

author photo

Imran Abdul Jabar: Pengasas Sifoo.com. Melibatkan diri di dalam bidang grafik/multimedia dari tahun 1998. Kini, bergiat secara aktif sebagai Trainer/Instructor untuk kursus-kursus grafik dan multimedia. Blog: http://imranabduljabar.com

Lihat semua pos oleh Imran

Efek Foto Lama (Pudar)

8 September 2008 | Pos Terkait | Dalam Kategori

Ini ada satu tutorial yang ringkas untuk menjadikan foto anda seperti sudah lama atau kelihatan pudar. Kita akan menggunakan Adjustment > Photo Filter.

SEBELUM & SELEPAS

LANGKAH 1:

Buka fail foto (foto_baru.jpg) di dalam Photoshop.

LANGKAH 2:

Untuk menghasilkan efek foto pudar ini, kita akan menggunakan Adjustment Layer > Photo Filter. Klik pada ikon ‘Create new fill or adjustment layer’ daripada dalam palet Layer. Setkan Filter: Warm Filter (85), Density: 100%, Preserve Luminosity. Lihat imej di bawah.

sifoo.com/v7/wp-content/uploads/2008/09/photofilter_warm.png”>

LANGKAH 3:

Selepas meletakkan Photo Filter kepada layer Background tadi, klik pada menu Image > Apply Image. Setkan seperti imej di bawah ini (Layer: Merged, Blending: Normal) dan klik OK.

LANGKAH 4:

Sekarang, pilih layer yang baru terhasil tadi dan duplicate (Ctrl+J). Kemudian, klik pada menu Image > Adjustment > Invert (Ctrl+I).

LANGKAH 5:

Sekarang, klik dua kali (double-click) pada ikon Adjusment Layer di atas layer yang paling baru sekali (paling atas). Tukarkan setting Photo Filter daripada Filter: Warming Filter (85) kepada Cooling Filter (80).

LANGKAH 6:

Akhir sekali, tukarkan layer blend bagi kedua-dua adjustment layer. Bagi layer Photo Filter: Warm, setkan Multiply dan bagi Photo Filter: Cool, setkan Screen.

*Bergantung kepada kesesuaian warna foto asal, anda juga boleh menggunakan blend Overlay, Soft Light atau Hard Light bagi layer Photo Filter: Warm.

HASIL:

TAMBAHAN:

Langkah ini adalah langkah tambahan (suka-suka). Buat satu lagi layer di atas layer Photo Filter: Cool (paling atas sekali). Saya namakan layer tersebut sebagai ‘Tambahan’.

Klik menu Filter > Filter Gallery > Sketch > Water Paper.

Kemudian, letakkan Filter > Sharpen More. Ulang sekali lagi, Ctrl+F. Hasilnya, seperti di bawah ini.

Sekarang, tukarkan layer blend kepada Overlay dan setkan Opacity: 70%.

Kemudian, gunakan Eraser dan padamkan bahagian muka (supaya garisan water paper itu tidak bertindih dengan muka).

HASIL LANGKAH TAMBAHAN

Fail PSD - Efek Foto Lama
*Klik kanan > Save Link As / Save Target As
(Telah dimuat-turun sebanyak 492 kali)

Selamat Mencuba!

Popularity: 39% [?]

Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!

Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.

Terdapat 17 Maklumbalas Setakat Ini. »

  1. cantik…
    spe model ni erk?
    huhu
    Jumlah komen oleh muqri: 4

  2. Muqri> Huhuhu, jangan nak eksen ek…spek pinjam! BTW, Muqri = model gambar dalam tutorial ni.

  3. patot nye dah jd model,kna la bayar..
    haha!
    humm…?
    Jumlah komen oleh muqri: 4

  4. quality kerja yg bagus!
    Jumlah komen oleh Armin Helmy - www.ciptadigital.com: 3

  5. Terima kasih En Armin Helmy! Harapnye, ianya membantu anda serba sedikit.

  6. menariks nie :D heheheh nanti leh try :D Jumlah komen oleh budakbaik666: 1

  7. cantik2….
    leh try nnti…
    Jumlah komen oleh zonan: 3

  8. bestla bro…sy suke sgt tutorial sifoo ni..t ble la sy aja stud sy plak…heheeee
    Jumlah komen oleh rozman nasir: 2

  9. huh…
    knal sgt model tuh…
    bdak TBS Serdang…
    glamour la die…

    BTW,sifoo mmg power…
    Jumlah komen oleh Qief Kamarudin: 1

  10. tq Qief…
    Jumlah komen oleh muqri: 4

  11. waaa… smart !
    Jumlah komen oleh caroline_cep: 1

  12. nk tnye ni bro,npe ble nk add water paper kt layer tmbhn 2 xleh? kuar warning box kate xleh nk add coz selected area is empty…hu3..sdh
    Jumlah komen oleh azie: 3

  13. azie:
    sori, ada tertinggal step di situ.
    1. Buat satu layer baru, isikan layer tersebut dengan satu warna pilihan (Boleh guna Paint Bucket atau guna ‘Alt+Delete’)
    2. Baru applykan filter > Sketch > Water Paper

    sori, ralat

  14. muka model same r ngn member aku…
    ni frendster dier
    http://profiles.friendster.com/nickyfaiz
    Jumlah komen oleh apis: 1

  15. apis,
    oppss…salah orang.

    Entri terkini di laman blog Imran:
    T-Shirt Sifoorian
  16. salam…mcmana plak klu foto lama nk ditukarkan ke pict baru?maksud sy gambar mak ayah kita zamn 1960an…mesti gambar nya xelok…nk perbaiki camner ek
    Jumlah komen oleh gemok: 1

  17. gemok,
    boleh kalau nak elokkan. tapi janganlah gambar tu terlalu tak elok. payah juga…makan masa.

    Entri terkini di laman blog Imran:
    T-Shirt Sifoorian

Hantar MaklumBalas

*Sila dapatkan Gravatar anda di www.gravatar.com